Si buta yang kaya

6642

Yang sinonimnya di negara kita, golongan yang cacat penglihatan ini selalunya dikaitkan dengan tukang urut, penjual tisu, penyanyi ditepi jalan dan menganyam bakul (seperti yang selalu muncul di akhbar). Dapatan dari Mstar Online berdasarkan hasil pemerhatian mereka, penjualan tisu merupakan punca rezeki yang paling lumayan gitu lor. ?

thumb_2039

Dapat pendapatan yang agak lumayan

Mungkin kita sudah boleh mengagak pendapatan harian yang mampu diraih oleh golongan buta yang menjual tisu dalam sehari. Bayangkan, ada dikalangan kita yang menderma RM5.00 hanya untuk sebungkus tisu. Dalam keadaan ini, golongan ini pandai untuk menggunakan “kekurangan” yang ada untuk menagih simpati orang ramai untuk menderma dan disamping itu tisu adalah produk untuk menjadikan “tindakan” mereka itu seperti sesuatu yang sah. Clever! Dan terpulanglah kepada orang ramai sama ada untuk menderma atau tidak. Tiada paksaan disitu.

Ada antara mereka yang mempunyai pendapatan purata sehingga RM2500 sebulan, jauh lebih banyak dari mereka yang menjual kerepek, menjadi tukang urut dan menjual bakul anyaman. Nampaknya, menjual tisu dapat menghasilkan duit dengan “kencang”.

Malah jika penjual tisu ini rajin menjalankan aktiviti mereka sehingga ke luar ibu kota, pendapatan bulanan mereka adalah lebih dari itu – KL Post

Dengan menjalankan aktiviti ke luar ibu kota, sudah semestinya mereka mampu untuk memperolehi prospek pelanggan yang ramai. Tidak hairan jika orang – orang buta ini mampu untuk menggajikan pemandu peribadi dan mengupah pengiring untuk mengiringi mereka sewaktu aktiviti menjual tisu itu berjalan.

Oleh kerana mereka mempunyai pemandu sendiri dan seorang pengiring, operasi mereka telah diluaskan lagi ke bandar – bandar besar yang lain seperti Johor Bahru, Negri Sembilan dan Kedah yang merupakan “lubuk emas” bagi mereka; si buta, si pemandu dan si pengiring.

“Mereka mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu untuk bergerak lebih jauh atau ‘out-station’,” dedah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan – MStar

Terdapat juga istilah – istilah yang digunakan diantara mereka berkenaan aktiviti – aktiviti lumayan ini. Seperti contoh “menangkap” dan “menarik” dimana si buta ini tidak berupaya untuk “menangkap” pelanggan tanpa bantuan dari “penarik”. Dan yang paling menarik, golongan “penarik” ini juga mampu untuk menyara keluarga mereka sendiri hasil dari pendapatan sebagai pengiring si buta.

a4c5

Bayangkan, mereka bertiga (si buta, si pemandu dan si pengiring) bersetuju untuk membahagi sama rata pendapat yang diterima setiap hari. Sebagai contoh, sekiranya si buta mendapat hasil jualan sebanyak RM300, maka RM100 akan diberikan kepada pengiring dan pemandu. Jika purata RM100 sehari, tidak mustahil mereka mampu untuk dapat purata RM2500 seorang dalam sebulan.

Di ibukota, kawasan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi adalah seperti Chow Kit, Bangsar, Bukit Bintang dan Danau Kota kerana menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja. Tidak hairanlah si buta, si pemandu dan si pengemis ini mampu untuk menyara keluarga mereka masing – masing hasil dari pendapatan “menangkap” pelanggan.

Tambahnya, selain mempunyai ‘pemandu’, hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar. – KL Post

Jadi, perlukah kita menderma kepada golongan ini?

5de1

Pengalaman aku sewatu belajar di sekitar Kuala Lumpur dalam tahun 90an dahulu, aktiviti begini sebenarnya sudah lama kelihatan di sana. Malah, dahulu golongan si buta ini hanya bergerak sendirian atau mungkin didalangi sindiket – sindiket tertentu.. Mungkin. Kadang – kadang terdetik juga dihati aku ketika itu untuk menghulurkan derma atau membeli tisu dari mereka kerana wajah – wajah yang sama kelihatan di sekitar kawasan yang berbeza.

Dan kini setelah apa yang didedahkan di dalam Mstar Online, dapat memberikan satu pencerahan yang baru tentang isu ini. Perlukah kita menderma kepada mereka? Terpulang kepada setiap individu, kerana golongan ini juga ingin mencari makan untuk menyara keluarga mereka.

#Fin#

Visited 1 times, 1 visit(s) today