Sejak akhir2 ni, UP pulak cerita berkenaan ramai yang buat duit dengan kripto ni. Tambahan lagi dengan trend kripto yang agak volatile dan sentiasa turun naik, masakan boleh ada org buat duit secara konsisten dengan kripto ni?
Ramai juga yang agak musykil kerana mereka jana keuntungan kripto ni dengan App melalui phone je. Rujuk gambar dibawah. Keuntungan terkumpul sampai RM7 juta, keuntungan harian je beribu2 RM.
Betul ke ni? Scam ke? Sindiket MLM ke?
App apa yang geng2 kripto ni main sampai dapat keuntungan yang konsisten?
Kalau korang nak tau, App yang dimaksudkan tu ialah Royal Q.
Royal Q ni adalah App yang berkait rapat dengan trading cryptocurrency yang ada dalam dunia Internet ni. Atau… dengan kata yang mudah difahami, kita jual beli koin kripto ni menggunakan Robot Trading. So, Royal Q ni hanya sebagai alat untuk kita jual beli kripto.
Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang App Royal Q ni, apakata kita fahamkan dulu isu ni..
Apa itu Cryptocurrency?
Cryptocurrency ni adalah satu bentuk pembayaran digital secara online untuk mendapatkan servis atau barang/asset. Kalau kita tinjau di platform trading kripto tu, terdapat banyak gila syarikat yang buat crypto mereka sendiri. Dan kripto ni dinamakan Tokens.
Jadi, dengan token2 ni lah yang membolehkan kita untuk trade barang2 atau servis2 dari syarikat tersebut, bergantung kepada projek2 yang mereka tawarkan.
Kalau korang pergi kedai Arcade game atau Kedai dobi, korang mesti perasan yang korang perlu tukarkan duit kepada token untuk bayar di mesin cuci baju tu, atau bayar di mesin game tu.
Tu la caranya kita tukar matawang kita kepada koin (dalam kes ni, token) untuk kita gunakan “kripto” tu.
Berapa jumlah cryptocurrency yang ada dalam dunia digital?
As we speak, memang terdapat terlalu banyak token dalam pasaran kripto ni. Malah ianya beribu2 lemon banyaknya. Dan kebiasaannya, value kripto ni akan meningkat naik sewaktu dalam proses startup dan ICO (initial Coin Offering). ICO ni macam ala2 IPO bagi stock yang nak masuk BSKL tu la.
Hati2 jugak, Mula2 memang ICO tu naik tinggi. Kebiasaan beberapa jam sahaja setelah ianya mula diniagakan di pasaran kripto, pastu, jatuh harga sehingga separuh dan ke bawah. Sebab tu, aku tak gemar nak masuk ICO ni. Lagipun ICO ni hanya di offer kepada kita jika kita dah membuat sejumlah transaksi di platform Kripto seperti Binance atau Huobi tu.
Market Capitalization
Untuk pengetahuan korang, semasa aku menulis post ni sahaja, jumlah market Capitalization bagi kripto ni dah USD1.72trillion.
Manakala Bitcoin sahaja dah jejak USD7.45billion. Secara kasarnya, turun naik Bitcoin ni akan membuatkan sebahagian besar coin2 lain juga turun atau naik harganya. Jadi, kita boleh bayangkan berapa ramai yang boleh buat keuntungan dengan kripto ni. Tak dinafikan ada juga yang hangus duitnya.
Sebab itulah kita memerlukan Robot untuk membuat trading bagi pihak kita agar bila harga naik kita memang buat duit, manakala kalau harga jatuh, kita juga masih buat keuntungan (perlu setting2 tertentu la, bukan main guna je app robot ni).
Apa Fungsi Robot Trading untuk Crypto.
K, sekarang aku nak masuk cerita tentang Robot Trading untuk Crypto ni.
Antara sebab mengapa pemain kripto ni aktif adalah kerana pasaran kripto ni sentiada dibuka 24jam sehari, 365 hari. Dan bertambah ramai yang trade dalam platform2 yang dah established ni macam Huobi, Binance, kuCoin, Luno dan lain2.
Selain trading, ada juga yang simpan Kripto ni dalam platform tu, kita panggil HODL (Holding On Dear Life). Atau mungkin mereka HODL kerana harga coin tu floating (tak naik atau turun sangat)
Dek kerana tu, dalam kripto ni, ada yang suka HODL dan ada yang suka trade (jual beli secara day trade atau scalping juga).
Oleh kerana tu jugak, untuk meraih keuntungan dengan konsisten dalam trading kripto ni, kita perlu buat Analisis dan juga buat Entry pada harga dan waktu yang betul. Baru kita dapat memaksimakan keuntungan tu.
