Tahukah kita tentangnya?
6 tahun dahulu sewaktu aku berkerja di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing, aku pernah menghadiri satu seminar Halal di mersing anjuran JAKIM. Aku telah didedahkan dengan konsep halalan toyiban yg mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan. Kadang – kadang kita tak sedar, adakah makanan yang kita beli dipasaraya tu halal atau tidak, pakaian yang kita pakai dan guna seperti leather tu halal atau tidak dan tempat yang kita pergi untuk membeli bahan – bahan makanan itu halal atau tidak. Risau juga andainya ada barangan yang dibeli itu dibuat dari kulit babi atau yang seangkatan dengannya… Ahai!! geli geleman rasanya… :))

Berkenaan dgn logo h.a.l.a.l, difahamkan logo yang diguna pakai di Malaysia ini pada awalnya telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing – masing, namun begitu ianya telah diseragamkan satu negara. Ini bermaksud, di Malaysia ini hanya mempunyai 1 logo h.a.l.a.l yang digunapakai dan mempunyai nama “Malaysia” yang tertera di logo itu seperti gambar disebelah.
Aku tertarik pada satu persoalan yang telah dibangkitkan oleh pegawai dari jabatan agama itu. Dia telah menyatakan banyak negara sekarang telah mengeluarkan logo2 dan sijil – sijil halal islam. Antaranya, di Australia mempunyai 13 logo, Malaysia 1 logo , malahan di Thailand dan China juga mempunyai logo halal. Hinggakan, di Israel juga mempunyai logo Kosher. Persoalan yang dibangkitkan yang kita sendiri tak sangka, di negara Arab Saudi tidak mempunyai sijil halal. Adakah makanan – makanan di sana dapat dipastikan h.a.l.a.l sedangkan hampir 50% rakyat yang berniaga di negara itu datang dari negara luar.. Halal ke? Wallahualam.. Allah swt saja la yang tahu..
Continue reading “Tahukah kita tentang Halal dan Kosher”