“Susu, baik untuk tubuh dan kesihatan”, itu adalah antara moto dan strategi pemasaran yang digunakan oleh industri lembu tenusu untuk meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat berasaskan susu lembu. Setelah sekian lama, kelihatan kempen ini semakin berjaya bermula dari bayi sehinggalah ke orang tua kelihatan mengambil susu lembu sebagai minuman seharian dan bukan susu kambing. Memandangkan populariti susu lembu ini yang dianggap berjaya dan menggalakkan, tetapi dimanakah kebenarannya yang mengatakan susu lembu ini adalah yang terbaik.
Susu kambing kini semakin popular diseluruh dunia. Terima kasih kepada kempen dan pemasaran berbajet besar, namun begitu tidak ramai diantara kita yang memahami kebaikannya. Popularitinya ini juga kelihatan berbeza pada setiap negara, mungkin kerana ada pengeluar susu kambing yang terpaksa bersaing dengan pengeluar susu lembu. Namun begitu, kesedaran terhadap kebaikan susu kambing perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar mereka mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah lebih baik dari susu lembu.
Semua susu tidak sama
Apa yang perlu kita ketahui bahawa bukan semua susu itu adalah sama. Sekali pandang , tidak banyak perbezaan antara susu lembu dan susu kambing namun, berdasarkan kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa faktor yang menunjukkan bagaimana susu lembu atau susu kambing bertindakbalas didalam tubuh manusia disemua peringkat umur.
Secara biologi, semua manusia dilahirkan untuk bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu sekurang – kurangnya 6 bulan selepas dilahirkan. Sememangnya susu ibu adalah yang terbaik dan tiada makanan yang terbaik darinya. Itu memangnya telah dibuktikan dimakmal atau juga didalam dunia sebenar. Dan bagaimana pula selepas 6 bulan, ada ibu yang boleh meneruskan penyusuan kepada bayi tetapi bagaimana pula bagi ibu – ibu yang telah kekeringan susu. Susu yang bagaimana boleh diambil oleh bayi 6 bulan keatas? Bagaimana pula golongan kanak – kanak, dewasa dan golongan tua? Disini diterangkan mengapa seseorang perlu mengambil susu kambing berbanding susu lembu dimana selama ini telah ditanam di fikiran kita tentang “kebaikan” susu lembu itu.
Kebaikan susu kambing
1. Susu kambing kurang alahan.
Less allergenic proteins in goat milk. Animal studies show less severe reactions at the low levels of alphas1-casein in goat milk. Use of whole milk when making formula, keeps another allergenic protein, beta-lactoglobulin, at low levels. – www.dgc.co.nz/benefits
Menurut survey yang pernah dijalankan, alergi makanan yang paling biasa dialami kanak-kanak di bawah tiga tahun adalah kesan dari pengambilan susu lembu. Kesan sampingan yang ringan juga termasuklah muntah, cirit-birit, ruam kulit dan kesan yang boleh menjadi serius seperti kejutan anafilaksis!
Sememangnya ia adalah satu keadaan yang serius.
Sememangnya ia adalah satu keadaan yang serius.
Reaksi alahan sebegini adalah disebabkan oleh alergen protein yang dikenali sebagai Alpha s1 Casein dan boleh didapati kandungannya pada tahap yang tinggi di dalam susu lembu. Tahap Alpha s1 Casein dalam susu kambing pula adalah kira-kira 89% kurang daripada susu lembu sekaligus menyediakan makanan yang jauh lebih rendah alahannya. Malah satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa bayi yang alah terhadap susu lembu, hampir 93% daripadanya boleh minum susu kambing dengan hampir tiada kesan sampingan!
2. Susu kambing jarang menyebabkan intoleransi laktosa.
Susu kambing mempunyai tahap laktosa yang rendah. Amnya, semua susu mengandungi tahap tertentu laktosa yang juga dikenali sebagai gula susu. Sebahagian besar penduduk didunia mengalami kekurangan enzim dikenali sebagai laktase yang digunakan untuk mencerna laktosa . Ini menyebabkan kekurangan dalam keadaan yang dikenali sebagai intoleransi laktosa juga merupakan penyakit yang agak biasa.
It has been hypothesized that the reason lies in goat milk’s superior digestibility. Goat milk is more completely and easily absorbed than cow’s milk, leaving less undigested residue behind in the colon to quite literally ferment and cause the uncomfortable symptoms of lactose intolerance. – A Natural Alternative for Milk Sensitive Patients
Intoleransi laktosa dan alahan susu lembu adalah dua keadaan yang berbeza. Alahan susu lembu adalah disebabkan oleh alergen protein, manakala intoleransi laktosa adalah disebabkan oleh sensitiviti karbohidrat.
Susu kambing mengandungi laktosa yang kurang daripada susu lembu. Oleh demikian, ianya lebih mudah dihadam untuk mereka yang mengalami intoleransi laktosa.
Susu kambing mengandungi laktosa yang kurang daripada susu lembu. Oleh demikian, ianya lebih mudah dihadam untuk mereka yang mengalami intoleransi laktosa.
