Osaka Destinasi Percutian Musim Sejuk


Osaka adalah tempat yang menarik untuk dilawati selain Tokyo kerana ia merupakan bandar kedua (atau ketiga) terbesar di Jepun. Yang pertama pula ialah, tak lain dan bukan, Tokyo. Di samping itu, Osaka adalah punca kuasa ekonomi di wilayah Nara untuk berabad lamanya dan kerana itulah , ianya memjadi antara bandar yang terbesar di sana. 

Osaka atau Tokyo? 

Osaka

Apa yang menarik ya?Memandangkan Osaka adalah antara bandar yang terbesar, jadi dari segala aspek, ia juga adalah jiwa bagi negara Matahari terbit itu. Sementara Tokyo adalah kota yang telah digilap sebagai kota yg besar dan ternama, oh ya dan juga mahal, Osaka pula sebaliknya. Ia adalah tempat yang bagus untuk kita merasai bandar Jepun yang besar dan moden dalam semua aspek; tempat yang mempunyai ramai manusia dari Tokyo, dan mempunyai barang2 yg lebih murah. Pendekata, tempat yang moden dan agak murah.

Bandar ini juga semuanya adalah tentang makanan yang hebat dan  tempat membeli-belah (terutama tempat murah). Apa yang lebih menarik lagi, tempat ini terkenal dengan rakyat yang mesra dan mudah didekati oleh pengunjung asing. Malah, mungkin lebih mudah untuk bersukaria di sana dari mana-mana bandar lain di Jepun. Oleh itu, jika datang ke Jepun, jangan lupa untuk menghabiskan masa di Osaka. Ia sentiasa penuh dengan kejutan!

Berapa Lama Perlu Berada Di Sana?

Bolehkah kita berada di situ begitu lama yang kita mahu (I wish… Heee). Tetapi jika kita mempunyai jadual yang agak terhad berdasarkan bajet yang ada, kita boleh skip Tokyo dan menghabiskan masa dalam 1 atau 2 hari di Osaka dan selebihnya dapat melawat tempat lain seperti Kyoto, Kobe atau / dan Nara. Itu adalah itenarary yang paling sesuai untuk lawatan ke Osaka.

Beza Osaka dan Tokyo

Continue reading “Osaka Destinasi Percutian Musim Sejuk”

Berhati – Hati Ketika Menggores Kad Prepaid

Pengguna kad prepaid di Malaysia adalah begitu ramai. Terlalu ramai sehinggakan isu GST  dikenakan keatas kad prepaid dahulu pun menjadi isu hangat bukan sahaja dikalangan kita sebagai pengguna, malah dikalangan pihak – pihak sehingga ke menteri – menteri. Namun, apa yang lebih perlu dibimbangi kini ialah kandungan yang terdapat didalam lapisan perak kad prepaid itu sendiri. Benarkah gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit seperti yang berlegar – legar di Internet?

Malah lebih memeranjatkan lagi, terdapat penyebaran maklumat yang mengatakan permukaan untuk gores di lapisan perak kad prepaid mengandungi Silver Nitro Oxide. Satu bahan yang kononnya wujud dan dikatakan boleh menyebabkan kanser jika terkena dipermukaan kulit manusia, dan dalam kes ini jika kita gores menggunakan kuku kita menjadikan ianya lebih mudah untuk terkena di bahagian kulit jari. Apakah respon jika kita terbaca maklumat seperti dipaparan bawah ini?

Lagi penemuan Kanser kulit

Continue reading “Berhati – Hati Ketika Menggores Kad Prepaid”

Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan item – item atau barang – barang menjadi lebih mudah di jual di Internet. Dengan prospek pelanggan yang besar, memang boleh dikatakan barang – barang yang dijual itu boleh laku dengan cepat. Itu pun dilihat pada harga yang ditawarkan. Lebih mudah lagi untuk berurusan jika segala transaksi kewangan dapat dilakukan melalui Internet Banking sekiranya dipersetujui oleh kedua – dua pihak. Namun begitu, penjualan barang melalui talian ini ada juga keburukannya walaupun terdapat banyak kebaikan.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk kita mengiklankan barangan ialah melalui sesawang Mudah.my yang rata – rata sudah begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Dengan caj asas yang ditawarkan pada harga percuma, begitu mudah untuk pelanggan mencari apa yang mereka kehendaki di Mudah.my. Pengalaman aku sendiri yang telah mengiklankan pelbagai barangan, begitu mudah untuk aku dapatkan target pelanggan aku. Setelah memuat naik iklan, ada yang terus menghubungi aku tidak sampai sejam setelah iklan diluluskan untuk berada di Mudah.my. Ada juga yang makan masa sehingga hampir dua bulan baru dapat panggilan dari pembeli. Walau apa pun, semua barang yang aku telah iklankan telah dapat dijual.

