Aku ada satu cerita.. Pada masa dulu, sang Tarzan sebagai ketua rimba telah mengeluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa semua haiwan – haiwan dikehendaki menghadiri satu perjumpaan khas yang akan diadakan setiap akhir bulan. Antara acara rutin yang akan diadakan adalah acara mandi air terjun beramai – ramai. Seperti yang diarahkan pada akhir bulan, semua haiwan – haiwan di hutan berkumpul di hadapan air terjun. Harimau, orang utan, kambing, lintah, ulat gonggok, waima babi hutan berbulu lebat sekalipun semuanya hadir.
Kemudian, Tarzan dengan riang rianya mengajak semua haiwan terjun ke dalam air terjun yang nyaman dan aman permai, dan mandi beramai – ramai . Tarzan, menjadi orang yang terakhir yang masih belum berada didalam air terjun dengan pantas membuka cawatnya lalu terjun ke dalam air. Semua haiwan dan sang Tarzan mandi dengan riang ria bersama, berenang bersama, berkuak lentang bersama, menyelam bersama hatta segalanya bersama – sama.
Setelah sekian lama, seekor demi seekor haiwan naik ke darat kerana kesejukkan sehinggalah tinggal sang Tarzan mandi seorang didalam air. Melihat semua haiwan telah naik ke darat, Tarzan pun memulakan langkah yang sama naik ke darat. Tiba – tiba, haiwan – haiwan semua terkedu melihat gelagat Tarzan. Senyap seketika. Masing – masing memandang antara satu sama lain kemudian diikuti dengan gelak ketawa ramai mentertawakan sang Tarzan.
Tarzan pun terpinga- pinga dan tertanya tanya didalam hatinya kenapa. Dicelah – celah riuh rendah, seekor haiwan berkata, “kah kah kah, ekor Tarzan terletak di depan!”……. ?
Makluman: Tiada gambar Tarzan mandi di bawah untuk tatapan anda ok..
#Adieu to le monde