Baru – baru ini kita dikejutkan dengan berlakunya mendapan tanah atau dikenali sebagai sinkhole, di Jalan Imbi. Ini sememangnya satu kejutan kerana sebelum ini kita sering melihat gambar kejadian sebegitu rupa di negara – negara luar dan kesannya memang menakutkan. syukur juga kerana kejadian yang berlaku di Malaysia ini tidak melibatkan mencederakan sesiapa.
Atas kejadian itu, kawasan tersebut telah ditutup selama 2 minggu bagi proses membaikpulih dapat dijalankan. Projek pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas itu telah runtuh kerana dikatakan berpunca dari paip air yang pecah dan menyebabkan tanah menjadi lembap. Punca itu masih didalam siasatan kerana masih terdapat punca – punca lain yang perlu diambil kira.
Tampal saja guna masking tape!
Anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan mendapan tanah di Jalan Imbi. Dan antara tindakan yang telah dilakukan oleh mereka ialah dengan menggunakan teknik Masking Tape untuk menampal rekahan. Penggunaan teknik ini mempunyai asasnya sendiri, malangnya telah disalahertikan di laman – laman sosial.
Bukan sahaja telah disalah erti, ada pula menjadi agenda gurauan yang melampau dikalangan warga – warga Internet. Mungkin ini dilihat sebagai satu gurauan namun begitu ianya membangkitkan kemarahan Jabatan Bomba kerana dilihat seperti menjatuhkan kredibiliti mereka dalam menggunakan teknik Masking Tape untuk menampal rekahan.
If there is movement in the crack, the distance between the line on the tape will vary; If the crack is long, several monitors will be needed. This standard includes guidance on monitoring and evaluating cracks in masonry. Three different methods are described and include using tape and a pencil, using glass and epoxy, and using the Avongard Crack Monitor. – Monitoring and evaluating cracks
Sebenarnya, menggunakan teknik Masking Tape untuk menampal rekahan ini sangat cost-effective tertamanya dalam menentukan ukur pergerakan rekahan yang bakal / akan berlaku. Dan didalam kes ini, apabila rekahan semakin membesar maka ianya dapat dilihat dari hasil tampalan Masking Tape tadi. Maka tindakan selanjut boleh dibuat selepas itu. Simple je teknik ni.
Penjelasan dari Pihak Bomba
Penjelasan dari pihak bomba
Moralnya senang sahaja, we need to re-educate the PEASANTS! Menggunakan teknik Masking Tape untuk mengesan pergerakan (sudden movement” adalah satu teknik yang mungkin kita tidak terfikir pun.