Awas! Scam Rekrut Ejen dengan PERCUMA Penapis Air dan Udara

Aku adalah seorang agen penapis air freelance  dan antara perkara yg aku paling tak suka bila ada Modus Operandi agen scam penapis air yang cuba merekrut agen bawah mereka dengan taktik yg tak masuk akal. Ini bukan sahaja akan memberikan kesan buruk, malah memusnahkan reputasi sistem agen lain yang telus dan yang bukan scam. 

Tak masuk akal yg aku maksudkan kat sini ialah bila mereka menjanjikan Komisyen yg besar tetapi tidak perlu bayar installment bagi produk yg telah dipasang untuk diri sendiri (sistem networking). Mungkin korang tak faham apa yg aku cuba sampaikan ni, tapi tak mengapa. Aku akan berikan detail Modus Operandi mereka sebentar lagi.

Cerita Pertama : Menipu Golongan Asnaf

Kenapa mereka perlu menipu golongan ini? Mudah je, mangsa ditipu agar agen  NGO (konon2) ni akan dapat komisyen dari penapis air atau udara yang telah “TERJUAL” tu. Walhal apa yang dijanjikan kepada mangsa ialah penapis air percuma yg kononnya dari bantuan NGO di Malaysia ni. Cuma satu je yang menjadi persoalan, jika percuma, kenapa perlu minta details bank dari mangsa (asnaf)? Jawapannya pun mudah je, agen ni nak memudahkan proses autodebit ansuran dari akaun bank mangsa kerana bagi HQ (yang tak tau mereka juga kena tipu), jika tiada pendaftaran autodebit bermakna HQ tidak akan menyewakan barang tersebut. Ya, asnaf tu kena tipu, sebenarnya asnaf ni kena bayar ansuran sebenarnya.

Dan dalam hal ni, HQ telah meluluskan permohonan barang tersebut kepada mangsa asnaf dengan andaian mangsa sanggup untuk membayar ansuran bulanan penapis air / udara tersebut. Dan menyangka yang mangsa telah dapat penapis air secara “percuma” tu, tanpa disedari, mereka telah terikat kotrak dengan HQ untuk membayar ansuran. Manakala, agen tu gembira kerana mereka akan dapat komisyen dari penipuan “pendaftaran” penapis tersebut.

Amacam? Jahat kan! Menggunakan kenaifan mangsa untuk mendapat jana komisyen.

 

Cerita kedua : Rekrut agen lain (PART 1, tawar FREE PENAPIS UDARA DAN AIR)

FREE penapis udara dan air???? Mana mungkin!!!! Aku yg rekrut agen ni pun tak pernah janji FREE Penapis. Kalau Free, aku sendiri nak 10. Haha. Okey berbalik citer diatas, ada seorang hamba Allah ni telah mengadu kepada aku tentang hal merekrut menjadi agen penapis udara ni, bagi tujuan untuk mendapat komisyen RM7XXX dan DAPAT FREE PENAPIS AIR + UDARA. Hebat siullllll… Dapat komisyen besar tu normal, TETAPI, siap dapat pakej free penapis udara dan air tu mmg tak masuk akal!! Ini scam penapis air yang epic.

Modus Operandi mereka begini, Agen penipu ni akan approach mangsa dan tawarkan Komisyen Lumayan dan yang best, dapat FREE Penapis air dan udara dengan hanya memperkenalkan target minimum 6 orang sahaja setiap bulan. Apa yang mangsa perlu lakukan ialah:-

      1. Mangsa perlu daftar utk dapatkan 2 penapis (air dan udara) untuk join program ni. 
      2. Kemudian, mangsa perlu cari rakan2 / kenalan atau saudara yang nak buat komisyen lumayan juga.
      3.  Setelah mereka dapat 6 kenalan dibawahnya, setiap orang rakan mangsa tu juga  WAJIB daftar dan pasang 2 penapis (udara dan air). 
      4. Dan dari 6 orang tersebut, mangsa perlu daftarkan seorang  dari 6 rakan mangsa tu dibawah leadernya. Jadi mangsa dapat 5 dan “sedekah” 1 pada Leader Agen. Apekehai senang hidup ko leader!

