Pinjaman perumahan: Salah faham konsep

Sememangnya dalam ekonomi yang tidak mementu pada masa ini, ditambah lagi dengan inflasi yang melanda negara kita menyaksikan harga barang semakin meningkat termasuklah sektor hartanah. Rungutan demi rungutan kedengaran lebih-lebih lagi berkenaan peningkatan harga barang yang dilihat tidak selari dengan kenaikan gaji, sebagaimana diketahui mereka yang tinggal dibandar dengan perolehan gaji sebanyak RM3000 sebulan sudah dikatakan sebagai miskin bandar. Ada yang kata RM3000 sudah cukup selesa bagi mereka yang tinggal diluar kawasan bandar, namun dimanakah kebenarannya? Mungkin perlu sedikit respon dari mereka yang tinggal di luar bandar.

MAMPUKAH KITA MEMILIKI RUMAH IDAMAN?

Rumah idaman adalah sesuatu yang penting bagi kita, namun mungkin perlu ditukar terma rumah idaman kepada hanya “tempat tinggal” sahaja kerana untuk memliki rumah idaman adalah sesuatu yang agak sukar buat masa ini. Tetapi, tanpa memiliki sebuah rumah dan hanya dengan menyewa sahaja adakah membuatkan kita berada ditahap yang selesa? Jika dilihat, sewa rumah juga semakin meningkat lebih-lebih lagi dikawasan yang strategik (lokasi atau pun ekonomi) sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Mana mungkin untuk orang2 biasa menduduki rumah sewa yang sebegitu mahal. Bulanannya sahaja sudah seperti bayaran bulanan bank atau pinjaman perumahan kerajaan. Kadang-kadang terfikir juga difikiran ini bagaimana anak-anak kita atau generasi muda akan datang mampu untuk memiliki rumah dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Kerajaan pula dilihat turut proaktif membantu antaranya dengan memperkenalkan perumahan PR1MA. Namun, dengan bilangan yang memohon dijangka bertambah ramai mampukah rumah itu dimiliki oleh sejumlah pemohon yang begitu ramai? Bingung juga kadang-kadang bila difikirkan.

Misconception (salah faham konsep)

Continue reading “Pinjaman perumahan: Salah faham konsep”