Aku ada satu cerita.. Pada masa dulu, sang Tarzan sebagai ketua rimba telah mengeluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa semua haiwan – haiwan dikehendaki menghadiri satu perjumpaan khas yang akan diadakan setiap akhir bulan. Antara acara rutin yang akan diadakan adalah acara mandi air terjun beramai – ramai. Seperti yang diarahkan pada akhir bulan, semua haiwan – haiwan di hutan berkumpul di hadapan air terjun. Harimau, orang utan, kambing, lintah, ulat gonggok, waima babi hutan berbulu lebat sekalipun semuanya hadir.
Kemudian, Tarzan dengan riang rianya mengajak semua haiwan terjun ke dalam air terjun yang nyaman dan aman permai, dan mandi beramai – ramai . Tarzan, menjadi orang yang terakhir yang masih belum berada didalam air terjun dengan pantas membuka cawatnya lalu terjun ke dalam air. Semua haiwan dan sang Tarzan mandi dengan riang ria bersama, berenang bersama, berkuak lentang bersama, menyelam bersama hatta segalanya bersama – sama. [Read more…]