Percaya Pada Ramalan Perlawanan Germany dan Portugal?

Percaya Pada Ramalan Perlawanan Germany dan Portugal?

 

Tengah malam ini (17/6) merupakan hari ke-lima perlawanan Piala Dunia 2014 dan antara perlawanan yang akan menjadi tumpuan ialah perlawanan antara Germany dan Portugal. Ini adalah perlawanan pembukaan bagi kedua2 pasukan dan sudah pastinya masing2 akan menunjukkan kehebatan mereka.

ramalan perlawanan germany dan portugal

Adakah ramalan perlawanan Germany dan Portugal berakhir dengan seri?

Ramai yang beranggapan bahawa perlawanan ini akan berakhir dengan seri. Samada 1 – 1 atau 2 – 2, itu adalah ramalan perlawanan Germany dan Portugal. Dikatakan pasukan Jerman ini sedang dalam keadaan getir dari segi line-up yang bakal diturunkan di padang kerana beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

Portugal juga kini mengalami nasib yang sama terutama bagi bintangnya, Cristiano Ronaldo yang dikatakan telah didiagnos mengalami Tendinitis di lutut kirinya sebelum bermulanya piala dunia.

ramalan perlawanan germany dan portugal

“Cristiano is training well, he’s training hard and we are sure he’s going to be 100 percent to help us and to have an excellent game,” Portugal goalkeeper Eduardo said, according to FIFA.com.

Namun begitu, sudah semestinya Portugal akan memberikan persembahan terbaik mereka dikalangan pasukan2 yang kuat yang mereka hadapi. Begitu juga kanyataan dari ketua pasukan Jerman yang memberikan satu gambaran pertarungan yang sengit pada hari esok.

“Wherever we go, I think opponents are reluctant to play us because we are very strong.” — German midfielder Mesut Ozil, speaking recently to goal.com.

Apa yang akan bakal kita saksikan?

Semestinya kepantasan pemain dan usaha menjarikan gol yang akan dipersembahkan oleh kedua2 pasukan. Serangan gerakan yang pantas akan mendominasi perlawanan pembukaan yang hebat ini dan kita akan melihat pertahanan setiap pasukan akan cuba dibolosi.

Menurut SbNation.com, dengan mengambil kira pemain2 yang telah cedera, Germany diramalkan akan menurunkan barisan pemain seperti Neuer, Lahm, Boateng, Mertesacker, Durm, Khedira, Schweinsteiger, Muller, Ozil, Gotze dan Klose bagi Germany. Manakala Portugal pula akan menurukan barisan mereka seperti Patricio, Coentrao, Alves, Pepe, Pereira, Veloso, Meireles, Moutinho, Nani, Ronaldo dan Almeida.

Boleh disimpulkan disini, kita akan dapat menyaksikan perlawanan pembukaan yang sengit dan berdasarkan fakta2 tentang pasukan Kumpulan G ini kita sudah boleh membuat ramalan perlawanan Germany dan Portugal ini.

Satu lagi fakta bagi Pasukan Jerman, kali ini sudah pasti mereka juga akan bermain bermati-matian kerana ini juga merupakan penyertaan mereka pada kali yang ke 100, antara negara yang sudah begitu lama turut serta dalam Perlawanan Piala Dunia ini.

Apa2 pun, sama2 kita nantikan keputusannya pada perlawanan esok jam 12.00am yang bertempat di Arena Fonte Nova, Salvador.

ramalan perlawanan germany dan portugal

*UPDATE*

Yes!!! Ramalan Mu Dongeng Belaka.

Keputusan Perlawanan Germany 4 : Portugal 0

Germany-vs-Portugal

Visited 1 times, 1 visit(s) today