ezuddin

★all are equal before the law★

Tahukah kita tentang Halal dan Kosher

by ezuddin

Logo Halal

Tahukah kita tentangnya?

6 tahun dahulu sewaktu aku berkerja di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing, aku pernah menghadiri satu  seminar Halal di mersing anjuran JAKIM. Aku telah didedahkan dengan konsep halalan toyiban yg mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan. Kadang – kadang kita tak sedar, adakah makanan yang kita beli dipasaraya tu halal atau tidak, pakaian yang kita pakai dan guna seperti leather tu halal atau tidak dan tempat yang kita pergi untuk membeli bahan – bahan makanan itu halal atau tidak. Risau juga andainya ada barangan yang dibeli itu dibuat dari kulit babi atau yang seangkatan dengannya… Ahai!! geli geleman rasanya… :))

Halal logo

Berkenaan dgn logo h.a.l.a.l,  difahamkan logo yang diguna pakai di Malaysia ini pada awalnya telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing – masing, namun begitu ianya telah diseragamkan satu negara. Ini bermaksud, di Malaysia ini hanya mempunyai 1 logo h.a.l.a.l yang digunapakai dan mempunyai nama “Malaysia” yang tertera di logo itu seperti gambar disebelah.

Aku tertarik pada satu persoalan yang telah dibangkitkan oleh pegawai dari jabatan agama itu. Dia telah menyatakan banyak negara sekarang telah mengeluarkan logo2 dan sijil – sijil halal islam. Antaranya, di Australia mempunyai 13 logo, Malaysia 1 logo , malahan di Thailand dan China juga mempunyai logo halal. Hinggakan, di Israel juga mempunyai logo  Kosher. Persoalan yang dibangkitkan yang kita sendiri tak sangka, di negara Arab Saudi tidak mempunyai sijil halal. Adakah makanan – makanan di sana dapat dipastikan h.a.l.a.l sedangkan hampir 50% rakyat yang berniaga di negara itu datang dari negara luar.. Halal ke? Wallahualam.. Allah swt saja la yang tahu..

Logo - logo halal

Aku pernah bertanya kepada beberapa ustaz yang pernah belajar di sana dan juga di negara – negara yang berdekatan, katanya hakikat tu ada kebenarannya kerana banyak barang – barang di negara luar yang dibawa masuk ke situ. Katanya lagi, kalau kita hendak mencari makanan pun kena pergi tempat yang terpilih… Maka, terpulang pada kita untuk menilainya.. Wallahualam.

Filed Under: Educational Tagged With: Halal, Info halal

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·