Mengarutkah kenaikan harga disebabkan oleh GST?

Jadi apa beza GST dan SST??

Umum mengetahui bahawa kita perlu peka terhadap beban kewangan terutama yang sudah berkeluarga. Maka apabila kita seharusnya perlu mengambil tahu tentang dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan secara langsung atau tidak langsung, ia akan memberikan kesan terhadap perbelanjaan keluarga atau isi rumah kita.

Jadi perbezaan dari konsep pelaksanaan adalah jelas. GST adalah Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dikenakan keatas pelbagai peringkat sehingga ke peringkat konsumer dengan kadar 6% berbanding cukai SST sebelum ini yang dikenakan 10% hanya pada peringkat pengeluar/pengilang. Selain itu, perkhidmatan juga tidak terlepas dari dikenakan GST sehinggakan perkhimatan yang dikenakan oleh kerajaan negeri dikenakan GST dan telah mendapat maklumbalas negatif dari Sultan.

Yang paling ketara perbezaan GST dan SST (Sales Tax and Services Tax) ialah, GST akhirnya akan dikenakan kepada semua barangan kecuali barangan yang dikelaskan sebagai zero-rated akan terlepas dari GST. Itulah secara ringkasnya kerana kebanyakan orang ramai sendiri tahu apa itu GST kecuali seorang “contestant” sebelum ini. :p Untuk lebih pemahaman, google sahaja.

Benarkah kenaikan harga disebabkan oleh  GST dan bukan SST?

Ini adalah satu perkara yang sedang menjadi perhatian sekarang. Jika kita buat sedikit kajian dan pemerhatian, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga – harga barang. Apatah lagi apabila GST ini telah dilancarkan, seolah – olah kelihatan  kenaikan harga disebabkan oleh GST secara keseluruhannya. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi pada masa ini yang jelas memberikan kesan kepada kita. Jadi benarkah kenaikan harga disebabkan oleh GST? Pada pendapat aku, oleh kerana ianya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kenaikan harga, jadi jawapannya ialah YA dan TIDAK. Terpulang kepada cara kita menilainya.

Untuk itu, aku juga pernah tertanya – tanya punca kenaikan harga disebabkan oleh GST ini. Dan ternyata kita tidak boleh bersandarkan kepada pelaksanaan GST itu sendiri kerana setiap dasar yang dilakukan ada pros and cons. Dari satu aspek, cuba kita banding pengiraan penetapan harga barang yang diterangkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Terdapat banyak sumber di Internet yang dapat membantu kita.

Kita ambil contoh dari Savemoney.com dan lihat cara penerangan melalui rajah dibawah.

kenaikan harga disebabkan oleh GST

Dari rajah diatas jelas menunjukkan terdapat penurunan harga barang sekiranya kita bandingkan dengan membuat pengiraan sendiri dengan menggunapakai kadar SST 10% diperingkat pengilang. Sebagai contoh, Pengilang menjual kepada pemborong pada harga RM50 dan ditambah SST (RM50 × 10%) berjumlah RM55. Kemudian pemborong menjual kepada pekedai pada harga RM55 + RM10 (untung) iaitu RM65. Dan kemudian pekedai menjual pada harga RM65 + RM20 keuntungan menjadikannya RM85 harga kepada pembeli. Jika dilihat harga selepas SST lebih tinggi dari harga selepas GST. Jadi selepas GST, harga tersebut memang turun 20sen. Tapi TUNGGUUUUU….. Cuba lihat pula video penerangan dari Rafizi (pihak pembangkang) di bawah ini.

Jika dilihat penerangan dari video Rafizi itu, harga selepas GST adalah tinggi sedikit dari harga sebelum GST. Dan secara metamatiknya, pengiraan tersebut adalah logik dan betul. Jadi kenapa ada pihak yang berkata harga barang selepas pelaksanaan GST boleh “turun” dan ada pihak lain yang berkata “naik” pula. Adakah ini merupakan faktor matematik? Seperti kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang menyebabkan harga sesuatu barang dipasaran nampak tinggi dari sebelumnya.

Buat pengiraan matematik terhadap beberapa situasi.

