Rokok tidak sah membawa padah!

Apa pun jua alasan yang diberikan antara kita tentang rokok, sememangnya ianya suatu tabiat yang membawa kemudaratan.  Ya, rokok tidak sah membawa padah. Malah, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan suatu ketika dahulu dengan slogan anti-rokok yang berbunyi “Tak Nak Merokok” namun begitu sejauh mana kesederan yang dapat diterapkan kepada kita ini. Kini, tabiat merokok telah menular sehingga sasarannya merupakan remaja dan kanak – kanak memandangkan rokok kini mudah didapati baik dari segi produk dan harga itu sendiri.

Penyeludupan yang menambah parah

Rokok tidak sah 

Sedari atau tidak, peduli atau tidak, dengan kenaikan harga rokok yang dikenakan merupakan suatu yang sudah dijangka kesannya, baik dari segi moral dan ekonomi. On paper, dengan naiknya harga rokok bermaksud bertambahnya “sin tax” yang merupakan bebanan kepada perokok tegar dan dari satu segi yang lain, ramai yang beralih ke rokok gulung atau pun rokok seludup yang lebih murah.

Apa yang paling dikhuatiri semakin tinggi harga rokok yang sah, maka semakin ramai yang beralih ke rokok seludup dan tak sah. Seperti yang kita tahu, banyak rokok – rokok tak sah yang kini berada dipasaran lebih – lebih lagi rokok dari negara jiran seperti antaranya jenama Gudang dan Djarum Super.

Sebab rokok tidak sah itu bahaya

Ramai yang beranggapan rokok tak sah ini mempunyai kesan yang sama dengan rokok – rokok yang dibenarkan di negara kita. Namun begitu, anggapan itu mungkin tidak semuanya benar kerana ada yang memberikan kesan yang lebih buruk dan bahaya dari apa yang kita tahu.

Ini kerana, seperti yang tertera di kotak rokok yang sah kadar kandungan TAR yang dibenarkan di negara kita ialah hanya 15mg berbanding kandungan di dalam rokok tak sah sehingga 31mg. Selain itu, kandungan kadmium dan arsenik juga terkandung dalam rokok tidak sah ini. Kesan TAR yang tinggi ini menyebabkan peningkatan kadar ketagihan yang tinggi.

Rokok tidak sah
Kandungan TAR 31mg

Rokok dari negara jiran ini juga terkenal dengan campuran bahan organik didalam kandungan tembakau. Kandungan organik seperti cengkih dan kayu manis itu sememangnya memberikan sejenis aroma yang berbeza dan mempunyai “signature smell” bagi penghisap rokok jenis ini. Disebalik bau asap yang berberbeza itu, kandungan itu boleh menyebabkan kanser, angin ahmar, mati pucuk dan kesan2 lain juga.

Apa yang lebih memeranjat, satu kajian telah dibuat dan hasil mendapati rokok tak sah turut mengandungi najis manusia, bangkai lalat, kulat dan telur serangga yang berupaya merosakkan sistem saraf dalam badan manusia. Lebih teruk, ia boleh menyumbang kepada Nekrosis otak yang kronik.

Antara sebab lain, rokok tidak sah ini juga ternyata telah menyalahi beberapa undang2 di malaysia dan antaranya undang2 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti pemaparan gambar2 sakit kronik di kotak rokok, pemaparan amaran rokok membahayakan keselamatan, penetapan 20 batang rokok sekotak dan penetapan harga yang tinggi bagi rokok kelas A.

Akhir sekali, kebanyakan rokok tidak sah yang dibawa masuk ke malaysia ini adalah melalui cara penyeludupan dan ada diantara rokok tidak sah ini juga dilaporkan tidak mempunyai alamat kilang yang diragui dan tidak sah.

Mampukah kita untuk kata TAK NAK ROKOK?

Dengan peningkatan rokok tidak sah di pasaran malaysia ini, dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang kepada pengguna. Selain meningkatkan ketagihan disebabkan oleh kandungan TAR yang tinggi, ianya juga penyumbang kepada penyakit2 lain kerana campuran tembakau bersama bahan organik lain atau pemprosesan tembakau itu sendiri tidak bersih.

Selain itu, dengan penjualannya yang murah dan tidak terkawal menyumbang kepada peningkatan perokok bagi golongan muda dan dibawah umur. Ini sudah sepertinya sesuatu yang perlu dikawal bagi menularnya kesan yang lebih buruk lagi dari penggunaan rokok tidak sah. Sedangkan penggunaan rokok yang sah juga membahayakan, apatah lagi yang tidak sah.

Aku pesan kepada semua dan diri aku sendiri juga, kurangkanlah beli rokok tidak sah dan berhentilah merokok.

*peace*