Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao

Konsep Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment)

Taobao sememangnya syurga stock untuk peniaga2 kecilan atau bagi mereka yang membuat bisnes preorder ni. Namun begitu, untuk membuat preorder, kadang2 kos untuk “Direct Shipping” ni pun adalah tidak berbaloi. Mungkin kerana Taobao menetapkan harga berdasarkan info / item description yang ditulis oleh seller dalam webstore mereka. Adalah lebih baik jika buat consolidation shipping (penyatuan penghantaran) jika kita membeli item dari seller2 yang berbeza.

consolidation shipment

Untuk lebih mudah memahaminya, kita beli item dari pelbagai seller yang berbeza dan kemudian kita hantar di  Gudang pengumpulan barang yang dibeli dari Taobao sebelum kita membuat arahan untuk menghantar ke satu alamat (alamat kita). Sesuai jika kita menerima pesanan preorder lebih dari satu di Shopee dan kita order melalui ramai seller di Taobao.

Dengan cara ini, kita dapat meminimakan kos penghantaran sekiranya kita buat direct shipping untuk setiap satu barang. Kos ini dapat diminimakan apabila semua barang yang ditempah tadi dimasukkan ke dalam satu kotak (lihat contoh) atau kesemua item2 tu di set untuk satu penghantaran sahaja.

consolidation shipment

Bagaimana untuk membuat Consolidation Shipment di TAOBAO?

Pada masa sekarang, segala pembelian di taobao secara automatknya boleh buat Consolidation sekiranya kita beli pelbagai jenis item dari seller yang berbeza. Selepas tu, pembalian tu akan melalui 2 proses. Pertama, pembayaran ke seller untuk seller hantar ke Gudang Taobao, dan kedua, pembayaran fee penghantaran melalui Gudang Taobao untuk di hantar ke Malaysia.

Untuk rujuk langkah2 berikut, pastikan korang ada akaun Taobao atau telah mendaftar akaun Taobao. Jika belum ada, boleh lihat posting aku sebelum ni untuk cara pendaftaran dan cara pembelian di Taobao.

Perhatian: Ini adalah cara yang agak advance juga bagi mereka yang newbie. Jadi, sila pastikan korang dah tau teknik pencarian barang dan teknik pembelian barang sebelum membuat Consolidation Shipment.

Langkah Pertama.

Katakan kita telah beli  beberapa barang dari seller yang berbeza dan seller telah hantar ke warehouse Taobao. Dan dalam kes ni, aku telah beli 2 barang untuk di hantar ke Malaysia. (rujuk gambar dibawah). Alamat dan mode courier (laut / udara) telah di set terlebih dahulu sebelum bayar pada seller.

 

Kemudian, pastikan barang telah tiba di warehouse taobao. Caranya (1) Klik “View Logistic” dan (2) pastikan telah sampai di Warehouse. Nak senang, tgk je gambar warehouse tu. (rujuk gambar dibawah)

Klik View Logistic

 

 

Oleh kerana setiap barang mempunyai kos penghantaran yang berbeza sekiranya kita buat “Direct Shipping”,  solusinya adalah dengan menggunakan Consolidation Shipment.  Jadi proses untuk gabungkan (consolidate) penghantaran kita ialah dengan  klik “Combined Tr”. Kemudian kita akan dibawa ke page untuk cosolidating.

 

Di page tersebut, (1) pastikan barang2 tu pada tab yang betul. Dalam kes aku ni, aku guna Penghantaran melalui Udara (aku telah set terlebih dahulu sebelum bayar dengan seller).

(2) Pilih item yang kita nak satukan.

(3) Secara automatik, sistem akan set jumlah yang perlu dibayar. Klik Settelement untuk bayar.

 

Kemudian kita akan dibawa ke page untuk semakan alamat dan item2 yang kita telah pilih. Pastikan (1) alamat adalah betul. kemudian (2) klik Submit

 

Pilih Malaysia eBanking. Usah pilih guna card untuk elak dari pelbagai kemungkinan. Maklumlah, macam2 kita boleh kena kalau guna kredit kad ni secara online. Tak caya?? aku dah kena. huhu Nak tau klik sini

Selepas tu, Klik Continue.

 

Di page pembayaran ni pula, kita dah boleh semak sekali lagi jumlah yang perlu kita bayar dalam RM dan kita boleh pilih online banking Malaysia. Pilih option bank yang korang ada, isikan details email dan klik Confirm untuk bayar. Nanti korang akan dibawa ke PAge Online Banking yang korang telah pilih. Selepas tu, buat pembayaran seperti biasa. (tac nombor dari bank korang akan diperlukan)

 

Setelah buat pembayaran, kita akan dibawa ke page semakan dan pemberitahuan.  Pastikan dah successfully paid ye. Kalau belum, buat semula pembayaran.

