Terminator Tua

Terminator tua

Awal penampilannya di Hollywood

Selepas filem T3: Rise of The Machines pada tahun 2003, Arnold jarang kelihatan didalam mana – mana filem setelah dilantik menjadi Governor of California sehingga 3 Jan 2011. Malah, sewaktu pembikinan filem Terminator Salvation (antara filem yang aku minati), Arnold hanya “meminjamkan” wajahnya beberapa minit sahaja didalam satu babak filem berkenaan. Thanks to the advanced technology of CGI. Dan kini setelah berakhirnya tempoh menjadi Governor, Arnold kembali dalam franchais yang ke lima iaitu Terminator:Genisys.

Terminator tua

Pertarungan dua penjuru, masa silam dan masa hadapan

Filem yang bakal ditayangkan pada 1 Julai 2015 ini sememangnya dinanti – nantikan oleh peminat – peminat franchais Terminator. Apa yang dikhuatiri adalah jalan ceritanya yang sangat teruk seperti dahulu (Terminator 3:Rise of the Machines) yang membuatkan francais ini mengalami kejatuhan yang teruk, sehingga menyebabkan bankruptcy. Mungkin kerana itu, penerbit terbaru Terminator: Genisys ini mengumumkan bahawa filem ini adalah satu penjenamaan semula atau reboot atau relaunch yang mengetengahkan plot yang baru disampingkan mengekalkan watak – watak filem yang lama.

The year is 2029. John Connor, leader of the resistance, continues the war against the machines. At the Los Angeles offensive, John’s fears of the unknown future begin to emerge when TECOM spies reveal a new plot by Skynet that will attack him from two fronts, past and future, and will ultimately change warfare forever. – Wikipedia

Dengan bermulanya plot cerita yang baru, mungkin dapat mengembalikan kegemilangan Terminator seperti suatu ketika dahulu di era 80an dan awal 90an. Malahan, idea untuk filem sekuel trilogi juga telah ditetapkan pada 19 Mei 2017 dan 29 Jun 2018.

Watak yang dibawakan oleh Arnold dalam filem terbaru ini merupakan satu pembaharuan kerana ianya menampilkan watak Terminator yang tua. Bukan endoskelton nya yang tua, tetapi kulit luaran Terminator yang telah dimamah usia. Suatu yang amat menarik jika difikirkan kembali.

Jikalau kita menonton trailer Terminator: Genisys, lebih banyak kita dapati aktiviti merentasi masa. Kita akan dapat lihat pertembungan T-800 berusia muda dan T-800 berusia tua, pertarungan dengan T-1000 mimetic polyalloy, plot dan watak Sarah Connor dan Kyle Reese yang berbeza dengan francais Terminator dahulu, dan mungkin menyaksikan twist yang diharapkan bagi menaikkan kembali populariti Terminator di Hollywood.

“The way that the character is written, it’s a machine underneath. It’s this metal skeleton. But above that is human flesh. And the Terminator’s flesh ages, just like any other human being’s flesh. Maybe not as fast. But it definitely ages”, the actor told MTV – TV Muse

Terminator tua

Kenapa Nike pula terbabit?

Oleh kerana Terminator:Genisys ini merupakan satu reboot atau relaunch, pelakon – pelakonnya juga merupakan muka – muka baru kecuali Arnie. Malah, costume watak iconic Kyle Reese yang memakai Nike Vandalsjuga dikekalkan seperti dalam T1. Salah satu adegan filem terbaru ini mempunyai adegan yang sama dalam T1 dimana Kyle Reese yang tiba dari masa hadapan memecah masuk satu pasaraya dan mencuri pakaian seperti jaket dan sepasang kasut Nike Vandals. Trend kasut 80an pada ketika itu yang mesti dikekalkan kerana peminat Terminator boleh tahu samada Kasut Nike itu adalah sama dengan Nike Vandal di filem yang pertama, kata costume designer Susan Matheson.

Terminator tua

Nike Vandals

Pemilihan tajuk Terminator:Genisys pula merupakan gabungan perkataan “genesis” dan “system”, satu nama yang sukar untuk dipilih oleh penerbit filem ini. Ketika itu, terdapat satu senarai tajuk yang ingin dipilih. Dan ada juga antara tajuk – tajuk yang berada didalam senarai di Entertainment Weekly itu berbaur sinikal dan skeptikal. Antara tajuk yang berada didalam senarai ialaih “Terminator: Exodys”, “Terminator: Corynthians”, “Terminat5r”, “Terminatyr”, “Terminator: Terminated”, “Terminator: Rise of the Humans”. Dan yang agak sinis pula seperti “Terminator: Are You Professional?”, “XTerminator”, “Terminator, Actually and Suddenly, Last Terminator”. LOL ?

Barisan pelakon – pelakon baru yang memegang watak – watak ikonik Terminator.

Terminator tua

Sarah Connor

Terminator tua

Kyle Reese

Terminator tua

John Connor (right)

Apa kata Pencipta Watak Filem Terminator, James Cameron?

Hak filem Terminator ini telah dijual pada $1.00 kepada syarikat lain dan kini hak tersebut telah di miliki oleh Annapurna Production yang bertanggungjawab menjadikan penggambaran filem Terminator:Genisys satu realiti. Malang juga bagi Annapurna kerana terpaksa untuk menyiapkan trilogi reboot terbaru Terminator ini memandangkan hak tersebut akan kembali kepada pemilik asal, James Cameron pada tahun 2019. Besar kemungkinan hanya mampu untuk membuat satu sekuel sahaja.

Tetapi bagi Cameron, filem olahan baru untuk trilogi Terminator ini bukan menjadi satu masalah baginya sekiranya ia semakin memburukkan lagi legasi Terminator. Katanya dalam Blastr“It’s not my problem! It’s like being a grandparent, the kids come over and you can send them back! When I walked away from the franchise, I had to do it with the sense that I can invest in emotion. To me, it’s all upside, because if it’s good, it’s good for Arnold (Schwarzenegger), my friend Laeta and if it’s not good? It doesn’t bother me personally.”

Terminator tua

TERMINATOR GENISYS 1 JULAI 2015

Plot merentasi masa silam bukan hanya dalam filem sahaja, malah melangkaui ke realiti kita. Apa yang cuba di”reboot” juga menggambarkan zaman realiti tahun 80an. Pasti kita dapat mengimbau kembali suasana dan trend era 80an dahulu (bagi yang lahir sekitar 70an) sewaktu menonton filem T1. Begitu juga dengan adegan – adegan dalam cerita T1 yang retro.

Jadi, nasib filem “reboot” ini akan dapat diketahui pada tahun hadapan. Adakah ianya mampu menyaingi kehebatan Terminator 1 dan 2? Adakah juga ini merupakan lakonan terakhir Arnie didalam francais Terminator? Adakah filem ini akan berjaya menghidupkan kembali adegan – adegan T1 era 80an? Tungguuuuuu….. He’ll Be Back! The “Terminator Tua!!”

#FIN#

Visited 1 times, 1 visit(s) today