Setelah itu, segala penipuan akan bermula, terutamanya tentang tatacara penerangan untuk dapatkan komiysen. Meh baca screenshot wasap berikut

SCAM Penapis Air

SCAM Penapis Air

SCAM Penapis Air    

Bukan itu sahaja, dari perbualan dengan mangsa, melalui scam penapis air ni, beliau telah diarahkan untuk menggunakan akaun BSN. Kalau tiada BSN, wajib buka akaun BSN. Kononnya nanti komisyen akan masuk ke akaun bsn. Tetapi apa yg mangsa tidak tahu sebelum tu, setelah mendaftar dan install penapis2 tu, mangsa perlu bayar instalment lebih dahulu pada awal bulan sebelum mereka konon2 dapat komisen dalam jangkaannya pada akhir bulan. Kesian..

SCAM Penapis Air

Sudahnya nanti, mangsa akan perlu bayar instalment yg mereka tak jangka hanya kerana mereka dijanjikan komisyen yg tingga dan dapat FREE penapis air + udara. Mungkin nanti ada yg akan dimasukkan kedalam CTOS blacklist jika miss byk kali bulanan kerana kontrak yg mereka perlu bayar adalah selama 3 atau 5 tahun. Kalau mereka tak ready byr ansuran tu atau mmg tak tau pun pasal bulanan tu, rasa2 apa akan jadi pada mereka?

Kesian kan. Nasib baik selepas dgr penerangan saya, dia tak jadi join Group scam tu. Terus join bawah group Networking kami.

Cerita ketiga : Rekrut agen lain (PART 2, FREE 8bulan ansuran pulak..)

Scam penapis air dan penapis udara ni pun menarik juga, sebahagian modus operandinya sama seperti diatas, tapi kali ini mangsa  perlu bayar instalment, tetapi SELEPAS 8 BULAN.

Siap ada bantuan modal lagi, ingat ni pinjaman Mikro atau TEKUN ka? Yg ni mmg aku tak faham sgt M.O dia. Haha

SCAM Penapis Air

SCAM Penapis Air

Percaya la kau bulat2.. Untung sangat la kalau semuanya nak percuma. Aku ada soalan pokok yg utama….

Kalau percuma, kenapa perlu daftar autodebit dengan bank seawal pendaftaran program scam tu? Dan tentu seawal bulan pertama lagi akaun korang akan kena tolak duit ansuran tu secara autodebit. Sapa yg dah join scam tu, sila cek akaun, ada tak penolakan. Tak pun cek sms, mesti ada dapat msg suruh byar kalau ada tertunggak yg tak byr.

Hati2…

Apa yg menyedihkan, Agen2 scammer ni akan target mereka yg tidak berkerja tetapi nak cari duit, dan ada diantara mereka tu mmg langsung tak pernah meniaga (atau cari org) tetapi mereka join kerana terpengaruh dgn Janji2 manis komisyen Tinggi bersama Penapis air dan udara PERCUMA!

 

KESANNYA?

Memandangkan untuk program scam penapis air tu mangsa perlu lakukan “own purchase” juga bagi “melayakkan” mereka join program tu, setelah apa yang dijanjikan diatas dan jika mereka tidak bayar instalment (samada sengaja atau tak tau mereka ada outstanding), maka komisyen mereka juga berkemungkinan akan dihold (contoh gambar dibawah). No point kan join program macam tu. Dah la komisyen kena hold, pastu instalment tak bayar, mesti berkemungkinan akan di blacklist juga jika berpanjangan. Sapa yang rugi??

Note: PGM adalah General Manager, PCM adalah Agen, PSM adalah Senior Manager.

SCAM Penapis Air

KEBENARANNYA

Kebenaran Tentang jadi Agen ni, komisyen yg ada tu mmg boleh dapat tinggi, namun usaha nak mencari org juga berpadanan dengan komisyen yg kita dapat.

