Laporan berat sebelah Al-Jazeera tentang cara Malaysia menangani PATI

Dikala Covid19 menular di negara ini, Malaysia kelihatan telah menanganinya dengan bersungguh2 dan lebih baik dari negara lain. Malah, Malaysia telah dapat banyak recognition dari negara luar dan sememangnya ada yang menjadikan cara Malaysia menangangi Covid sebagai bahan rujukan. Namun disebalik kemelut yang melanda negara, masih ada lagi percakaran politik tentang perkara ni dan yang itu aku malas nak ulas. Cari je sendiri kat FB atau Socmed. Heee

 
Cumanya yang aku betul2 tak faham mengapa ada media antarabangsa yang ingin cuba nak memburukkan nama Malaysia dengan menggunakan isu tentang cara frontliner Malaysia berdepan dengan Covid dalam segmen warga PATI ni. Apa la motif mereka tu. Sangat media BIAS.
 
 

Al-Jazeera yang berat sebelah

 

Media antarabangsa ni memang sangat terkenal dimata dunia dan apabila mereka mainkan laporan yang berat sebelah dan boleh dikatakan juga mengelirukan tentang cara PATI dan Covid19 di Malaysia ni telah membuatkan ramai rakyat kita menjadi marah, termasuklah aku. Malah, Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Ismail Sabri aka Pak Long Mail telah menuntut sekeras-kerasnya agar agensi berita itu meinta maaf kepada seluruh rakyat negara Malaysia berikutan kegagalan dokumentari terbitan Al-Jazeera ni melaporkan SOP pasukan keselamtan negara kita berdepan dengn Covid19 + PATI.
 
 
Dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan baru2 ni, Pak Long Mail berkata “Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.
 
“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada,” 
 
“Dan tuduhan yang mengatakan kita mengurung secara tidak adil PATI tersebut adalah tidak benar, kerana bukan setakat PATI yang dikurung malah PKPD di kawasan lain, termasuk di pusat tahfiz, beberapa perkampungan di Hulu Langat dikurung juga”.
 
“…dan setiap individu yang berada dalam kurungan PKPD dibuat saringan termasuk PATI juga disaring, kerajaan menanggung kos saringan terhadap mereka.
 
“Jadi tidak betul kalau kita katakan bahawa satu layanan yang tidak adil dibuat kepada mereka kerana mereka dikurung, kerana polisi dan SOP ini kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat Malaysia,” tegasnya.
 
Selain itu, DS Najib Razak juga telah mempersoalkan admin yang menguruskan FB Page 101 East Al-Jazeera. Nampaknya ada melibatkan raykat Malaysia dan ini sememangnya bertentangan dengan undang2 negara kerana sanggup membiarkan Al-jazeera memburukkan nama Malaysia. Adakah itu tanggungjawab admin sebenarnya.
 
 
“Admin untuk page FB program 101 East Al-Jazeera ada 9 orang.”
 
“Tiga admin adalah dari Malaysia.”
 
“Siapakah mereka?”, ujar DSNR
 
 
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang perinatin, mari kita sama2 meninggalkan komen bantahan di mana2 platform Al-Jazeera atau membuat apa2 bantahan di mana2 platform individu untuk memaksa mereka faham pendirian kita,      Al-Jazeera is Bias!!
 
Jum semua netizen, mari kita bantah! Tinggalkan komen korang di Fb Page Al-jazeera, SINI https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/
 
Visited 1 times, 1 visit(s) today