Aku percaya, oleh kerana atas dasar politiklah maka berlaku percanggahan pendapat tentang isu kenaikan harga walhal politik itu bukanlah satu – satunya faktor yang boleh digunapakai. Faktor pencatutan harga, faktor sikap peniaga yang mengambil untung sebelum pelaksaan GST bermula, faktor penetapan dasar yang mengelirukan pengilang seperti contoh susu bayi yang tidak dikenakan GST pada asalnya untuk 0 – 2 tahun tetapi pakej susu di pasaran bercetak 0 – 3 tahun. Maka pengilang terpaksa rebrand dan repackage untuk memenuhi penetapan 0 – 2 tahun, tetapi malangnya kerajaan telah menukarnya kembali ke 0- 3 tahun sedangkan produk terbaru telah menjadi 0 – 2tahun, 2 – 4 tahun etc. Nampak? Kanak2 yang antara 2 – 3 yang sepatutnya dapat susu zero rated telah dikenakan GST dek kerana repakaging dan dasar kerajaan. Sudah tentu harga selepas repackaging telah berubah. Begitulah antara faktor – faktor yang kita boleh nampak. Dan itu belum faktor – faktor yang kita tidak nampak.

Berbalik kepada faktor matematik tadi, cuba kita buat pengiraan untuk 2 situasi berbeza dengan andaian harga kos awal pengilang adalah sama sebelum dan selepas GST iaitu RM100. Bagi situasi pertama, pemborong mengambil untung RM20 dan pekedai mengambil untung RM40. Bagi situasi kedua, pemborong mengambil untung RM30 dan pekedai mengambil untung RM50. Cuba kita buat pengiraan berdasarkan pengiraan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dan pengiraan yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang (rafizi) ( sama je cara pengiraan tu sebenarnya hehe). Atau boleh sahaja tengok pengiraan dibawah dibawah. Maaf tulisan terlalu cakar ayam kerana ianya scribble sahaja.

kenaikan harga disebabkan oleh GST

Secara ringkasnya bagi situasi 1.

Harga dari pengilang RM100
Untung pemborong RM20
Untung pekedai RM40

Di bawah SST 10%, harga akhir yang dikenakan kepada pembeli ialah RM170.00
Di bawah GST 6%, harga akhir yang dikenakan kepada pembeli ialah RM169.60

★Harga dibawah GST adalah RENDAH dari harga dibawah SST

Manakala secara ringkasnya bagi situasi 2.

Harga dari pengilang RM100
Untung pemborong RM30
Untung pekedai RM50

Di bawah SST 10%, harga akhir yang dikenakan kepada pembeli ialah RM190.00
Di bawah GST 6%, harga akhir yang dikenakan kepada pembeli ialah RM190.80

★Harga dibawah GST adalah TINGGI dari harga dibawah SST

Nampak tak? Situasi boleh berubah – ubah terutamanya yang melibatkan harga yang ditetapkan oleh pengilang dan keuntungan yang diambil oleh pemborong dan pembeli. Perubahan harga dari pengilang dan keuntungan dari pemborong dan pekedai tersebut juga adalah antara faktor turun atau naik harga sebelum dan selepas GST kepada pembeli.

Dalam keadaan sekarang, apa yang digebang oleh Ahmad Maslan (pihak kerajaan) dan Rafizi (pihak pembangkang) ada benarnya dan ada asasnya sebab ianya hanya melibatkan pengiraan secara matematik yang mempunyai angka yang berubah – ubah. Jadi, ada turun dan ada naik dan mungkin ada juga yang tidak berubah. Terpulang cara kita melihatnya.

Sebenarnya memang banyak faktor yang mendorong kenaikan harga dan orang – orang politik ini hanya menggunakan kesempatan ini untuk meraih sokongan terhadap masyarakat yang didalam kesempitan ekonomi sekarang ini. Memang masyarakat didalam kesempitan. Mungkin benar pihak kerajaan ingin membantu rakyat, dan begitu juga pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk membantu rakyat. Tapi, kita sebagai rakyat juga perlu memilih yang sebaiknya mungkin dengan bacaan, atau pemerhatian. Akhir kata, secara politiknya, terpulang kepada kita untuk memilih siapa yang benar – benar dapat membantu rakyat kerana jika hendak bercerita tentang politik, terdapat banyak cerita di luar sana. Dari masalah pengurusan kewangan, bangsa, agama sehinggalah ke tingkah-laku.. GOOGLE je. ?

#adieu-to-le-monde

Visited 1 times, 1 visit(s) today