Tentang kejadian belalai air dan puting beliung

Malaysia ada puting beliung

Aku pernah meletakkan link kejadian belalai air atau puting beliung di pulau setindan di blog lama aku, berlaku sekali lagi di mersing tetapi di Tanjung Leman. Malah suatu ketika dahulu, kita telah digambarkan bahawa Malaysia ni berada dalam zon selamat, tiada gempa, tiada tornado, gunung berapi, dan macam2 lagi tetapi dalam situasi sekarang, kita lihat semua itu sudah tidak mustahil lagi bole berlaku di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan di bumi kita sekarang yang banyak sangat bencana yang melanda baik yang melibatkan alam sekitar, atau pun manusia sejagat.

Puting Beliung di Mersing

 

Klik link untuk tonton

Video puting beliung yang berlaku di Mersing ni telah di rakam di Felda Residence Tanjung Leman pada 2011, tempat dimana kawan baik ku, Bob Faizal bekerja. Telah dimaklumkan oleh beliau, puting beliung tersebut bermula di Tanjung Rhu, kemudian menghala ke Felda Residence dan akhir sekali beralih arah ke Pulau Sibu. Lagi kata beliau, sewaktu kejadian, keadaan di Felda Residence juga menerima kesannya apabila kerusi dan atap genting beterbangan dikawasan hotel 3 bintang itu.

Kejadian Belalai Air

Kejadian belalai air yang kerap terjadi di Malaysia ini bukan lagi satu yang pelik. Kejadian ini dinamakan belalai air atau “water sprout” dan biasa terjadi di kawasan iklim tropika (tapi kalau khatulistiwa?). Puting beliung berskala kecil ini akan terbentuk kebiasaannya di lautan, tasik atau pun sungai. Seperti yang kita pelajari disekolah, ianya terjadi apabila pertembungan antara udara sejuk dilapisan tinggi dan udara panas dan lembap di lapisan bawah lalu membentuk air pusar.

Di kawasan luar negara umpama Tampa Bay Florida, perkara ini sering terjadi dan pernah direkodkan kejadian belalai air yang besar.

“It was actually pretty wide,” Radle said. “I guess from this view over – it was probably 10 feet wide, 15 feet wide. The waves it was making when it was sucking it up was probably another 20 feet above the water when that thing was going by.” – Tampa bay waters

kejadian belalai air

Tampa bay Florida

Dan kejadian belalai air yang berlaku pada akhir tahun lepas ialah di Selat Tebrau Johor Bahru! Boleh lihat gambar di sini.

(UPDATE)Terkini Di Pandamaran, Klang

Gambar Puting Beliung di Kedah pada 14/10/2014

Semenjak akhir – akhir ini telah berlaku banyak kejadian belalai air di Malaysia. Namun begitu berdasarkan saiz yang boleh dilihat pada gambar di Internet, boleh kata ianya menyerupai satu puting beliung yang besar yang sering kita lihat di media – media antarabangsa.

Lihat sahaja kejadian yang berlaku di Kedah baru – baru ini pada 14/10/2014, walaupun kelihatan sungguh mengagumkan namun dilaporkan kejadian itu telah menyebabkan kerosakan rumah yang agak teruk di kawasan itu. Ini sudah semesti sesuatu yang perlu diambil perhatian dan berkemungkinan akan berlaku ditampat – tempat lain di Malaysia kerana keadaan cuaca kini yang sukar dijangka.

Kejadian yang terbaru berlaku pada 2 hari lepas sangat – sangat merisaukan kini. Ribut yang disifatkan sebagai puting beliung kecil yang berlaku di Pandamaran, Klang telah merosakkan 2 blok pangsapuri PKNS di Pandamaran Jaya. Imej dibawah ini mengingatkan kita bahawa Malaysia tidak terlepas dari kejadian alam ini.

Dikatakan kejadian itu berlaku selama lebih kurang setengah jam, dan lihat sahaja kerosakan yang telah berlaku di kawasan setempat. Dengan kelajuan agin sehingga 150km/sejam, dikatakan juga hambir 30 buah rumah telah terjejas teruk berpunca dari kejadian yang menakutkan itu.

 

Berhati – hati

Apa yang boleh kita sedari sekarang, kejadian seperti ini berkemungkinan akan berlaku lagi memandangkan keadaan cuaca sekarang ini yang agak sukar diramal. Sebagai langkah berjaga – jaga, seharusnya kita kena pandai menentukan dimana kita perlu berada sekiranya kejadian seperti ini berlaku didepan mata kita. Bagi yang sedang memanda waktu berlakunya ribut, cuba elakkan melalui kawasan hutan yang mempunyai pokok – pokok yang besar, risau pokok akan tumbang ditiup angin yang agak kuat.

Visited 1 times, 1 visit(s) today