Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan rakyat Malaysia seharusnya menghormati pandangan pihak majoriti dan minoriti baik dari segala aspek; aspek politik, bangsa, agama, pendapat dan lain – lain. Dan pendirian Malaysia dan majoriti rakyat mengenai isu Palestin & Israel sangat jelas iaitu untuk tidak mengiktiraf Israel dan bersama memboikot produk dan proxy Zionis. Sangat jelas! Adakah itu salah satu hasutan?
Namun begitu, dalam kita membincangkan tentang kekejaman zionis, mampukah kita mengawal perasaan dalam melihat dan mengetahui siri kekejaman yang telah dilakukan terhadap warga Palestin? Adakah kita terbawa2 perasaan sehingga cuba untuk melepaskan kegeraman keatas warga kita sendiri hanya kerana berbeza pendapat dan pendirian.
Apa reaksi warga majoriti terhadap I “like” Israel?
Pada Ogos 12, 2014 di Pulau Pinang, kita telah digemparkan terhadap isu “like” di FB di mana guru2 dan pelajar2 disebuah sekolah mengancam untuk memboikot seorang pelajar kerana menekan “like” terhadap FB page Pro-Israel.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah pelajar tersebut kini disiasat oleh pihak polis dibawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Apa yang pada mulanya hanya satu tindakan peribadi yang tidak diketahui umum, kini telah menjadi sensasi hanya apabila perkongsian pendapat minoriti yang bercanggahan dengan pendapat majoriti ini telah dikongsikan oleh seorang guru kepada umum. Pertamanya, wajarkah Akta Hasutan?
Perbuatan itu tidak akan disedari jika gurunya tidak berkongsi posting pelajar Tingkatan Lima itu dan mengkritiknya. Ia mengundang lebih banyak kritik dan ugutan daripada pengguna Facebook lain. – informasi.my
Isunya sekarang, sebagai warga yang telah didedahkan dengan dunia Internet sudah semesti kita tahu selok belok tentang “like” di FB. Sebelum penyerangan melulu yang akan memburukkan keadaan dan memalukan Malaysia, umum mengetahui bahawa untuk memberi komen status di Fb page, seseorang perlulah menekan “like” terlebih dahulu lebih2 lagi bagi Fb page yang sensitive atau Fb page yang mempunyai privasi yang terhad.
Pendek kata, tidak semestinya orang yang menekan “like” itu memang suka Fb page tersebut. Mungkin tindakan itu hanya untuk menulis pendapat tidak menyokong melalui ruangan komen di page yang di “like” itu. Seperti mana yang berlaku dalam kebanyakan Fb page politik di negara kita dimana macai2 pembangkang memberikan pendapat di fb page penyokong kerajaan, dan vice versa.
Adakah Auto-like di FB terkategori di bawah akta hasutan?
He said that the student had not actually “liked” the particular Facebook page, and suggested that it might have been “auto-liked”. He added that other students also found their Facebook accounts “liking” the “I Love Israel” page without their consent. – The Star
Atau, mengkin juga seperti yang dikatakan oleh pelajar tersebut bahawa berkemungkinan Fb nya telah meng”auto-like” Fb page sensitif itu diluar pengetahuannya, walaupun kita tahu mungkin tidak benar dan hanya sekadar alasan. Tetapi mungkin tidak mustahil. Namun kesannya, pelajar yang diugut akan dibakar dan dibunuh itu hidup dalam ketakutan telah mematikan Fb beliau dan juga membuat laporan polis.
Dimana tahap kita memahami isu sebegini
Perlukah pelajar tersebut dikenakan Akta Hasutan atas tindakannya? Apakah hasutan yang telah dilakukan? Secara individunya hanya kerana meng”like” page Israel? Bukankah wajar hanya dikenakan sesi kaunseling bagi memberi pemahaman tentang konflik Palestin dan Israel? Disini, kita sebagai majoriti yang menentang tindakan israel dan zionis sepatutnya memberikan lebih pemahaman kepada golongan minoriti yang menyokong Israel di negara kita tentang mengapa perlunya kita dibawah satu bumbung bersama2 menentang tindakan kejam zionis itu.
Kenapa seorang pelajar sekolah disiasat polis kerana isu ini? Tidakkah dia dibenarkan mempunyai pemikiran sendiri atas perkara tersebut? Adakah di negara ini kebencian itu ditetapkan tanpa sebarang penjelasan? – The Malaysian Insider
Jika diklasifikasikan hasutan dalam konteks ini, sepatutnya orang yang menyebarkan dan yang berkongsi tindakan pelajar tersebut yang bertujuan untuk mengeruhkan keadaan dan mewujudkan permusuhan jugalah perlu dikategorikan dibawah akta hasutan terbabit. Dimanakah akal waras kita yang mengatakan satu “like” itu adalah satu jenayah tanpa mengambilkira pendapat dan penjelasan terlebih dahulu?
Akhirkata, sememangnya golongan minoriti yang menyokong Israel di negara kita ini benar2 wujud. Namun begitu, atas dasar demokrasi yang diamalkan di negara kita sewajarnya perlu menerima hakikat tersebut dan apa yang perlu dilakukan ialah memberikan pemahaman dan penjelasan lebih2 lagi terhadap untuk kita sama2 memberikan sokongan penentangan kita terhadap tindakan dan siri kekejaman Israel Zionis lahanat itu.
Jom boikot produk Israel dan proksi – proksinya.
#FIN#