Bergantung kepada setiap individu itu, ada yang menggunakan kad kredit sebagai jalan mudah untuk membeli barang tanpa mengira faedah yang akan dikenakan, ada yang memilih kad kredit berdasarkan Interest, ada yang memilih berdasarkan points yang akan diterima, ada yang memilih berdasarkan limit yang ditawarkan, atau memang ada loyal customer untuk bank tersebut, dan macam – macam lagi sebab musababnya.
Bagi aku pula, aku telah banyak menggunakan kad kredit dari pelbagai bank antaranya seperti Affin, RHB, Citibank, OUB, Stanchart, Ambank, Hong Leong, Alliance, dan terkini adalah Maybank dan BSN manakala yang lain telah aku cancel. Pengalaman menggunakan Kad Kredit ini sangat banyak malah sehingga ditahap aku memerlukan limit yang tinggi kerana penggunaan yang agak banyak. Pernah satu ketika aku pernah mempunyai limit sebanyak RM47.000-00 walhal penggunaan aku tidak sampai sebanyak itu. Kadang – kadang aku rasa bangga mempunyai limit setinggi itu dimana ianya menunjukkan betapa loyalnya aku pada bank tersebut.
Namun begitu, aku menyedari jika limit Kad Kredit adalah terlalu tinggi, ianya akan sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk membuat pinjaman lain kerana limit tersebut telah direkodkan di CCHRIS dan menunjukkan kadar kemampuan hutang boleh bayar yang kita ada.
Interest yang rendah
Terkini, aku telah beralih ke Bank yang menawarkan kadar interest bulanan atau tahunan yang rendah untuk kad kredit yang aku ada. Buat masa ini, yang memilih untuk menggunakan Maybankard 2 Platinum card dan BSN kerana masing – masing menawarkan interest serendah 8.88% setahun. Malah bukan itu sahaja, aku telah beralih ke Maybankard 2 Platinum Card kerana benefit yang tertera dibawah:-
- 5x TREATS Points for all spend on your Maybank 2 American Express Card
- 2x TREATS Points for every RM1 spend on your Maybank 2 American Express Card
- 5% Weekend cash back² when spend on Maybankard 2 American Express Card.
- Finance charge as low as 8.88%* per annum on your outstanding balance.
- Travel Insurance Coverage
Klik www.maybank.com.my
Manakala BSN pula telah menawarkan Kad Kredit 1 Teacher dengan Interest yang dikenakan hanya 8.88% setahun memandangkan aku ini dahulu adalah seorang guru. Mereka dah tawar, jadi aku terima je. ?
Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card
Tidak pasti samada ini ganjaran atau hadiah, tetapi jika dilihat kembali apa yang aku telah terima dari Maybankard 2 Platinum Card sememangnya sesuatu yang best. Baru – baru ini aku telah terima satu undangan untuk menghadiri Vacation Preview dari Palace Vacation Club. Tawaran ini hanya diberikan kepada individu yang memiliki Maybankard 2 Platinum Card, agaknya. :p Bukan selalu dapat tawaran sebegini, hanya dengan menghadiri sesi preview yang diadakan sudah membolehkan kita untuk menerima complimentary voucher penginapan di Hotel Palace of Golden horses atau di Mines Wellness atau di Borneo Highlands Resort, berserta voucher cafe RM100.
Bukan itu sahaja, beberapa hari lepas aku telah terima satu parcel dari Maybank yang mana didalamnya mengandungi satu hardcase luggage Barry Smith 19″. Aku tidak berapa pasti kenapa, tetapi berdasarkan surat yang disertakan bersama menyatakan yang aku telah berbelanja RM3000 dan sebagai tanda terima kasih, aku telah dihadiahkan sebuah hardcase luggage. Ini adalah satu yang begitu menggembirakan kerana bolehlah aku menggunakan bag dan complimetary voucher tersebut untuk pergi bercuti. Sweet…



Penginapan di Hotel Palace of Golden Horses
Menginap disitu bersama anak dan isteri sememangnya satu pengalaman yang menggembirakan. Mana tidaknya, bukannya selalu kami dapat menginap di hotel 5-star yang agak mahal tu. malah, rasanya belum pernah lagi aku satu beranak menginap dihotel 5 bintang, setakat 1, 2 bintang tu adalah. ? Masuk sahaja diperkarangan lobi membuatkan anak aku teruja tidak terkata sebab berlambak kot patung kuda kat situ. Bilik juga boleh tahan besar, dimana kami dapat bilik deluxe berhadapan dengan swimming pool. Cuma, kelemahannya ialah wifi di area bilik deluxe kami tidak berapa kuat. Selebihnya, semuanya ok. Siapa sangka, dengan adanya Maybankard 2 Platinum Card membolehkan aku dapat complimentary voucher dari Palace Vacation Club, semasa aku guna kad kredit bank lain, tidak pula dapat sebegini rupa. Sesiapa yang berkemampuan untuk menginap di Hotel Golden of Palace Horses, boleh cuba menginap di sana. Rupanya, rate untuk deluxe room yang kami duduk tu berharga RM5++ semalam. Boleh tahan jugak mahalnya. Heee.. Nasib ada complimentary Voucher.