ezuddin

★all are equal before the law★

Isu Perletakan Jawatan Kru Kabin MAS

by ezuddin

Selepas kita dipaparkan dengan tragedi menyayat hati MH370, kini satu lagi isu yang terpampang didada akhbar tentang perletakan jawatan kru kabin MAS seramai hampir 300 orang.

Kesan dan faktor tindakan perletakan jawatan kru kabin

Dengan tindakan sebegini, dilaporkan MAS akan menanggung kerugian lebih RM30 juta yang boleh diperincikan melalui kerugian kos latihan selama 2 tahun. Namun begitu, apa yang boleh dirumuskan melalui laporan akhbar dan sumber-sumber bacaan lain dimana terdapat beberapa faktor juga yang perlu diambil kira dalam menggambarkan tindakan perletakan jawatan itu.

perletakan jawatan kru kabin

 

“Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” kata sumber itu.

Antara faktornya ialah jadual kerja yang membebankan atas kekurangan kakitangan dimana mereka dijadualkan untuk bertugas dalam tempoh yang lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti. Selain itu, kegagalan syarikat memberi bonus sejak beberapa tahun dan penghapusan keistimewaan syarikat memberikan tiket penerbangan percuma bersama keluarga menjadi faktor pendorong yang lain dalam isu itu.

Berkenaan dengan perletakan jawatan kabin kru yang dilaporkan itu, ada juga diantara mereka yang telah “dipancing” oleh syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan buat mereka. Ddngan penawaran gaji sebanyak rm30,000-00 sebulan untuk jurutera berpengalaman antara 7 – 10 tahun dalam perkhidmatan, manakala juruteknik pula ditawarkan gaji sebanyak rm8,000-00 berbanding rm3,000-00, mana mungkin mereka akan menolak tawaran tersebut.

Tetapi jika dilihat dari satu sudut yang berbeza pula, seolah-olah memberikan gambaran tentang wujudnya satu sindiket untuk “memancing” pekerja dan kakitangan MAS yang telah menamatkan latihan mereka yang mana secara tidak langsung ianya dapat mengurang kos latihan yang diberikan dengan menawarkan gaji “pancing” yang besar kepada mereka. Satu keuntungan bagi syarikat lain itu.

Adakah mempunyai kaitan dengan Mh370?

perletakan jawatan kru kabin

Berdasarkan sumber laporan akhbar, isu untuk perletakan jawatan kru kabin ini tiada kaitan langsung dgn tragedi MH370 malah telah dikatakan telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ditambah lagi, dengan kerugian yang telah dilaporkan mencecah rm1bilion maka tindakan ini sudah tentu menambahkan lagi kesengsaraan syarikat yang sememangnya telah parah.

Berdasarkan kepada faktor2 berkenaan dan dengan merudumnya semangat kerja mereka maka tidak hairanlah jika ianya mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Idea penswastaan MAS

Kadangkala membuatkan aku terfikir apakah faktor yang menyebabkan Syarikat MAS mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga pernah mencatatkan kerugian sebanyak rm2.2bilion pada 2011. Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan mempunyai pegangan saham (Golden Shares) dalam syarikat Mas dan secara tidak langsung kerugian itu juga mencerminkan kerugian buat rakyat. Perlukah Mas diswastakan namun kiranya itu berlaku maka ianya melibatkan duit pembayar cukai dari segi harga penjualan saham yang rendah. Namun begitu, masih belum ada keputusan untuk itu berlaku. Semoga MAS terus unggul.

Sumber: Mstar

 

Filed Under: News & Issues

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·