Permainan emosi
Cuma, bukan semua orang mempunyai waktu dan kemahiran untuk membuat analisis yang betul atau membuat entry yang bersesuaian. Tambahan lagi, emosi kita juga bakal terganggu atas kesilapan2 ketika membuat trading tu. Cer tengok, org2 biasa macam aku ni mana la tahan emosi nak tgk “lautan merah” kejatuhan harga seperti dalam gambar dibawah tu. Tapi dengan Robot Trading App, emosi utk trade koin dapat dielakkan, tak kisah masa lautan merah atau lautan hijau.
Maka dengan itulah wujudnya Robot Trading ni.
Dengan robot trading ni, pada aku, yang paling utamanya ialah kita dapat menjaga emosi kita dari “kesilapan” entry (dan beberapa juga kesilapan lain la). Bukan sahaja robot ni takde emosi ketika buat trade, malah segala trading yang dilakukannya tu adalah dengan analisa dan calculation yang tepat.
Mudah kan guna Robot? Tetapi, bukan semua robot boleh memberikan result yang sama. Namun, dengan Robot ni lah kita boleh mengautomasikan trading kita dalam crypto ni.
Amacam? Korang mesti nak trade crypto tapi bila nak trade? bila nak entry? dan bila nak take profit? betul tak?
Walaupun korang tak tau sangat tentang teknikal analisis, korang ni sebenarnya dah boleh trade dengan menggunakan robot je.
Biarkan robot buat kerja trade, dan korang hanya perlu monitor dari semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa sahaja. ?
“Jika saya guna Robot, apa yang perlu saya utamakan?”
Hakikatnya, memang banyak robot crypto yang ada didalam pasaran dunia sekarang ni. Persoalannya, yang mana satu dipercayai boleh berikan pulangan yang baik?
Persoalan yang seterusnya tentang Modal yang kita gunakan untuk membeli crypto. Kita kena pastikan Modal kita JANGAN dimasukkan ke Akaun robot, melainkan hanya untuk bayar yuran langganan Robot tu sahaja. Modal lain perlu dimasukkan didalam akaun platform dagangan sahaja. Yang itu perlu jelas.
Jadi robot mana yang sesuai? Pada pendapat aku, tentulah robot Royal Q yang aku hint kat atas tadi. Robot Royal Q ni mampu melakukan trading untuk kita disamping kita tidak perlu masukkan modal kita didalam nya. Royal Q hanya akan trade kan bagi pihak kita melalui platform trading yang kita telah berikan akses untuk trade seperti di Binance atau Huobbi.. Jadi duit tu selamat dan secure didalam platform trading sahaja ye.
Dengan Royal Q, korang boleh buat duit dengan 2 cara , iaitu;
-
-
-
- trading crypto, ATAU
- referral program
-
-
Ya, walaupun korang ada modal yang kecil, tak nak trade pun takpe, korang hanya perlu perkenalkan Apps Royal Q ni kepada rakan lain yang minat dalam crypto.
Atau, kalau korang suka dengan trading crypto, ianya lebih baik kerana boleh dapat profit setiap bulan dalam purata bulanan 5% hingga 30% bergantung kepada modal korang juga.
Betul ke Royal Q ni?
Mungkin ini merupakan kali pertama korang nampak Royal Q dan belum cuba sendiri. Aku tau perasaan tu dan pernah ada persoalan macam ni:-
❓️Boleh percaya ke Apps ni?
❓️Selamat ke duit aku?
Jadi, aku pun ada niat nak cuba dulu dengan modal paling minimum. Jadi mula2 sekali aku buka akaun untuk platform Kripto ni di Huobi.. Atau boleh juga guna akaun Binance. Platform2 ni adalah platform terbesar untuk simpan dan trade crypto di seluruh dunia.
Platform ini sememangnya dipercayai. Ramai je traders seluruh dunia yang sedang guna. Tindakan awal yang aku buat setelah buka akaun Huobi ialah beli beberapa coin crypto, seperti Bitcoin dan Ethereum (rujuk gambar dibawah)
Aku belajar untuk Trade dan HODL (Holding) dulu dan setelah aku dah faham selok belok teknikal jual dan beli dalam platform, baru aku join and explore robot Royal Q agar aku dapat buat profit dengan lebih tenang dan systematic.
KEUNTUNGAN KONSISTEN
Setelah sebulan aku guna Royal Q dgn modal untuk trade lebih kurang 200USD bermula pada 5 Feb 2022 sehingga tarikh aku menulis posting ni (11/3/2022), aku telah memperoleh keuntungan hasil dari Robo Trade sebanyak USD20 (lebih kurang RM80), iaitu keuntungan dalam 6% dalam sebulan lebih. Mungkin ianya Nampak kecil sebab aku hanya menggunakan deposit sebanyak USD200 sahaja. Namun bagi mereka yang boleh mengeluarkan modal yang besar, maka besarlah profit tu nanti.
