Apa yang korang faham dengan Penebusan Nilai IQD dan bagaimana ianya dikaitkan dengan satu skim yang nampak seperti ianya “sah disisi undang2”?
Terlebih dahulu kita perlu tau apa itu IQD. IQD tu adalah kod bagi matawang negara IRAQ. Kenapa Iraq terlibat dalam skim ni? Seperti yang kita tau, Iraq telah melalui pelbagai saat getir dibawah pemerintahan saddam dan sebelumnya. Setelah ditakluk atau diserang oleh negara barat, Iraq sedang berusaha untuk memulihkan negara dan ekonominya.

Namum begitu, ada juga yang ingin mengambil kesempatan diatas pemulihan tersebut terutamanya dari segi wang dan ekonomi. Cerita-cerita tentang pelaburan Dinar Iraq telah muncul kembali apabila proses demokrasi akan bermula di Iraq, ekonomi akan berkembang dan nilai Dinar akan berkembang. Ada tak yang simpan Dinar Iraq ni? Agak2 menarik tak kalau nilai Dinar Iraq tu meningkat? Memang menarik, cuma…
Aku bukan nak fokus pasal Revaluation IQD Iraq, cuma nak fokus pada pihak yang mengambil kesempatan berkenaan perkara ni terhadap orang ramai. Kita lihat Iraq IQD Scam seperti dinar iraq yang sebelum2 ni, antara modus operandi lama dahulu tentang scam ni adalah dengan “jika anda boleh membeli Dinar Iraq pada nilai yg rendah terkini, ia akan bernilai sekurang-kurangnya USD2 sebaik sahaja PBB mengiktiraf mata wang Iraq”. Sama seperti cerita “penebusan IQD Iraq” sekarang, jika perkara ini berpotensi untuk membuat wang, maka wujudlah sindiket Dinar Iraq atau IQD yang menyamar sebagai peniaga atau company yang MENGURUSKAN PERTUKARAN DINAR ini di Internet dan baru2 ni pula di Whatsapp.
Maka ramai la makcik2, pakcik2, anak2 muda yang tak tau apa2 telah termakan umpan dengan “pulangan lumayan” atas pertukaran nilai Dinar ini. Baru2 ini, telah berlegar link di Whatsapp untuk join group IQD ni sebagai PETUGAS IQD UTARA, yang kemudiannya ditukar ke PETUGAS IQD UTARA SELATAN dan kini dinmakan PETUGAS UTARA SELATAN. Hilang dah perkataan IQD. *wink*
Continue reading “Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia?”