Ketibaan di Pulau Pinang
Saat-saat yang ditunggu-tunggu telah tiba bila kami mengambil exit157 di Plus Highway untuk menaiki Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Setelah melalui perjalanan yang jauh yang sangat memenatkan, perasaan penat itu hilang bersama keterujaan menaiki jambatan baru itu. Namun, kerana waktu malam, kamera fon ku tidak dapat menangkap gambar dengan jelas. Tetapi itu tidak menjejaskan hasratku untuk mengambil gambar.
Perjalanan melalui jambatan itu memakan masa lebih kurang 20 minit pada waktu malam dan kelihatan cahaya jalan yang menyinari sepanjang jambatan tersebut membuatkannya lebih kelihatan menarik. Walaubagaimanapun, harga tol yang dikenakan agak berbeza dari jambatan pulau pinang yang pertama iaitu rm9.40 berbanding rm7.00. Ini mungkin kerana jarak jambatan tersebut sejauh 23.5km dan jambatannya tidak lurus. Dikatakan tujuan pembinaan jambatan ke 2 tersebut adalah untuk mengatasi kesesakan jalan di negeri tersebut.
Setibanya kami di penghujung jambatan, perjalanan diterus ke Tune hotel tempat kami menginap beralamat di Gat Jalan Magazine. Harga basic yang ditawarkan untuk 3hari 2malam adalah sangat berpatutan iaitu rm85.00. Itupun kerana melalui booking online, sekiranya di kaunter, tidak pasti berapa harganya.
Hari ke 2 yang ditungu-tunggu
Rabu 7 Mei, mencari sarapan pagi pada ketika itu sangat memeningkan kepala kerana kami belum biasa dengan keadaan persekitaran disitu. Kesesakan jalan di waktu pagi sewaktu hari bekerja memang sudah menjadi lumrah di mana-mana bandar besar di Malaysia. Lebih kurang 30 minit aku memandu di sekitar bandar untuk mencari sarapan pagi memang memeningkan kepala kerana banyak gerai makanan mamak dan cina. Akhirnya kami pun memilih untuk bersarapan berat nasi kandar di Restoran Pelita. Arah tujuan seterusnya ialah ke Penang National Park sambil mengelilingi Pulau Pinang.
Perjalanan kami diteruskan dengan melalui Bayan Lepas. Sepanjang perjalanan di situ, kami melalui jalan di belakang landasan kapal terbang dan kebetulan pada ketika itu, kapal terbangb Air Asia sedang mendarat. Apa yang lebih menakjubkan aku ialah kawasan rumah-rumah kampung yang berada bersebelahan landasan tersebut. Mungkin mereka telah biasa melihat kapal-kapal terbang mendarat dan berlepas dihadapan mata mereka dan mereka juga mungkin telah biasa dengan bunyi bingit kapal terbang itu. Amazing! Kemudian, sedang aku mengikuti jalan di Teluk Kumbar menuju ke destinasi kami, kelihatan satu warung yang menjual pelbagai jenis kuih-muih di tepi jalan. Nama kedai tersebut ialah Kedai Hasyim tetapi ramai yang memanggilnya kedai Pak Hasyim. Tanpa berlengah, aku meletakkan kereta di bahu jalan dan keluar menuju ke gerai tersebut. Memang banyak kuih muih yang dijual, itu belum termasuk nasi2 lemak, nasi tomato daging, bihun, kuew tiaw yang berbungkus dengan harga murah antara rm1 ke rm2.00. Ada juga dijual roti canai tapi aku tidak berkesempatan untuk membelinya.
Next stop?
Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan kampung, kawasan berbukit-bukit, dan kawasan sawah di Balik Pulau. Laluan yang berliku-liku dengan melaui kawasan berbukit-bukit ini mengingatkan aku seperti jalan menuju ke Cameron Highland dan Bukit Fraser. Cuma bezanya, kita boleh melihat keindahan laut sambil melalui jalan-jalan tersebut.
Sedang kami melalui kawasan berbukit-bukit, tiba kami ternampak gerai-gerai kecil di lereng bukit. Memang tidak dapat disangkal lagi, ianya mengingatkan aku seperti gerai-gerai di lereng bukit menuju ke Cameron Highland, cuma gerainya tidak berapa banyak.
Jauhnya perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang
Melalui kawasan berbukit-bukit ni sememangnya membuatkan aku mengantuk. Sambil memandu dengan agak perlahan, dengan anak dan isteri yang sedang lena tidur, aku tertanya-tanya bilakah baru boleh sampai di destinasi yang dituju. Sedang aku memandu sambil berkhayal kadang-kadang, aku terpandang satu kawasan kelihatan seperti tasik yang agak besar. Mata aku tertumpu di kawasan itu dan baru aku sedari yang kami sedang melalui kawasan tadahan air dan empangan teluk bahang. Aku pernah terbaca tentang misteri kawasan ini yang melibatkan kelibat ikan toman gergasi dan ular gergasi. Tapi pada aku, fenomena begitu bukanlah satu perkara baru kerana sekiranya ikan2 hidup dikawasan seperti itu, sememangnya akan menjadi besar. Boleh tonton National Geographic Fish Monster kalau tak percaya.
