Pelaksanaan GST sudah semakin hampir.
Persoalan yang bermain diminda dan diterjemahkan melalui posting aku yang ke 100 ini, yang paling ketara (dan bukan yang utama) ialah adakah perlaksaannya untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan atau untuk menampung hutang negara atas ketirisan dan perbelanjaan yang tidak berhemah? Atau mungkin semua isu-isu dalam satu? Lihat sahaja di media terutama Internet, banyak cetusan soalan dan rungutan ramai tentang perlaksaannya. Namun, jika negara betul berhasrat untuk rakyat menerimanya dengan rela, penjelasan yang lebih menyeluruh tentang GST baik dari cara pelaksaannya, sebab musabab, haruslah dinyatakan secara menyeluruh juga. Disini bermaksud, p.r skill kena lebih baik dan bukannya seperti skill memaksa atau mempertahankan diri. ? Dan apa pula halnya dengan harga susu Ducth Lady di Tesco yang mahal? Kesan pra-GST agaknya?
Penjenamaan semula produk kerana GST?
Semakin kita hampir dengan saat pelaksanaan GST, semakin kita lihat harga barang juga semakin meningkat. Dan bermula dari akhir tahun lepas lagi, aku sudah mula menyimpan resit – resit pembelian barang atas tujuan untum membuat perbandingan harga. Perbandingan harga semasa dan dahulu, dan juga perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Buat masa ini, trend yang ketara ialah ada sesetengah harga barang semakin meningkat dan peningkatannya pula bukan sahaja bergantung kepada faktor permintaan, tetapi melihat juga dimana ianya dijual. Contohnya bagi produk yang sama, harga di Tesco, Econsave, Giant dan lain – lain adalah berbeza, kadangkala kelihatan sangat – sangat berbeza.
Fokus di sini hanyalah untuk satu barang sahaja iaitu susu Dutch Lady untuk formula bayi dan kanak – kanak. Sebenarnyanya, aku tidak berapa pasti adakah ianya dikenakan GST. Sekiranya merujuk pada senaraibarang yang dikeluarkan dari pihak kastam, untuk “selain bayi/infant”, apakah jurang umurnya? Adakah 0 – 2 tahun? 2 – 4 tahun? Yang itu aku tidak berapa pasti. (Lihat gambar)
Cuma apa yang aku faham, bayi adalah dari jurang umur 0 – 2 tahun. Dan fahaman aku juga, oleh kerana jurang umur bayi adalah 0 – 2 tahun, maka bertepatanlah dengan senarai GST, adakah ini bermaksud Susu Dutch Lady 123 terpaksa di re-brand dengan formula menjadi Curious 1 – 2, Explore 2 – 4, Create 4 – 6, dan Learn 6+. Dan ini juga telah menjadikan harganya telah naik sehingga ada kedai yang menjual pada RM26, walhal untuk susu Langkah 123 dijual serendah RM22.29 disesetengah kedai.
Persoalannya:
* Adakah bagi mematuhi senarai barangan yang kena GST, maka ianya telah di re-brand dengan formula baru?
* Adakah produk Explore 2 – 4 akan dikenakan GST berikutan senarai barangan GST? Kalau tidak, baguslah. Kalau ya, hmmmm sedinya.
Lihat harga Susu Dutch Lady 123 di Tesco
Harga memang sesuatu yang sangat subjektif. Penetapan harga secara amnya bergantung kepada lokasi dimana ianya dijual. Tetapi, apa yang aku tertanya – tanya, kenapa kedai besar seperti Tesco, Giant dan Econsave menjual susu berkenaan pada harga yang tinggi? Dari dahulu lagi kita telah didendangkan tentang pergelutan harga antara kedai – kedai besar itu dimana masing – masing mengaku jual pada harga yang murah atau berpatutan. Sangat memeranjatkan kerana harga susu Dutch Lady 123 di Tesco dijual pada harga RM28.99. Sedangkan pada ketika itu juga kedai lain menjualnya pada harga yang JAAAAAAAAUH lebih rendah. Itu belum aku membandingkan barang – barang lain dari syarikat besar itu dengan syarikat yang kecil. Bukankah sepatutnya syarikat besar boleh menjual pada harga yang agak berpatutan memandangkan ianya dibeli secara borong apatah lagi harga susu Dutch Lady 123 di Tesco?
Tempat lain pula harganya agak rendah berbanding harga susu Dutch Lady 123 di Tesco seperti di Family Store dan KR1M. Cuba check kat Giant dan Econsave pulak. ?
Dan dengan produk dutch lady kini dengan formula dan pack yang baru, ianya lebih berfokus kepada 4 golongan peringkat umur; Curious 1 – 2, Explore 2 – 4, Create 4 – 6, dan Learn 6+. Cuma dengan rupa pakej dan formula baru yang diperkenalkan ini hanya beberapa minggu sebelum GST bermula, harganya telah dilihat meningkat lagi. Adakah inflasi akan juga meningkat lagi? Hmmmmmm..
#adieu to le monde
p/s: My 100th posting here is a tribute to those who wish that the price of milk or dairy product for our children should be cheaper. For now, what i can say, Tesco Malaysia should be revamped. And same goes to all capitalist prick out there.