CUMA, bab FREE penapis tu mmg aku tak boleh terima, kerana sepanjang aku jadi Agen yg merekrut org, aku TIDAK PERNAH OFFER FREE PENAPIS AIR DAN UDARA. Kalau dah daftar program networking, perlu dapatkan produk dan perlu byr instalment. Cuma mungkin komisyen tu nnt boleh byr instalment tu nanti kalau ada. Komisyen pula bergantung pada usaha, rajin usaha, byaklah komisyen tu.  Dan yg penting, kena patuh kepada peraturan yg ditetapkan oleh Company penapis air tu dan fahami program networking Company tu.

SO, TAK PAYAH TERIMA TAWARAN FREE PENAPIS AIR ATAU PENAPIS UDARA TU… ITU SEMUA PENIPU!!

Malah, Syarikat Penapis Air terkemuka itu pun telah membuat makluman berikut.

 

Semoga berhati2 jika hendak menjadi Agen Penapis air atau udara ni. Fahami tatacara perjalanan program Agen penapis air tu dahulu jika boleh. Kalau tak pasti, google je dulu ye. Ingat!! TIADA ISTILAH PERCUMA PENAPIS AIR DAN PENAPIS UDARA. Kalau percuma servis dan parts tu mmg normal sebab termasuk dalam pakej instalment..

 

#adieu

 

 

Visited 1 times, 1 visit(s) today

12 Replies to “Awas! Scam Rekrut Ejen dengan PERCUMA Penapis Air dan Udara”

  1. Hai, sye nk tye.. saya merupakan salah seorang mangsa scam ni… Saya dan member still lg student ipt.. kami cadang nk cari duit lebih.. then kwn sye jumpe kt fb ktenye tiada sebarang bayaran tapi komisyen 4+++… Sampai habis proses tuh. Sebulan lepas tuh bru sye tau duit sye kne tolak.. Dye kte kne cari 5 org… Bkn senang nk cari… 6 bulan aka. 1 sem. kami terpaksa bayar utk 2 brg…

    Boleh x sye nk tau mcm mne nk stopkan semua niyh? N nk pulangkan balik brg² niyh?
    Minta tolong sgt² sbb kami student n 1 sem ikat perut sbb bayar brg tuh… Dah lah tuh duit belanja yg parents kami kasi….

    Terima kasih

    1. Hi cik. Sy tumpang simpati. Begini, jika cik rasa terpedaya dan tertipu dgn scam “Promo FREE PENAPIS” tu, takpayah tunggu lagi. Cik dan kawan cik buat sahaja report polis secara berasingan, ceritakan dari mula cara mereka promote yg kata FREE penapis tu sehingga cik sedar tertipu. Ini tak boleh main2 kerana taktik terancang.

      Selepas tu, telefon LG untuk buat aduan yg cik telah terpedaya. Barang mungkin tak dapat dipulangkan, namun cik boleh panjangkan perkara ke pihak atasan dan pihak berwajib agar mereka dapat ambil tindakan ttg perkara2 yg mencurigakan dan memberi kerosakan pada kehidupan org lain.

      Harap cadangan saya tu dapat membantu.

  2. Salam tuan, saya ada dpt msg yg lebih kurang mcm di bawah, boleh tau ke kalau ini modus operandi yg sama dgn contoh tuan berkenaan asnaf di atas? Terima kasih

    Assalamualaikum wrt

    Ada ke sesiapa yg belum ada penapis air di rumah? Penapis Udara juga.

    2. Walaupun harga nya beribu2. Tetapi ingin bayaq cuma RM199 sekali jer. Selepas instalation. Dan tak nok bayaq dah lepas tu. Dan dapat pocket money lagi bulan2 selama 3 tahun!

    3. Seterusnya bulan kedua ke bulan ke 36, 3 tahun yea. Nak kami bayar kan instalment nya? Percuma OK? Minum ayaq bersih. Hirup udara segaq! Nyaman sih!

    4. Boleh siapkan coloured
    IC copy depan belakang,
    Bukti akaun no mana2 bank yg dlm nya cuma tinggalkan minimum contoh RM50 sahaja sekadar akaun tu aktif jer. Dan 1 bill utility untuk bukti address pemasangan produk.

