Yang menjadi satu penghinaan di tanah suci Mekah dan Madinah, golongan wahabi ini telah meranapkan tempat-tempat suci bersejarah dan tanah perkuburan keluarga warisan Nabi bagi membina pusat membeli-belah yang antara lainnya memaparkan outlet………
PARIS HILTON!
Ini adalah tweet dari Paris Hilton
Mengapa ia telah menjadi sedemikian? Saudi yang bergelar “Penjaga rumah – rumah Allah” ini telah meranapkan sejarah Islam, meruntuhkan rumah-rumah yang berkaitan dengan Nabi, keluarga nabi dan warisan nabi, manakala diatasnya telah diletakkan pusat membeli-belah sebagai lambang materialisme dunia kapitalis. Tidak hairanlah desas desus ramai mengenai transformasi Mekah menjadi seperti Las Vegas.
Hanya apabila segalanya dilakukan atas nama Agama
Persoalannya kepada keluarga Saud, adakah tujuan “pembangunan” ini bagi memberi laluan kepada ramainya jemaah2 haji untuk beribadat kepada Allah, atau adakah kerana mempunyai tujuan perniagaan lalu dibina pusat2 membeli belah dan hotel terbaru dengan meranapkan kawasan2 bersejarah Islam dan para anbia?
Often the excuse is used that with the global increase in the number of Muslims coming to Mecca, these expansions are necessary to accommodate these pilgrims. – Religion News
Apapun alasannya, bukankah lebih baik ditempatkan pembinaan hotel2 dan pusat2 beli belah itu diluar kawasan bersejarah yang berkaitan Islam dan warisan nabi muhammad s.a.w.
Dan kawasan2 berikut telah dan bakal menjadi mangsa:-
- Satu Kubu Uthmaniyyah yang menghadap dan melindungi Mekah suatu ketika dahulu begitu juga keseluruhan gunung telah diratakan bagi membina menara jam di raja, aka “Big Ben on crack”.
- Rumah kelahiran nabi yang kini menjadi perpustakaan sedang di dalam pertimbangan untuk dirobohkan.
- Rumah isteri Rasulullah saw, Khadijah, yang disebut oleh Islam sebagai “Ummul Mukminin” baru-baru ini telah dirobohkan bagi memberi ruang untuk pembinaan deretan tandas.
- Satu kawasan bersejarah lama tamadun Uthmaniyyah dan Abbasiyyah mungkin juga akan diratakan bagi memberi ruang kepada pengembangan masjid besar yang menelan belanja sehingga 680 juta dolar.
- Tanah perkuburan bersejarah lama Jannat al-Baqi yang menempatkan keturunan warisan Nabi juga telah diratakan.
Legasi Nabi vs Empayar Saudi
Apa yang menyedihkan, monumen bersejarah yang merupakan kawasan suci bagi semua umat Islam selain itu akan menjadi tapak untuk hotel bertaraf lima bintang yang bernilai $ 7,000 satu malam untuk satu bilik.
Dalam erti kata lain, dasar-dasar yang diwujudkan oleh golongan wahabi ini bukan sahaja cuba menolak sejarah Islam, mereka juga cuba menghakis ajaran Islam yang paling indah iaitu bagi menyatukan golongan kaya dan miskin berdiri bersama2 di mekah dengan memakai pakaian ihram yg seragam bagi menunaikan tanggungjawab dengan Maha Esa di hadapan Kaabah.
Kini atas dasar “pembangunan” ini akan dilihat berlaku peminggiran dimana rakyat biasa akan berada di bawah dan golongan ultra-kaya boleh tinggal di suite 5-bintang bagi melihat permandangan Kaabah dari atas.
Ini adalah sesuatu tidak boleh diterima kerana walaupun menara itu cuba untuk digambarkan sebagai simbol pemusatan aktiviti di hadapan Ka’abah, kewujudannya sahaja sudah menggambarkan satu pengasingan bagi golongan kaya berkuasa dan yang marhaen tidak kaya.
لا حول ولا قوّۃ الا باللہ
Saudi merupakan penjaga Mekah dan Madinah. Wajarkah sebagai penjaga meranapkan warisan sejarah Islam dan warisan Nabi Muhammad lalu antaranya menempat outlet Paris Hilton di situ? Itu adalah tempat-tempat suci. Itu adalah tempat-tempat bersejarah. Itu adalah antara tempat-tempat bertapaknya Islam. Itu adalah tempat – tempat nabi dan warisan nabi. Dan sesungguhnya Mekah dan Madinah tidak hanya dimiliki oleh negara Arab, malah ianya sesuatu yang dimiliki oleh seluruh penduduk Islam dan juga seluruh umat manusia di dunia ini manakala Nabi telah dihantar sebagai satu rahmat kepada sekalian alam.
Nabi pernah bersabda “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa”.(Riwayat Muslim). Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Blog Ustaz Naim
Jika Saudi terdesak untuk menggelarkan diri mereka sebagai penjaga Mekah dan Madinah, maka tugas pertama mereka sebenarnya adalah menjaga warisan nabi yang bersejarah dan kawasan Islam di Mekah dan Madinah, bukan dengan menarah dan meratakan atas motif2 lain.
Jika mereka tidak boleh memastikan demikian, maka pihak lain perlu bangkit untuk menyediakan penjagaan warisan sejarah yang suci itu demi agama dan umat manusia. Bersediakah kita untuk kembali ke keadaan yang asing seperti sabda nabi diatas?
P/S:
1. Dimanakah liga arab dalam menangani isu saudara se-Islam kita di Gaza?
2. Bagaimana boleh wujud golongan raja Saud di Arab sedangkan zaman nabi tiada raja dan hanya wujud khalifah selepas nabi?
3. Apakah respons dunia terhadap tindakan meratakan tempat2 bersejarah kebangkitan Islam di bumi Mekah?
#FIN#