Bayangkan, kalau aku letak amaun yang sama USD200 (dalam RM800) di ASB atau T.haji pun aku hanya dapat dividen dalam sekitar RM40 pada dividen 5% SETAHUN. Tu setahun ye tuan2 dan puan2. Sedangkan aku yg dah masuk RoyalQ dalam sebulan utk trade ni, aku dah dapat keuntungan sekitar 5 – 6 % SEBULAN. Kalau market tengah bagus, lagi tinggi peratusan keuntungannya. Dan sehingga sekarang, aku masih tiada masalah untuk trade menggunakan Royal Q, Alhamdulillah. Yang penting, kita hanya pilih coin yang kuat sahaja untuk trade.
Ingat, Royal Q trade 24jam selama 365 hari dan bergantung kepada modal yang kita letak. Jgn ingat beli kripto sikit ni dapat untung beribu2 plak! Ko ingat ni MLM ke? Hahaha. Dalam kripto ni, sama macam beli saham BSKL juga, lagi tinggi modal, lagi tinggi return dan perlu semak dulu koin apa yg nak beli untuk buat keuntungan.
Macam mana dengan Rugi?
Terus terang, dalam mana2 trading pasti ada kebarangkalian rugi SEKIRANYA kira jual saham / coin yang kita pegang tu. Namun, sekiranya kita masih lagi tidak menjual pegangan kita dalam coin tu, ianya tidak dikira rugi sebab unrealised loss. Tambahan lagi, kita masih lagi mempunyai asset digital yang boleh kita gunakan untuk membeli servis atau barang, sebagai contoh menggunakan Bitcoin atau Ethereum untuk membeli barang seperti NFT atau sebagainya.
BELIAN DI SETIAP TINGKAT PENURUNAN HARGA
Maka sebab itu kita perlukan Royal Q dimana sewaktu trend sedang menurun, system robot ini akan membeli coin untuk kita setiap kali berlaku penurunan. Konsep ini di panggil Averaging, bertujuan untuk mempuratakan harga belian disamping menambahkan jumlah pegangan asset digital kita.
Bergantung kepada berapa tingkat penurunan yang kita set, dan setiap tingkat penurunan akan berlaku pembelian. Dan pada ketika penurunan tu pasti akan ada kenaikan sementara sebelum berlaku lonjakan (yang kita belum pasti bila). Jadi, apabila berlaku tingkat “kenaikan sementara” tu la Royal Q akan menjual sedikit (sub-sell) pegangan coin kita untuk membuat keuntungan (rujuk gambar dibawah untuk sub-sell). Itu yang kita dgr mengapa Royal Q masih boleh membuat kuntungan walaupun berlaku trend penurunan. Setiap tingkat penurunan yang kita set tu masih berupaya untuk membuat keuntungan. Apatah lagi sekira berlaku trend menaik, sememangnya robot akan jual koin untuk kita dan mendapat keuntungan!
Jum tambah portfolio pelaburan yang kita ada pula di Royal Q. Untuk dapatkan Apps Royal Q, boleh ikuti langkah2 cara mendaftar, cara2 menggunakan Royal Q, dan tatacara untuk melakukan Trade dengan menekan link dibawah tu. Korang akan dibawa ke group chat dan klik “pinned Message” terlebih dahulu ye untuk tau cara² mendaftar. Tekan sekarang
Konklusinya, korang boleh cuba untuk menggunakan Royal Q sebagai robot trading peribadi korang. Mungkin kalau korang trade guna robot dapat keuntungan yang lebih banyak dari apa yang ku buat, maklumlah, modal aku ni kecik je. Kalua nak tgk contoh org lain punya keuntungan, boleh tgk screenshot yang aku share dibawah. Keuntungan berdasarkan modal yang besar.
Peringatan
Semoga bermanfaat untuk korang gunakan robot trading ni. Cuma perlu ingat;-
-
-
- JANGAN Tamak
- Kalau modal kecil, trade 1 atau 2 coin sahaja. Dan JANGAN TAMAK dan ada hati nak ambil koin banyak kalau modal kecil.
-
Bukan apa, kalau modal kecil ni, takut tersangkut tak boleh beli lebih jika trend sedang menurun. Sudahnya, “floating” lama sangat nak tunggu trigger keuntungan nanti.
Itu je pesanan aku, sebab ada rakan2 yang pernah terkena floating lama. Ingat! Money management tu sangat sangat sangat penting ye.
Selamat Maju Jaya.
P/s; Nak masuk group untuk dapatkan Trading Signal bagi koin2 yang berpotensi seperti dibawah? Wajib daftar dahulu dgn klik pendaftaran diatas.
Selepas tu, Wasap saya untuk join group dengan <<Klik SINI >>.