Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online

Kali ni aku nak citer sikit antara kita beli barang copy ori dari China ni. Almaklumlah, barang copy ni ada gred2 yg tertentu dari copy gred rendah hingga ke copy gred baik (near to original).

Untuk barang yg copy gred rendah ni, kita boleh nampak ianya tidak seperti ori. Malah, dari segi kekemasan juga kita boleh tau jika ianya copy gred rendah. Manakala, untuk copy yg gred baik ni, finishing item itu adalah kemas hingga org2 biasa macam kita pun tak dapat nak bezakan samada itu bukan ori. Padahal mmg bukan ori pun. Huhu..

Aku taknak citer lebih2 kerana ada yg pakar dalam bab2 copy ori ni lebih2 lagi pemborong2  otai. Cuma apa yg aku nak cerita ni, kita boleh beli item copy ori ni secara online dari China kalau kita tak mampu nak pergi ke China.

Cuma kali ni berbeza sebab barang copy ori ni biasanya tiada di Taobao dan 1688 atas sebab2 copyright. Kalau ada pun di Taobao, ianya tak akan lepas pun untuk di hantar ke Malaysia.

Aku akan ceritakan antara cara yg boleh kita lakukan. Tapi sebelum aku teruskan, cara ni agak moderate to advance, jadi jika korang tidak tau cara2 membeli di taobao, korang pasti akan agak lost kerana aku akan skip beberapa perkara basic. Nak belajar setup Taobao, down EBOOK bawah ni. FREE OF CHARGE.

>>CARA-MENDAFTAR-TAOBAO by Ezuddin<<

 

Kalau korang tiada forwarder atau shipping agent juga, korang mungkin tidak boleh guna cara ini sebab barang copy ini barang sensitif. Perlu ada agen forwarder untuk deal dengan kastam nanti.

Jum kita mulakan.

Teknik mencari website dan gambar Copy Ori.

Kata kunci yg kita akan gunakan untuk membeli barang copy secara online ialah “Yupoo”. Pernah dengar? Yupoo ni secara asas adalah website catalogue utk barang2 copy ni memandangkan Taobao / 1688 / Aliexpress telah ban penjual dari menjual item2 copy.

Jadi apa yg boleh kita lakukan ialah search item yg kita nak tu bersama perkataan Yupoo. Contoh, kalau kita nak cari produk Balenciaga, kita google “Yupoo Balenciaga”. Atau dalam contoh kat bawah, aku cari Onitsuka.

shopee china

 

Kemudian kita boleh pilih dari list2 yg ada. Cumanya ada trick disini. Kita perlu cari catalogue listing yg berbahasa cina. Kenapa? Mudah, kalau kita pilih listing yg bahasa inggeris, mereka akan beri harga dalam USD. Tinggi tu currency exchange tu nanti. Faham ke faham. So CARI dan PILIH listing yg berbahasa cina dan kemudian kita boleh klik translate webpage je nanti. Senang cerita.

shopee china

 

Setelah kita klik website penjual yupoo tu dan setelah kita pastikan listing tu dalam bahasa cina, kita cari item yg kita berminat.

Kemudian kita download gambar tu dulu. Nanti kita akan gunakan gambar tu untuk dapatkan info dan harga.

Teknik berkomunikasi dengan seller.

Seterusnya, kita boleh cari number seller untuk dihubungi. Cara yg aku rasa lebih mudah ialah menggunakan Whatsapp atau Wechat. So bila dah jumpa number seller tu, jangan lupa save untuk kita contact dia.

Kriteria yg kita utamakan disini nanti sewaktu berbual dengan seller ialah

1. Bahasa yg digunakan.
2. Upload gambar
3. Tanya stok (ada saiz tak)
4. Harga
5. Tempat transit (Gudang di China)
6. Cara pembayaran. (Minta link Taobao)

Aku lebih selesa memggunakan perbualan dengan bahasa cina. Kenapa? First impression  untuk mereka ketuk harga dengan kita. Kalau mereka tau kita boleh ckp org putih, dikhuatiri mereka bagi harga dalam USD plak. Masak. Aku dah kena beberapa kali.

Tak pandai cakap cina? Apa ada hal, guna je Google Translate. Walaupun agak renyah, tp itu lah caranya. Atau kalau guna wechat, boleh direct translate pada perbualan tu. Lagi senang.

Cuma dari contoh gambar diatas tu seller hanya beri whatsapp number, so aku bg contoh perbualan aku dalam Whatsapp. Perhatikan kesemua kriteria yg aku gunakan dalam whatsapp dibawah.

shopee china

Setiap perbualan yang guna tu terpaksa aku guna Google Translate. Penat jugak nak copy paste, tp asalkan motif aku tercapai, apa adahal kan.

