Apa fungsi forwarder sebenarnya?
Bagi mereka yang sering berurusniaga secara internasional pasti akan lebih mahir lebih2 lagi dalam urusan import atau export ni. Tetapi bagi peniaga2 kecil atau pemborong, dan juga pembeli retail seperti kita juga perlu tau apakah yang dimaksudkan dengan forwarder ni. Lebih2 lagi jika ingin mendapatkan barang atau stok dari negara luar seperti China.
Forwarder ni juga dikenali dengan nama lain seperti shipping agent, shipping provider atau forwarding agent. Operasi kiriman barang oleh mereka biasanya melibatkan udara, darat dan laut. Adakalanya ianya menjadi agak komplek (jika bukan rumit) kerana kita sebagai peniaga, perlu mengefisienkan kos2 yang merangkumi kos transport/shipping, insurance, gudang, penghantaran dan macam2 lagi. Tu belum termasuk kos barang2 yang dibeli.
Oleh yang demikian, kita mestilah cari forwarder yang memenuhi beberapa kriteria yang penting juga. Antaranya ialah mempunyai jaminan barang akan terima dengan selamat, harga dan caj pengangkutan / penghantaran yang kompetitif (tak semesti murah tp servis hampeh!!), dapat menjaga barang kita dari rosak yang agak serius, dan mempunyai servis tambah nilai yang lain. Barulah kita sebagai peniaga / pemborong / pembeli dapat memaksimakan kepuasan dan keuntungan kita. It’s a win-win situation juga.
Jadi, boleh aku katakan disini, antara perkara pokok yang aku akan lihat dalam pemilihan forwarder ialah seperti berikut:-
Continue reading “Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China”