    5. Datang berjumpa kami. Di xxxxxz

    6. Dengar penerangan ringkas selama 1-2 minutes sahaja.

    7. Submit semua dokumen.

    8. Pihak LG call dan instal produk.

    9. Once dah instal. Selfie kpd kami. Bayar RM199 sekali sahaja. Dan 30 hari selepas itu anda akan menerima bonus bulanan sebanyok RM350-450 selama 36 bulan!

    9. Dan Instalment RM199 juga anda tak perlu bayar selama 35 bulan! Kami bayarkan untuk anda.

    Siapa yg layak?
    1. Muslim 95%
    2. Non muslim 5%
    3. Malaysian. Ada IC biru lah
    4. Umur 18 – 60 tahun ketika memohon.
    5. Tinggal di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
    6. Tak kisah pendapatan anda berapa or anda surirumah yg tidak bekerja juga boleh memohon. Janji anda tak bankrup lah or tak blacklisted lebih 5k lah.

    Ada soalan lagi? Boleh berjumpa kami. Pastikan jaga jarak selamat yea.

    Bila datang berjumpa kami. Pastikan anda cuma memajai baju bewarna putih or purple sahaja.

    Ini adalah tugas kemasyarakatan yg melibatkan:
    1. _Yayasan xxxx
    2. _xxxx Club xxx
    3. _xxxxxx Selangor_
    4. _LG (Malaysia) Sdn Bhd (brand LG tu)_

    Note: 1 orang boleh memohon sekali sahaja yea. Jika dlm rumah ada 2 orang or lebih yg memohon. Sila gunakan alamat pemasangan dgn bukti bill utility yg lain yea. Kami tidak membenarkan rumah yg sama memohon 2 kali yea.

    1. Simple saya cakap. Ya. Scam. Nampaknya lebih teratur kali ni. Kalau encik mmg nak cari penapis air n udara dan sanggup untuk bayar ansuran RM199 tu tiap2 bulan secara autodebit (antara 5hb – 15hb bulanan), dipersilakan untuk apply. Jika tak sanggup, jangan apply.

      Sy berani kata scam kerana,

      1. Kita perlu daftar menjadi agen dan cari Customer yg bersetuju utk memasang produk LG tu (termasuk bayar ansuran bulan selama 3 tahun atau 5tahun). Jadi mana mungkin encik boleh dapat komisen tanpa cari org?

      2. Pendaftaran sekarang lebih mudah kerana boleh dibuat secara online. LG skrg telah menyediakan web untuk membuat pendaftaran LG ini hanya boleh diakses oleh agen tersebut di https://mlpuricare.lge.com/ . Jadi, permohonan boleh dilakukan di dengan lebih cepat. Cuma, Customer masih perlu tandatangan di web tersebut (secara touchscreen jika Web pendaftaran diakses di fon). Jadi berhati 2 jika kongsi gambar dokumen dan tandatangan, takut ianya boleh di salahguna nanti. Manakala pendaftaran jadi agen pula masih secara manual, isi borang, berikan gambar dan sign. Malah boleh je daftar sendiri di hq.

      3. Sebelum pendaftaran tu juga, sebenarnya Customer perlu set ecommerce pada akaun bank kita untuk proses autodebit tu. Jadi akan ada test deduction menggunakan ipay88 sebanyak RM1.00 (seringgit sahaja) yg perlu di authorize oleh encik setelah encik call bank utk set “On” utk transaksi Ecommerce tu. Jadi, mungkin sebab itu mereka nak jumpa sebab nak test autodebit. Jadi, hati2 di situ. Atau ada yg buat di ATM, pun hati2 juga.

      Saya rasa, mereka cuba nak melakukannya secara MLM di mana mereka akan susun Customer yg berminat di dalam jadual MLM mereka sendiri untuk mereka dapat komisen besar dan konon2 “share” dengan encik sebab pernah ada hamba Allah yg cuba ajak sy buat perkara tu tetapi saya tak mahu terlibat (sebab sy sedang menyamar utk lihat modus operandi mereka huhu)

      Apa yg boleh encik buat?