Dalam perbualan terakhir, seller ada bagi link taobao (rujuk No.6 gambar diatas). Aku copy link tersebut dan paste pada web brower (google chrome) untuk aku buat pembelian seperti biasa di Taobao. (Newbie boleh lihat post2 aku ajar cara pembelian di Taobao).

Lihat Gambar2 di bawah.

 

Pilih saiz dan Klik “Add To Cart”

 

 

Untuk penghantaran, kita perlu guna alamat di China.  Dan bila aku maksudkan alamat di China, kita perlu ada alamat gudang atau alamat forwarding shipping agent. Seperti yg aku terangkan sebelum ni, item2 ni adalah sensitif dan perlu ada forwarding agen untuk urusan kastam nanti.

Dan untuk itu, aku guna forwarding company yang aku guna sekarang iaitu MYWAU. Lihat alamatnya di dalam gambar tu.

.

PERHATIAN!!

Nak try test guna “direct shipping taobao”? Haha. Cuba la klik alamat sendiri. Mmg tak lepas pun. Tgk mesej apa yg keluar tu. Jadi, nak tak nak mmg kita perlu ada alamat forwarding company. So TAKYAH la guna method ni.

So sampai situ je la yang boleh aku terangkan cara untuk korang import barang Copy Ori. Selebihnya selepas buat pembayaran melalui Taobao tu nanti, barang akan dihantar ke Gudang Forwarder yang korang ada.

.

.

.

.

PERLUKAN FORWARDING AGEN UNTUK IMPORT COPY ORI?

Kalau korang takde forwader (shipping provider), apakata korang cuba guna perkhidmatan MYWAU sebab aku memang guna perkhidmatan mereka. Aku tak kata ianya forwarder yang sangat sempurna, tetapi banyak lagi tambahnilai yang mereka berikan yang aku tak dapat cerita semuanya di sini. Yg aku boleh citer, Mywau boleh hantar barang2 sensitif dan so far barang tersebut sampai dengan selamatnya.

Jadi, apa barang2 yg dikira sensitif yg Mywau boleh bantu bawa masuk ke Malaysia? Cuba lihat no 4. Tu yg Mywau boleh uruskan juga. Hebatkan?

Cuma apa yang boleh aku cerita sedikit lagi, MYWAU ni menggunakan apps untuk kita buat shipment ke Malaysia. Apps yang digunakan tu mudah sahaja. Dibawah ni adalah CONTOH screenshot Dashboard apps MYWAU.

 

Setelah barang yang dibeli di Taobao itu dihantar ke gudang MYWAU, apa yang kita perlu buat ialah create parcel di dalam apps mereka dgn klik “create new” di bahagian PARCELS. Kemudian isi detail2 yang berkaitan dengan item di Taobao tadi. (rujuk gambar dibawah)

 

Berikutnya, setelah MYWAU mengesahkan penerimaan barang tadi di gudang mereka, apa yang perlu kita lakukan ialah create shipment barang yang diterima tadi dengan klik “create new” di bahagian SHIPMENTS. (rujuk gambar dibawah)

 

Apa yang berlaku seterusnya, MYWAU akan melakukan pengiraan harga shipping berdasarkan ukuran kotak, berat dan jenis barang yang diterima di Gudang mereka tadi. Setelah itu, mereka akan memberikan harga shipping tadi dan kita hanya perlu bayar dengan klik “pay now” seperti dibawah.

Selepas pembayaran dibuat, nanti mereka akan berikan tracking number kepada kita. Selesai dan mudah. Tunggu je barang sampai nanti.

 

Berminat nak subscribe apps MYWAU ni? Sila tonton video cara mendaftar dibawah ni.

Bagaimana dengan video tadi? Berminat nak subscribe aplikasi MYWAU?  Pasni mudahlah nak dapatkan barang2 Copy Ori dari China ni.

Akhir sekali, begitulah tadi serba sedikit tentang salah satu cara untuk import uten Copy. Aku harap korang dapat serba sikit idea untuk mengimport barang Copy Ori kegemaran korang.

Ketahui lebih lanjut cara penggunaan Aplikasi MYWAU melalui PANDUAN DIGITAL

Tahu tak? MYWAU ialah satu company yang telah lama menghasilkan ramai Usahawan Import China dengan teknik2 mereka yang berkesan dan ramai yg telah berjaya membeli barang secara online; copy ori atau pun sebaliknya.

TAK SABAR NAK DAPATKAN BARANG COPY ORI? 

Sabar. Belajar Ilmu Advance ini dulu secara personal coaching. KLIK DIBAWAH NI.

SAYA MAHU JOIN PRIVATE COACHING BORONG IMPORT CHINA

  

#adieu

Visited 1 times, 1 visit(s) today