Spoiler! Kenapa Korang WAJIB Tengok Spider-man Far From Home?

Dah tengok Avengers: Endgame?

Rugi tak tengok sebab movie tu telah menyimpulkan satu penamat untuk semua movie Marvel sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Pendek kata, untuk menjatuhkan saudara Thanos tu sampai beberapa watak utama mati. Tu belum cerita lagi watak Captain America yang balik ke tahun asalnya dan telah jadi tua. Ramai watak yang semakin matang dan berkembang seperti Spider-man, dan ada watak yang telah menemui jalan pengakhiran.

Namun begitu, Endgame bukan la satu pengakhirannya. Sudah pasti Marvel Cinematic Universe mempunyai pelan jangka panjang untuk memasti terdapat banyak lagi filem2 dan watak2 superhero akan diketengahkan. Dan yang paling utama untuk “pengakhiran” Infiniti Saga ni adalah melalui filem Spider-Man : Far From Home, sebuah filem yang mungkin dapat mengubah landskap Universe Marvel Cinematic untuk selama-lamanya.

spider-man

Kenapa Spider-Man : Far From home?

Masih ingat beberapa bulan yang lalu dimana Disney telah membeli Fox? Ini bermaksud watak2 seperti Wolverine, X-men dan Fantastic Four sudah tentu akan kembali di dalam Marvel Cinematic Universe. Tetapi, soalnya bahagaimana untuk membawa masuk watak2 dari francais lain ini ke dalam Marvel Cinematic memandang watak2 tersebut telah mempunyai movie, pengikut dan timelinenya yang tersendiri.

Mungkin juga tidak masuk akal untuk membawa watak2 dari Fox itu kedalam “dunia” yang di gambarkan oleh Marvel sekarang ini kerana mungkin ada yang akan mempersoalkan, dimana Xmen atau Fantastic Four ketika manusia di tindas oleh saudara Thanos muka ungu tu?

Maka disinilah munculnya konsep “Multiverse”.

Konsep multiverse pertama kali ditunjukkan oleh Doctor Strange di Avengers: infinity war. Masih ingat bagaimana Dr Strange melihat 14 juta masa hadapan tentang bagaimana untuk mengalahkan Thanos.  Dan sewaktu Endgame, superhero ini bukan kembali ke masa lampau seperti movie Back to the future, sebaliknya mereka kembali ke alternate universe atau alternate timeline. Dan dalam trailer Spider-Man: Far From Home, istilah ‘multiverse’ telas dinyatakan dengan jelas seperti berikut:-

“He’s from earth. Just not ours. The snap tore a hole in our dimension.” – Nick fury

“You’re saying there’s a multiverse?” – Peter Parker

Dengan pengenalan konsep Multiverse dalam movie spider-man yg baru ni, ianya memberikan satu gambaran bahawa team2 avengers berada didalam Universe yg utama (mungkin dalam dunia kita haha) dan Xmen / Fantastic Four berada di dunia yang lain (alternate universe).

Jadi faham lah kita bagaimana superhero yang lain tidak berada di dunia mereka sewaktu peperangan menetang saudara Thanoswaran (Nama thanos versi indian) *huhu*.  Atau mungkin itulah gambaran yg cuba disampaikan oleh pengarah2 di Marvel nanti. Jadi mudahlah pengarah2 ni nak explore watak2 superhero tu sebelum kesemua Avengers , Xmen, Fantastic Four dapat bersemuka.

spider-man

Menarik tak idea ni? Anyways, it was just an idea but again, we never know what’s gonna happen in future since this “multiverse” has been introduced in spider-man movie Far From Home.

Please watch the trailer. The exploration of the multiverse with Mysterio in Spider-Man: Far From Home would be the first step in making this Multiverse Concept a reality.

What would you think? Do you believe the theory up there? Hahaha

Don’t forget to watch Spider-Man 2 this week ya..

Visited 1 times, 1 visit(s) today