Ketibaan di Pulau Pinang
Saat-saat yang ditunggu-tunggu telah tiba bila kami mengambil exit157 di Plus Highway untuk menaiki Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Setelah melalui perjalanan yang jauh yang sangat memenatkan, perasaan penat itu hilang bersama keterujaan menaiki jambatan baru itu. Namun, kerana waktu malam, kamera fon ku tidak dapat menangkap gambar dengan jelas. Tetapi itu tidak menjejaskan hasratku untuk mengambil gambar.
Perjalanan melalui jambatan itu memakan masa lebih kurang 20 minit pada waktu malam dan kelihatan cahaya jalan yang menyinari sepanjang jambatan tersebut membuatkannya lebih kelihatan menarik. Walaubagaimanapun, harga tol yang dikenakan agak berbeza dari jambatan pulau pinang yang pertama iaitu rm9.40 berbanding rm7.00. Ini mungkin kerana jarak jambatan tersebut sejauh 23.5km dan jambatannya tidak lurus. Dikatakan tujuan pembinaan jambatan ke 2 tersebut adalah untuk mengatasi kesesakan jalan di negeri tersebut. [Read more…]