Berhati – Hati Ketika Menggores Kad Prepaid

Pengguna kad prepaid di Malaysia adalah begitu ramai. Terlalu ramai sehinggakan isu GST  dikenakan keatas kad prepaid dahulu pun menjadi isu hangat bukan sahaja dikalangan kita sebagai pengguna, malah dikalangan pihak – pihak sehingga ke menteri – menteri. Namun, apa yang lebih perlu dibimbangi kini ialah kandungan yang terdapat didalam lapisan perak kad prepaid itu sendiri. Benarkah gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit seperti yang berlegar – legar di Internet?

Malah lebih memeranjatkan lagi, terdapat penyebaran maklumat yang mengatakan permukaan untuk gores di lapisan perak kad prepaid mengandungi Silver Nitro Oxide. Satu bahan yang kononnya wujud dan dikatakan boleh menyebabkan kanser jika terkena dipermukaan kulit manusia, dan dalam kes ini jika kita gores menggunakan kuku kita menjadikan ianya lebih mudah untuk terkena di bahagian kulit jari. Apakah respon jika kita terbaca maklumat seperti dipaparan bawah ini?

Lagi penemuan Kanser kulit

Gambar diatas mungkin hanya “penemuan” secara umum sahaja, namun yang terkini pula apabila kononnya seorang Doktor dari US telah kesan penggunaan Silver Nitrate Oxide di lapisan perak kad gores prepaid. Kesannya; Kanser!

Gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit

Gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit

Kedua – dua gambar diatas menunjukkan bahawa terdapat penemuan terbaru yang boleh menyebabkan Kanser kulit ini. Risikonya mungkin lebih tinggi terhadap pengguna telefon prabayar yang menggores lapisan perak di kad prepaid yang mereka beli. Persoalannya disini, adakah syarikat Telco akan menjual prepaid dari bahan yang dikatakan boleh menyebabkan Kanser ini?

Terdapat banyak agen kanser yang dikenal pasti di sekeliling kita, manakala Silver Nitro Oxide yang terdapat dalam kad-kad gores tidak mempunyai cukup bukti saintifik dari segi perubatan yang menunjukkan ia boleh menyebabkan kanser. Cuba google perkataan Silver Nitro Oxide.

Gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit adalah satu PENIPUAN!!

oneduasan dot com
Credit Gambar: oneduasan.com

Lapisan perak pada kad prepaid ini bukan dibuat dari bahan yang dipanggil Silver Nitrate Oxide. Malah, tiada apa-apa keterangan tentang sebatian tersebut. Sekiranya kita google, terdapat dua sebatian kimia dengan nama yang hampir sama, yang pertama ialah Nitrous Oxide atau lebih dikenali sebagai laughing gas (sapa2 yang tidak tahu tentang gas ini, boleh tengok di movie omputih). Ianya digunakan sebagai ubat bius dalam prosedur perubatan sejak 1840-an dan juga digunakan dalam roket dan untuk meningkatkan kuasa enjin dalam perlumbaan motor. Satu lagi yang hampir serupa ialah adalah Nitric Oxide, gas dwiatom yang memainkan peranan sebagai molekul isyarat dalam sel mamalia, dan juga digunakan sebagai bahan perantara (proses kimia) dalam industri kimia.

In mammals including humans, Nitric Oxide is an important cellular signaling molecule involved in many physiological and pathological processes. – WIKI

Bagaimana sebatian lapisan gores kad prepaid dihasilkan?

Secara teknikalnya, lapisan tersebut dihasilkan daripada kombinasi LATEX dan dakwat Ultra Violet (UV) khusus!! Bahan dakwat UV ini pula bukanlah dakwat yang akan kelihatan di bawah cahaya UV, tetapi ianya dakwat yang ‘kering’ di bawah sinaran UV.

Penggunaan dakwat UV ini biasanya digunakan dalam industri percetakan kad gores, lebih – lebih lagi untuk kad prepaid topup kerana kandungan dakwat UV tersebut mempunyai penyejatan pelarut organik yang tidak merbahaya semasa proses pengeringan. Proses pendedahan campuran latex dan dakwat UV terhadap sinaran UV seperti dibawah ini.

Sumber gambar: http://www.signindustry.com/
Sumber gambar: http://www.signindustry.com/

UV inks are essentially a mixture of colored monomers [3] and oligomers [4] (the individual chemical units that eventually form ‘polymers’ [5]) and reaction ‘photo-initiators’ that become active when exposed to UV radiation. The monomers and oligomers form a viscous liquid, thus serving simultaneously as the ‘pigment’ and ‘solvent’ of a conventional ink; they do not need an organic solvent as a fluid base, and do not ‘dry’ in air like typical solvent-based inks. On exposure to UV light, the initiators set off the polymerization reaction, rapidly cross-linking [6] the monomers and oligomers into a solid ‘plastic’ polymer, in a process known as ‘curing’. This polymerization process also inspired the alternative naming of UV inks as ‘latex inks’ – www.quora.com

Tiada sebatian bernama Silver Nitro Oxide

Jadi, boleh dikatakan disini lapisan pada kad gores paling dasarnya adalah sebatian latex dan dakwat UV khas, dan sebatian yang dikenali sebagai Silver Nitro Oxide. Disamping itu, pakar-pakar dalam bidang sains juga merumuskan bahawa tidak ada bahan kimia yang dinamakan sebagai Silver Nitro Oxide. Sebaliknya, terdapat dua unsur kimia yang hampir sama – Nitrous Oxide dan Nitric Oxide namun Silver (Perak) tiada dalam sebatian bahan – bahan kimia tersebut.

Dakwat UV pula tiada kandungan Silver Nitro Oxide. Tambahan pula, masih tiada laporan saintifik yang menyatakan dakwat ini mempunyai kesan ke atas kesihatan manusia seperti risiko kanser. Melainkan ianya telah diumumkan, itu lain cerita. 🙂

Akhir kata, kenyataan gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit kerana Silver Nitro Oxide adalah satu PENIPUAN!!!. Namun begitu, jika masih takut dan ingin mengambil langkah pencegahan, beli je topup yang tidak menggunakan kad gores atau topup secara online. Habis cerita. Dulu kita panik dengan tambahan caj GST, kini usahlah kita pula panik dengan kandungan kad gores itu pula. *wink*

#adieu to le monde.

Visited 1 times, 1 visit(s) today