      1. Sekiranya encik belum mendaftar, Encik boleh laporkan perkara ni dan cerita apa yg terjadi di Hotline LG 1800-18-7874 atau 0386887100. Sebelum tu encik boleh minta dapatkan no ID Agen yg berurusan dengan encik tu kerana Mereka wajib berikan NO id LG kalau kita minta. (kalau agen tu juga masih baru n cuba rekrut org dan masih belum ada id, minta ID Leader Agen mereka). NO ID LG bermula dengan LGMxxxxxx untuk lelaki dan LGFxxxxxx untuk perempuan. Mungkin nanti pihak HQ mereka boleh siasat.

      2. Atau, jika dah daftar semua tu dari agen n nak kansel, masih ada caranya. Ini kerana selepas dah daftar, nanti HQ akan call juga untuk confirmkan pendaftaran dan set pemasangan alat. Cakap je tak jadi n nak kensel. Ini kerena, kita dikira setuju terima apabila telah set tarikh pemasangan, technician sampai dah install penapis2 n dan sain resit penerimaan. Jadi, jika kita tak buat dan kensel semua tu, proses akan jadi separuh jalan dan void.

      3. Atau lebih teruk jika dah pasang n rasa tertipu, report di no Hotline HQ tu Dan report polis sahaja. (byk kes dah yg dah masuk senarai polis) kerana rasa tertipu dgn ayat “tak payah bayar apa2 tapi dapat produk” tu.

      Jadi, itu sahajalah nasihat saya. Apa2 pun, jika boleh buat langkah 1 atau 2 tu, lakukan secepat mungkin untuk elak kena tipu. Janji dapat komisen bulan2 tetapi nanti ada deduction autodebit pula bulan2. Susah tu nnti

  3. .Assalamualaikum tuan..
    Saya rasa saya pun dah kena scam…huhuhu

    1. Modus operandi scammer ni dah byk. Yg terbaru sy dengar pula menggunakan brand Cuc**o.

      Jika rasa telah di scam, buat report polis.

  4. Iwan arif says:

    Sekarang modus operandi nya modal RM1 boleh jana pendapatan 4 angka sebulan….untuk buat kerja copy paste ape yg leader buat…sy tengok..sama je…setiap downline akan diberi penapis air/udara..tapi diberitahu siap2 yg akan ditolak RM200++ dr akaun…

  5. mereka pernah ugut ,kalau tak bayar untuk installment tu..Dorang akan bekukan akaun. Dan saya tak pernah sign satu surat utk jadi ajen jualan.. Yang saya tahu, saya ada nampak peluang untuk menjana income dan saya join. Tapi takda penjelasan untuk bahagian bayaran produk. Dan saya percaya korang semua tahu mereka guna nama syarikat yang mana satu.

  6. mangsa ditipu says:

    salam saya juga tertipu dengan agent ,sekarang saya dikejar oleh pihak LG suruh bayar bulan2 untuk rm240 sebulan..macam mana ya saya nak buat report??dan dalam masa yang sama diaorang buat panggilan untuk naik ke mahkamah sebab tunggakan selama 3 bulan

    1. kes seperti ni biasanya masuk dalam CTOS di bawah bahagian E (kalau saya tak silap). Kalau masuk mahkamah pasti akan byk belanja.

      1. Mmg akn masuk CTOS dan mahkamah juga ke andai kata x bayar? Ke diorng ugut je? If report polis pn ansuran tu still kne bayar ke mcm mana? Sbb bukannya ada duit pn untuk bayar semua tu. Lepastu LG keep on call bnyk2 kali untuk paksa bayar. Yg tertipu kt sini majoriti dripada barang LG. Diorng sndiri x de improvement pasal agent2 yg tipu ni. Yg diorng akn ckp knpe sign contract. Lepastu nk x nk suruh bayar juga. Nak bayar mcm mana duit pn x de

        1. report polis pada agen yang mengelirukan tu. Default payment tu hanya masuk dalam ctos di bahagian E (Trade Reference) kalau tak silap saya.

Comments are closed.