Logo Halal
Tahukah kita tentangnya?
6 tahun dahulu sewaktu aku berkerja di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing, aku pernah menghadiri satu seminar Halal di mersing anjuran JAKIM. Aku telah didedahkan dengan konsep halalan toyiban yg mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan. Kadang – kadang kita tak sedar, adakah makanan yang kita beli dipasaraya tu halal atau tidak, pakaian yang kita pakai dan guna seperti leather tu halal atau tidak dan tempat yang kita pergi untuk membeli bahan – bahan makanan itu halal atau tidak. Risau juga andainya ada barangan yang dibeli itu dibuat dari kulit babi atau yang seangkatan dengannya… Ahai!! geli geleman rasanya… :))
Berkenaan dgn logo h.a.l.a.l, difahamkan logo yang diguna pakai di Malaysia ini pada awalnya telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing – masing, namun begitu ianya telah diseragamkan satu negara. Ini bermaksud, di Malaysia ini hanya mempunyai 1 logo h.a.l.a.l yang digunapakai dan mempunyai nama “Malaysia” yang tertera di logo itu seperti gambar disebelah.
Aku pernah bertanya kepada beberapa ustaz yang pernah belajar di sana dan juga di negara – negara yang berdekatan, katanya hakikat tu ada kebenarannya kerana banyak barang – barang di negara luar yang dibawa masuk ke situ. Katanya lagi, kalau kita hendak mencari makanan pun kena pergi tempat yang terpilih… Maka, terpulang pada kita untuk menilainya.. Wallahualam.