Jadi apa beza GST dan SST??
Umum mengetahui bahawa kita perlu peka terhadap beban kewangan terutama yang sudah berkeluarga. Maka apabila kita seharusnya perlu mengambil tahu tentang dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan secara langsung atau tidak langsung, ia akan memberikan kesan terhadap perbelanjaan keluarga atau isi rumah kita.
Jadi perbezaan dari konsep pelaksanaan adalah jelas. GST adalah Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dikenakan keatas pelbagai peringkat sehingga ke peringkat konsumer dengan kadar 6% berbanding cukai SST sebelum ini yang dikenakan 10% hanya pada peringkat pengeluar/pengilang. Selain itu, perkhidmatan juga tidak terlepas dari dikenakan GST sehinggakan perkhimatan yang dikenakan oleh kerajaan negeri dikenakan GST dan telah mendapat maklumbalas negatif dari Sultan.
Yang paling ketara perbezaan GST dan SST (Sales Tax and Services Tax) ialah, GST akhirnya akan dikenakan kepada semua barangan kecuali barangan yang dikelaskan sebagai zero-rated akan terlepas dari GST. Itulah secara ringkasnya kerana kebanyakan orang ramai sendiri tahu apa itu GST kecuali seorang “contestant” sebelum ini. :p Untuk lebih pemahaman, google sahaja. Continue reading “Mengarutkah kenaikan harga disebabkan oleh GST?”