Melepasi kawasan tadahan air Teluk Bahang, baru kami sampai ke destinasi kami, Taman Rimba Teluk Bahang. Kawasan itu tidak ramai pengunjung pada hari-hari biasa. Cuma ketika itu terdapat satu rombongan pelajar sedang berkemah di kawasan tersebut. Anak aku cukup suka ketika sampai disitu, mungkin kerana satu kawasan yang baru baginya. Air sungai disitu kelihatan jernih dan seolah-olah memanggil kita untuk bermandi manda disitu. Tetapi, itu tidak mungkin terjadi kerana kami sedang membawa budak kecil berumur 1 tahun yang belum sesuai untuk bermandi manda disitu. Kedengaran bunyi burung-burung berkicauan, bunyi air sungai mengalir dan suara budak-budak sedang bersukaria. Cuma tiada bunyi harimau je. Hehe. Adakah?
Bukan main gembira anak aku berjalan di Taman Rimba itu. Selepas melihat kawasan-kawasan sekeliling, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke hotel. Berdekatan dengan taman rimba, kami melalui satu kawasan outward bounding yang bernama Escape. Kawasan itu kelihatan sangat menarik dan kelihatan ramai orang pergi ke situ untuk melakukan aksi-aksi extreme seperti wall climbing, fying fox, canopy walk etc etc. Kawasan itu sesuai bagi yang ingin keluar dari kawasan kota dan yang mendambakan aktiviti-aktiviti lasak untuk release stress.
Selepas singgah di escape, destinasi terakhir kami pada siang itu ialah ke Feri Penang.
Perjalanan kami yang menghala semula ke Georgetown pada waktu petang menyaksikan pertambahan kenderaan di jalanraya mungkin kerana sudah hampir tiba waktu orang ramai pulang bekerja. Sebelum kenderaan bertambah sesak, kami terus menuju ke jeti untuk ke Tanah Besar. Dari jauh kelihatan jeti dan feri pulau pinang itu sudah begitu lama dan antik. Terlalu banyak sejarah berkenaan feri pulau pinang ini yang aku sendiri kurang arif tentangnya. Yang aku ingat, pernah berlaku runtuhan jeti pada tahun 80an dan lebih kurang 20 – 30 orang yang mati, tidak kurang ramai juga yang cedera pada ketika itu. Kejadian itu berlaku ketika aku sedang belajar di sekolah rendah.
Apa yang menarik pada ketika sesampainya di jeti, kami adalah orang yang pertama menunggu giliran menaiki feri itu. Dan kerana itu, apabila tiba giliran kami, kami dapat parking dihadapan muncung feri dan keluar lepak sambil melihat permandangan ketika feri sedang bergerak. Seperti biasa, anak aku kelihatan menumpukan perhatian terhadap air laut dan feri besar yang melalui di sebelah feri yang kami naiki.
Sesudah berlabuh di jeti, kami pun kembali ke hotel melalui Jambatan Pulau Pinang yang utama. Selesai agenda di waktu siang.
Jalan – jalan makan malam
Untuk makan malam, kami menuju ke arah bayan lepas dan berhenti makan di kawasan restoran ikan bakar yang terletak selepas exit jambatan pulau pinang yang pertama. Kami singgah di Restoran Nurul Ikan Bakar. Kedai tersebut menhidangkan masakan goreng-goreng dan juga seafood. Yang uniknya tentang restorang yang terletak bersebelahan sungai ini, ia menyediakan tempat makan bagi yang gemar untuk duduk bersila dan tempat makan di atas pokok juga disediakan. Itu antara tarikan yang boleh dilihat jika ke kedai makan itu. Sekiranya kita hendak memakan makanan laut, kita akan dibawa ke satu akuarium dan boleh memilih ikan atau udang atau ketam yang kita mahu tu hidup-hidup. Apa yang membuatkan aku teruja ialah apabila aku melihat sekumpulan ketam yang berenang2 didalam akuarium tu. Aku tidak pernah melihat ketam berenang2 dalam air! Haha. Aku juga ada terpandang gambar2 di dinding yang menunjukkan antara artis2 yang pernah menikmati makanan disitu. Antaranya, awie dan yang lain2 yang aku tak kenal tetapi aku tahu itu artis malaysia. Hehe. Berkenaan harga pula, aku tidak berapa pasti tentang seafood. Biasanya ia mengikut saiz ikan yang di pesan tetapi sekiranya harga yang dikenakan itu lebih banyak dari wang yang dibawa, pembayaran melalui kredit kad juga diterima. Namun begitu berdasarkan pandangan peribadi aku, rasa masakan goreng2 di situ biasa-biasa je dan ada tempat lainnlagi yang lebih sedap. Cuma antara tarikannya ialah lokasi dan tempat yang disediakan itu. Apa2 pon, alhamdulillah kerana dapat mengisi perut pada malam itu.
Selepas perut kenyang, kami pun pulang ke hotel dan bersiap sedia untuk pulang ke Melaka pada esoknya. Akhir kata, perjalan ke Pualu Pinang ini dapat membuka mata betapa luasnya bumi tuhan ini dan banyak lagi yang belum aku dan keluargaku lihat.