 

Kemudian kembali ke My Taobao dan klik Products Bought. Klik View Logistic untuk buat semakan selepas 24 jam bagi mengetahui status penghantaran barang tersebut.

 

Nampaknya item masih OTW. So perlu tunggu beberapa hari baru akan dihantar ke Malaysia.

 

Selepas 24 boleh check semula. Pergi ke Taobao.com, klik “MY Taobao” dan klik “Products bought”, kemudian klik “View logistic” di mana2 item yang kita beli tadi dan dah boleh semak. Lihat gambar dibawa. YAHOO!!! Barang dah di shipped out!

 

Sekarang ni hanya perlu tunggu barang sampai je.

Setelah beberapa hari boleh check semula MYTaobao untuk confirmkan penghantaran dan barang yg aku order tu dah sampai. Sebenarnya aku buat preorder juga di Shopee, jadi dengan Consolidation Shipping ni dapat menjimatkan kos shipping aku dari China ke Malaysia. Manakala kos Shopee pula adalah Free Shipping atau Customer tu yang bayar.

Lihat video parsel yang aku terima.

 

Akhirkata, dengan semudah itu kita boleh buat consolidation shipping dari China. Apa yang nak aku kata disini, consolidation ni dapat menjimatkan kos penghantaran kalau kita beli dari pelbagai supplier. Lebih2 lagi kalau kita jual secara preorder seperti di Shopee.

Namun perlu diingatkan disini, sebenarnya tiada cara yang lebih berkesan untuk kita mengurangkan kos penghantaran. Semuanya ada pros and cons. Apa yang kita perlu kita lakukan ialah membuat pembelian dari pelbagai seller dan cuba jaya untuk jenis2 penghantaran yang boleh kita lakukan. Kemudian baru kita boleh pilih mana satu yang agak murah dan sesuai dengan kita.

 

Selamat mencuba.

P/S: Nak cuba Shipping Forwarder syarikat dari Malaysia, MYWAU? Cuba baca posting aku berkenaan shipment di >>SINI<<

P/SS: Nak belajar Borong Dari China? 

 

PANDUAN DIGITAL LUBUK BORONG TAOBAO, 1688 & MENJUAL DI SHOPEE

 

#adieu

Visited 1 times, 1 visit(s) today

32 Replies to “Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao”

  1. Salam bos. Nak tanya kalau by sea shipping, ada limit packaging x dari warehouse taobao ke malaysia. Contoh beli karpet ukuran panjang 150cm, dpt lepas ke x. Thanks respons

    1. untuk sea shipping akan kira CBM. Biasanya ikut CBM mmg lepas,

  2. salam nk tanye ada cara x mcm mana nk betul kan alamat tu…selepas item dh post out?

    1. Pembetulan yg minor seperti kurang no rumah atau salah ejaan, boleh betulkan sahaja di borang AWB tu guna pen. Tetapi jika kesalahan alamat yang serius, pertama (jika belum pos out) tu boleh cancel order, refund dan buat order baru. atau Kedua (jika dah pos out) terpaksa call pos careline untuk stop barang barang tersebut dan return to sender. Kemudian buat cara pertama.

      Ketiga, boleh buat cara kedua dan setelah barang sampai ke sender, cuba call shopee careline untuk next action.

      Harap ianya dipermudahkan

  3. Hai, saya nak tnya, saya ada beli barang dkt taobao tapi untuk payment shipping ada problem, so brang stuck dkt warehouse.. Saya cuba bnyak kali tapi still xboleh, jadi pending shipping

    1. apa yang sis telah “cuba”? Boleh terangkan dengan lebih detail?

      1. Salam encik.
        Saya nk tnya,Adakah barang Yang dh dibayar trmasuk sekali harga shipping?..
        Saya Rasa barang saya macam pending..bulan lepas saya oder..
        Kena bayar lagih kah?..

        1. Pertama sekali Maaf, sy belum berkesempatan untuk update artikel ini.

          Keduanya, SOP Taobao ada sedikit perubahan di mana setiap pembelian secara automatik boleh buat consolidation.

          Jadi sebelum checkout tu dah boleh pilih dahulu samada By Air atau By Sea dan seller akan hantar ke gudang yg berkenaan. Kemudian, payment yg cik bayar tu kebiasaannya tidak di charge courier ke gudang, dan belum juga di charge utk ke Malaysia.

          Apa yg boleh cik buat ialah pergi ke ITaobao dan lihat product yg cik telah beli. Lihat pada sebelah kanan ada button box berwarna oren yg bertulis “Consolidate TR” (begitulah lebih kurang jika di Google translate).

          Klik button tersebut dan buat payment sekali lagi, kali ni utk kos penghantaran ke Malaysia. Penghantaran ini bergantung kepada option By Air atau By Sea yg Cik pilih sebelum checkout barang tempohari.

          Cube try.

