Kecoh bila Utusan Malaysia mengalami masalah kewangan sampai tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. Tu belum lagi bila berbondong – bonding netizen memberi komen negative dalam SocMed ni yang terus tuding jari ianya berpunca dari parti politik di Malaysia. Rileks dulu. Sebelum kita join sama jadi makcik pakcik bawang, korang kena fahamkan dulu isu disebalik kejatuhan tu. Ada cerita lain.
Bagi sesiapa yang belum tahu, Utusan Malaysia ni telah didagangkan di pasaran Bursa Malaysia bermula awal tahun 2000 lagi dengan nama Utusan Melayu Malaysia Berhad. Awalnya, harga IPO mereka adalah dalam lingkungan Rm1.00 dan seperti yang kita tahu, UMNO merupakan pemegang saham utama dan terbesar. Dan ya, nama “UMNO” la yang membuatkan netizen2 ni memberikan komen negative tanpa melihat isu ni dengan lebih konstruktif. Politik la katakan. Berbalik semula, jika kita lihat pada tahun 2008 saham Utusan telah mula menanpakkan kejatuhan malah boleh kata dengan mendadak sehingga Utusan mengalami krisis kewangan pada tahun 2012. Adakah masalah kewangan ni satu perkara yang baru buat Utusan? Tidak, ianya bukan satu benda yang baru. Lihat trend di bawah atau klik link di SINI

Jadi apakah punca utamanya?
Ada pendapat lain yang menyatakan kejatuhan saham Utusan ini berpunca dari kegagalan pentadbiran syarikat untuk mengubah product mereka kepada digital publication bagi mengikut aliran trend semasa. Jika diperhatikan timeline kejatuhan Utusan ni, pertamanya ia adalah selari dengan pertumbuhan dan perkembangan rangkaian jalur lebar di Malaysia, kemunculan smart-phone mampu milik dan dan pengenalan package2 internet/broadband yang semakin berpatutan jika tidak murah sekalipun.
Dengan kemunculan meluas bagi smart-phone dan rangkaian internet ini telah memaksa banyak publications tempatan untuk beralih arah ke penerbitan digital yang lebih ringkas penyampaiannya dan cepat ke pembaca melalui Apps yang boleh dipautkan pada laman SocMed seperti Twitter dan Facebook ketika itu. Dan dengan itu, banyak syarikat penerbitan yang lain telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mengubah konsep penyampaian berita, namun bagi Utusan pada ketika itu, focus mereka tetap dengan Old-School reporting. Sebab itu ada yang mengatakan UMNO/BN kalah PRU kerana “berita” yang disiarkan kepada pengundi adalah lebih cepat untuk mereka membuat keputusan. Samada “berita” itu betul atau sebaliknya pada ketika itu, wallahualam.
Jadi boleh dikatakan Utusan ni adalah salah satu mangsa dari perkembangan dunia digital masa kini sebab kegagalan mereka untuk berdiri sama tinggi bersama publication house yang lain selari dengan perkembangan arus semasa. Jadi korang rasa dari sudut bisnes dan perkembangan teknologi ni, adakah kerugian yang dialami oleh Utusan Malaysia ada kena mengena dengan keadaan politik semasa dan berkait dengan kejatuhan UMNO? Dari segi pandangan lain, dalam kes ni, disebabkan oleh pentadbiran syarikat yang mempunyai vision yang KURANG mantap dan TAKUT dengan perubahan lah yang membuatkan Utusan jatuh.
Jika Utusan berani untuk berubah tempohari bagi menyampaikan berita dengan lebih cekap dan cepat, adakah landskap politik kita akan berubah juga? Lihat apps terkini mereka, terlambat atau tidak?
Wallahualam.