Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Namun begitu, bagi yang telah membeli edisi terakhir ini mungkin agak kecewa kerana pengakhirannya agak tergantung apatah lagi disaat Penjejak Badai dan Penjejak Awan sedang bertarung dengan Xiao Wu bagi menyelamatkan anak Yi Feng (anak kepada Penjejak Badai yang dikatakan akan membawa malapetaka kepada China). Persoalannya disini, adakah satu lagi keluaran Pedang Setiawan di Malaysia? Seperti di Hong Kong, keluaran selepas edisi 667 (tentang kesimpulan pertarungan Penjejak Awan & Badai terhadap Xiau Wu) boleh didapatkan di Pameran Pedang Setiawan yang berlangsung disana.

Bab akhir di Pameran Komik Pedang Setiawan

 

Menurut Ma Wing Shing, pencipta watak dan jalan cerita komik ini, beliau telah berhasrat untuk mencetak siri terakhir Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih yang hanya boleh didapati di Pameran PedangSetiawan anjuran beliau. Atas alasan cetak rompak harta intelek di Internet pada masa sekarang ini, industri komik telah mendapat kesan yang hampir sukar untuk dipulihkan. Maka, manuskrip terakhir itu boleh didapatkan sewaktu pameran berlangsung.

Ma Wing Shing, author of Storm Riders, was inspired to unveil the final chapter of the 25-year-old series in an exhibition of the original drawings instead of publishing in print, as rampant online piracy continues to hurt the industry to an almost irreparable extent. – South China Morning Post

Nampaknya, populariti yang didapati secara online di Internet ini tidak dapat memberikan pendapatan yang lumayan lagi kepada pelukis komik, apatah lagi terhadap pelukis komik yang baru. Memandangkan Ma Wing Shing telah berada di Industri komik ini sejak dari tahun 1989, banyak kisah suka duka dan sedih perit yang akan dikongsikan di pameran tersebut dalam bentuk lukisan yang dihasilkannya.

Di pameran tersebut, Ma Wing Shing akan mempamerkan lukisan bab akhir kesudahan siri komik ini dalam lukisan seni dakwat. Maksudnya, manuskrip terakhir ini dalam edisi hitam dan putih. Kata beliau, penggunaan medium seni dakwat ini dapat memainkan sedikit emosi bagi menggambarkan lukisan untuk edisi yang terakhir. Mungkin sedih, mungkin sayu. Disamping itu, ia juga dapat memberikan sedikit ruang imaginasi untuk pembaca menggambarkan situasi didalam komik itu.

Spoiler: Lukisan Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Bagi yang ingin menunggu untuk keluaran Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih ini pada bulan mei 2015 (jika ada la), harap jangan lihat gambar dibawah ini dengan terlalau lama. Apa yang boleh dikatakan disini, gambar dibawah sekali adalah gambar terakhir untuk edisi manuskrip hitam putih ini. *wink*
Agak – agak, siapa budak lelaki tersebut?

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Awan

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Badai

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Tanpa Nama

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Muka akhir manuskrip

Dengan berakhirnya pedang setiawan ini, diharap selama kewujudannya sejak tahun 1989 lagi dapat memberikan kita sedikit tauladan. Mungkin bukan dari jalan ceritanya, tetapi dari seni lukisan yang ditunjukkan.

 

TAMAT

Pedang Setiawan Bakal Berakhir

Penjejak Awan dan Penjejak Badai

Satu pengakhiran

Pedang setiawan, antara komik old school yg aku baca sehingga kini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi kebiasaan untuk aku mencari dan membeli komik Hong Kong versi bahasa malaysia ni setiap 2 minggu sekali. Sebelum popularnya Manga dari Jepun dalam tahun 90an dahulu, komik Hong Kong telah mula bertapak di hati para remaja pada ketika itu. Dan kini, bagi orang2 yang seangkatan dengan aku, sudah pasti mereka masih lagi mengikuti komik ini.

Diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited, Keluaran isu pertama di Hong Kong bermula dari tahun 1989 sehinggalah sekarang. Manakala, keluaran versi bahasa malaysia yang pertama adalah dalam sekitar awal 90an, dan aku cuba untuk tidak miss setiap issue keluarannya.

Keluaran awal Pedang Setiawan

Keluaran awal Pedang Setiawan

Continue reading “Pedang Setiawan Bakal Berakhir”