Fakta ke karut: Cara penjagaan seluar jeans

penjagaan seluar jeans

Berapa kerap kita membasuh jeans?

Pemakaian jeans ini sangat sinonim dengan fashion atau trend bagi segenap masyarakat di negara ini, lebih2 lagi dikalangan anak2 muda masa kini. Dahulu, bermula sekitar tahun 80an, jeans lebih digemari oleh rockers2 rock kapak kita di sini bagi menonjolkan imej style “koyak-rabak” dan lasak kerana ianya mudah didapati dan murah berbanding seluar leather.

Dan kini, jeans masih lagi dianggap sebagai sebagai pakaian yang berbentuk rugged malah telah diperluaskan lagi dikalangan pemakai wanita bagi menampakkan imej seksi dan cantik, satu revolusi baru tentang pemakaian seluar jeans di zaman ini. Terdapat pelbagai jenis jeans bermula dari yang bersaiz besar sehingga yang “skinny” dan sendat, dan antara syarikat terbesar yang mengeluarkan produk jeans yang popular ialah Levi’s.

Siapa yang tidak mengenali Levi’s, satu brand yang telah terlekat didalam minda kita mengkategorikan Levi’s = Jeans, walaupun jenama besar itu memasarkan produk2 lain seperti kasut, wallet, t-shirt etc etc. Berbalik kepada jeans tadi, cara dan waktu pemakaiannya jeans yang tahan lasak ini tidak terbatas sehingga kerapkali kita jarang membasuhnya bagi menampakkan rupa jeans yang lebih rugged dan stylish atau mungkin tidak mementingkan penjagaan seluar jeans. Continue reading “Fakta ke karut: Cara penjagaan seluar jeans”