Minuman bubble-tea sekarang tengah menjadi satu trend yang Hot di Malaysia. Mana taknya, nama Bubble-tea telah melalui banyak penjenamaan inovasi nama antaranya dipanggil pearl, boba, mutiara (seriously)?? Haha.. Lihat sahaja jenama2 yang tumbuh bagai cendawan sehingga ada yang melalui kontroversi “halal” yang bukan menjatuhkan, malah menaikkan lagi jenama tersebut ada la. Tak faham betul aku dengan trend ni.
Tu belum termasuk kadar kalorinya untuk satu cup. Tgk je la kat gambar atas tu. Tp ye la, nanti ada org kata “bukannya aku minum hari2, so apa ada hal?”. Tapi aku taknak ulas bab2 kat atas tu.
Berbalik pada hands-free ni, yang aku nak citer adalah minum bubble tea tanpa perlu pegang cawan plastik tu. Dan ini memang menjadi satu kekaguman untuk aku bila ada geng2 di Internet yang membuat cabaran “Hands-free Bubble Tea Challenge” ni. Aku tidak berapa pasti samada ianya satu cabaran yang telah popular di Malaysia atau tidak, namun aku lihat ianya telah menjadi trend di negara luar seperti di Jepun. Dan yang menariknya, ianya lebih mudah dilakukan oleh wanita berbanding lelaki.
Macam mana nak buat?
Ini adalah cabaran yang aku rasa perlu diambil perhatian. Tau kenapa? Kerana mereka memerlukan skill yang tertentu dan bentuk badan yang tertentu. LOL [Read more…]