Bergantung kepada setiap individu itu, ada yang menggunakan kad kredit sebagai jalan mudah untuk membeli barang tanpa mengira faedah yang akan dikenakan, ada yang memilih kad kredit berdasarkan Interest, ada yang memilih berdasarkan points yang akan diterima, ada yang memilih berdasarkan limit yang ditawarkan, atau memang ada loyal customer untuk bank tersebut, dan macam – macam lagi sebab musababnya.
Bagi aku pula, aku telah banyak menggunakan kad kredit dari pelbagai bank antaranya seperti Affin, RHB, Citibank, OUB, Stanchart, Ambank, Hong Leong, Alliance, dan terkini adalah Maybank dan BSN manakala yang lain telah aku cancel. Pengalaman menggunakan Kad Kredit ini sangat banyak malah sehingga ditahap aku memerlukan limit yang tinggi kerana penggunaan yang agak banyak. Pernah satu ketika aku pernah mempunyai limit sebanyak RM47.000-00 walhal penggunaan aku tidak sampai sebanyak itu. Kadang – kadang aku rasa bangga mempunyai limit setinggi itu dimana ianya menunjukkan betapa loyalnya aku pada bank tersebut.
Namun begitu, aku menyedari jika limit Kad Kredit adalah terlalu tinggi, ianya akan sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk membuat pinjaman lain kerana limit tersebut telah direkodkan di CCHRIS dan menunjukkan kadar kemampuan hutang boleh bayar yang kita ada.
Interest yang rendah
Continue reading “Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card yang hebat”