  4. Muhd Mair says:

    Nak tanya

    1) kalau kita beli dari banyak2 kedai di Taobao kan, pembayaran nanti sekaligus semua atau bayar satu satu per kedai?

    2) If bayar satu2 and pilih consolidation terus boleh ke?

    3) Boleh ke bayar sekaligus then pilih shipping consolidation? Yang mana yang sesuai agak?

    Terima kasih Tuan ??

    1. 1. Boleh sekaligus atau satu per kedai. Ikut startegi tuan macammana. Lagipun sekarang ada option untuk pilih by sea atau by air. Andai kata kita pilih semua sekali atas option by air, nanti sistem juga akan aotomatik pilih samada produk tersebut akan disatukan bersama atau sebaliknya kerana ada produk2 yang tak sesuai untuk by air.

      2. Boleh. Memang begitu pun sekarang. Bayar dan pilih option by air atau by sea. Selepas tu nanti semua produk tu akan di hantar ke gudang dan kita boleh consolidate.

      3. Boleh. Seperti yang sy terangkan diatas.

  5. salam bos..saya bodoh sikit,,,saya dah bayar.kalau to be received..kena bayar lagi ke

    1. bayaran kalai pertama tu biasanya byran produk ke warehouse (ada yg tak perlu byr caj ke warehouse dan ada yang telah dicaj. Selepas tu, sewaktu consolidate, perlu byr caj penghantaran ke malaysia pula.

      1. Macam mana nak tukar dari paksi pos udara ke kapal laut, brg sy dah ada dekat warehouse tp shipping kos mahal pakai udara

  6. Salam. Sy confuse sikit part consolidate ni.
    Shipping cost 48 yuan yg encik bayar ni untuk agen taobao uruskan shipment hantar ke Malaysia ke?
    Let say sy ada shipping agent sendiri dan sy dah bayar kos sea ship ke shipping agent utk uruskan penghantaran ke Msia.
    Jadi sy perlu bayar lagi ke Taobao kos shipping bila buat consolidate ke?
    Kot2 kena byr dya kali.

    1. Jika encik nak guna forwarder sendiri, awal2 masa beli di taobao tu perlu set alamat gudang forwarder encik je. Jadi, seller akan send ke gudang forwarder agent encik.

  7. salam encik ,saya confuse kenapa dekat status dia suruh buat penilaian padahal barang belum dapat lagi.semalam baru je lepas bayar kos shipping.status delivery. mcamana nak cek sama ada barang tu dah dihantar ke malaysia atau saya kena joy dkat buyer tersebut

    1. Item telah sampai di Warehouse Taobao. Jadi boleh buat penilaian jika mau. Pada saya, tunggu item sampai ke malaysia baru buat penilaian tu.

  8. Merpati Putih says:

    Salam.. Encik,, kalau barangan dapur yang stainless steel macam sudu sudip pisau boleh ship dari taobao tu? Ke kena reject nanti kat warehouse?

    1. Pisau berkemungkinan kena di kastam nanti

  9. hye, saya ada beli barang di taobao.. dia ada tiga pilihan bayaran. air, ship dan direct…. saya pilih direct.. adakah akan ada pembayaran kali kedua?

  10. assalamualaikum…saya nak tanya..kalau saya nak beli basikal …saya kena pilih kaedah penghantaran yg mane ye

    1. nak jimat kos, guna sea shipment

  11. assalamualaikum, saya hendak bertanya jika saya beli barang dari website taobao apabila barang sampai di Malaysia saya perlu membayar charge kastam ke, atau apa yang saya bayar di website taobao sudah termasuk charge kastam. Mohon tunjuk ajar dari en atau kawan-kawan yang sudi memberi ilmu. terima kasih

    1. Kalau berurusan sendiri dan penghantaran melalui Taobao, kebiasaannya tak perlu pun caj kastam. Kerana kalau ada dispute, barang akan terus di return ke sender

      1. terima kasih en, selalu nya kalau kita order terus kurier hantar ke rumah ke atau mcm mana. Maaf banyak bertanya sebab baru nak mula berjinak2 cari duit lebih

        1. nak tau juga….. tolong jawabkan

  12. husna latif says:

    salam.. kalau kita pilih air freight lepas tu nak tukar sea freight boleh ke? barang ringan tapi saiz kotak besar jadi mahal pulak shipping.

  13. Hai nk tanya klu bli di tabao tak perlu ada forwader sdnri ke? Sbb dgr 1688 kna ada forwader… Tabao x perlu ke??

    1. Tak perlu encik. Boleh guna direct shipping dari seller disana

  14. Asalam tuan, bagaimana kita nk tahu kos shipping untuk barangan yg besar cth sofa . Tuan Ada panduan tak cara2-nya

    1. untuk barang besar, perlu ada forwarder dan boleh rujuk mereka sebab harga bergantung pada saiz, berat dan guna penghantaran by se shipment lagi sesuai.

Comments are closed.