Berhati – hati dengan transaksi atas talian

Sejajar dengan kemudahan di Internet ini, kita perlu lebih berhati – hati baik dengan penjual yang menawarkan barangan mereka mahupun dengan pembeli yang menjanjikan duit pembayaran terhadap barang yang dibeli. Continue reading “Mudah.my terdedah kepada Paypal scam”

[Isu Gaza] Bersarung tangan menentang propaganda Zionis

Ada yang berpendapat isu gaza ini merupakan isu politik yang menggunakan topeng agama untuk menghalalkan cara. Berteraskan agenda Propaganda zionis menguasai dunia dengan pelbagai cara baik dari segi tatacara sosial sehinggalah menyerap masuk ke dalam sistem perbankan dan ekonomi, ianya sudah seumpama satu projek jangka panjang yang kini ramai yang sudah menyedarinya dan mula mengambil ikhtiar untuk menghentikan agenda propaganda zionis mereka dan membantu palestin.

Pelbagai usaha dilakukan seperti menghantar bantuan makanan dan ubatan, memberi tekanan politik, memboikot produk zionist, mendapatkan sokongan warga Internet di media sosial seperti penggunaan hashtag, membuat forum, dan sebagainya.

Untuk bersatu, perlu bermula dengan individu

Terkini, paparan ayat Save Gaza di sarung tangan Azizulhasni yang merupakan satu usaha individu untuk menyampaikan mesej kepada semua. Sempena berlangsungnya sukan commonwealth, usaha murni sebegitu dengan harapan dapat membuka mata dunia tentang isu yang sedang berlaku yang kini sedang ditenggelami oleh isu besar lain seperti mh17.

propaganda zionis

Gambar: dailymail.co.uk

Jurucakap daripada penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan jadi supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.” Berita Harian

Malangnya, pihak penganjur beranggapan isu tersebut adalah bertentangan dengan garis panduan yang telah diberikan kerana mempamerkan protes berunsur politik. Azizul yang telah layak untuk ke suku akhir dalam acara pecut lelaki berkemungkinan akan dikenakan tidakan namun itu bergantung kepada hasil siasatan yang kini sedang dijalankan. Continue reading “[Isu Gaza] Bersarung tangan menentang propaganda Zionis”

Jelajah Pulau Pinang (part 2)

Ketibaan di Pulau Pinang

Saat-saat yang ditunggu-tunggu telah tiba bila kami mengambil exit157 di Plus Highway untuk menaiki Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Setelah melalui perjalanan yang jauh yang sangat memenatkan, perasaan penat itu hilang bersama keterujaan menaiki jambatan baru itu. Namun, kerana waktu malam, kamera fon ku tidak dapat menangkap gambar dengan jelas. Tetapi itu tidak menjejaskan hasratku untuk mengambil gambar.

Jelajah Pulau Pinang

Permulaan melalui Jambatan ke 2

Perjalanan melalui jambatan itu memakan masa lebih kurang 20 minit pada waktu malam dan kelihatan cahaya jalan yang menyinari sepanjang jambatan tersebut membuatkannya lebih kelihatan menarik. Walaubagaimanapun, harga tol yang dikenakan agak berbeza dari jambatan pulau pinang yang pertama iaitu rm9.40 berbanding rm7.00. Ini mungkin kerana jarak jambatan tersebut sejauh 23.5km dan jambatannya tidak lurus. Dikatakan tujuan pembinaan jambatan ke 2 tersebut adalah untuk mengatasi kesesakan jalan di negeri tersebut. Continue reading “Jelajah Pulau Pinang (part 2)”