Aspek yang menarik yang perlu dilihat ialah susu kambing mengandungi kira-kira 10% kurang laktosa daripada susu lembu. Namun begitu, perkembangan pesakit yang toleran laktosa memunjukkan kemajuan apabila mengambil minuman susu kambing.
Walaupun jawapan untuk isu ini tidak jelas, hipotesis menunjukkan bahawa sejak susu kambing dicerna dan diserap dengan cara yang sempurna, tiada kesan-kesan sampingan dan tidak selesa bagi intoleransi laktosa.
3. Lebih mudah dihadam.
Seperti yang dinyatakan tadi, susu kambing mempunyai globules lemak lebih kecil dan juga mempunyai tahap asid lemak rantaian sederhana yang tinggi. Ini bermaksud, semasa proses penghadaman, setiap globul lemak dan asid lemak individu akan mempunyai nisbah yang lebih tinggi untuk mempercepatkan proses pencernaan.
The fat molecules in goat milk are shorter, making them easier for the body to assimilate.These smaller fat molecules are suspended throughout goat milk, making it “naturally homogenized,” while cow milk contains larger fat molecules that naturally separate and form the thick layer of cream found on top of non-homogenized milk. – Why goat nilk is better for digestion
Jadi apabila protein yang terdapat dalam keaslian susu yang boleh menyumbat salur dalam perut itu dihapuskan, secara semulajadinya akan terbentuk bolus (lapisan dadih) yang lebih lembut berbanding susu lembu. Ini membolehkan badan mencerna protein dari susu kambing dengan lebih lancar berbanding ketika mencerna susu lembu.
4. Susu kambing secara semulajadi homogenized.
“Unlike cow’s milk, goat’s milk does not contain agglutinin. As a result, the fat globules in goat’s milk do not cluster together, making them easier to digest. Like cow’s milk, goat’s milk is low in essential fatty
acids, because goats also have EFA-destroying bacteria in their ruminant stomachs. – Ask Dr Sears
acids, because goats also have EFA-destroying bacteria in their ruminant stomachs. – Ask Dr Sears
Ianya satu proses yang boleh digambarkan sebagai contoh jika kita meletakkan dua gelas susu lembu segar dan susu kambing segar di dalam peti sejuk selama semalaman, didapati pada keesokan harinya susu kambing kelihatan sama seperti sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk, manakala susu lembu telah dipisahkan kepada dua ‘fasa’ berbeza; krim pada bahagian atas dan susu tanpa lemak di bahagian bawah. Ini merupakan satu proses pemisahan semulajadi yang disebabkan oleh agglutinin, satu sebatian yang akan sentiasa menyebabkan “pemisahan” susu lembu.
Jadi, untuk mengekalkan susu lembu itu sentiasa sebati, satu proses yang dinamakan penyeragaman telah digunakan dalam industri tenusu. Melalui kaedah ini, susu lembu akan melalui dibawah tekanan yang tinggi dan akan memusnahkan dinding sel globul lemak yang akan membolehkan susu dan krim duduk sebati atau homogenized.
Masalah dengan penyeragaman itu ialah apabila dinding sel globul lemak telah rosak, ia akan mengeluarkan superoxide (radikal bebas) yang dikenali sebagai xanthine oxidase. Kesannya, ia akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam tubuh termasuklah mutasi DNA yang sering membawa kepada kanser!
Na’uzubillah.
Susu kambing pula mempunyai globules lemak yang lebih kecil dan tidak mengandungi agglutinin yang membolehkan ia kekal secara semula jadi homogenized dan sekaligus menghapuskan bahaya yang berkaitan dengan penyeragaman.
5. Tindakbalas tubuh badan terhadap susu kambing lebih baik daripada susu lembu.
Goat milk is reported to contain more of the essential fatty acids linoleic and arachnodonic acids, in addition to a higher proportion of short-chain and medium-chain fatty acids. These are easier for intestinal enzymes to digest. – Ask Dr Sears
Secara saintifik, susu kambing mempunyai jumlah asid lemak seperti linoleik dan asid arakidonik, dan juga vitamin B-6, A dan Niasin lebih banyak dari yang terkandung didalam susu lembu. Selain itu, Kalium yang amat penting untuk kesihatan juga terkandung didalam susu kambing yang berfungsi untuk member tindakbalas alkali dalam badan berbanding susu lembu yang kurang kalium sehingga memberikan tindakbalas dengan cara berasid dalam badan.
Kesimpulannya, susu kambing mempunyai beberapa kebaikan daripada susu lembu. Ianya adalah kurang alahan, secara semula jadi homogenized, lebih mudah untuk dihadam, mesra laktosa, dan dapat member tindakbalas yang baik terhadap tubuh badan.
Visited 1 times, 1 visit(s) today
susu kambing sekarang kebanyakan berbentuk tepung 1 secet 250 grm , lebih mudah seandainya n senang dibawa sebaiknya berbentuk kapsul ,terima kasih kerana perihatin