8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH

Memang aku tidak pernah terlintas dihati untuk mendapatkan penapis air sebelum ini kerana aku beranggapan ianya adalah seperti satu bebanan kerana akan terikat untuk membayar pada setiap bulan. Tetapi akhirnya, aku telah dapatkan juga penapis air jenama LG. Yang peliknya, aku tidak merasa sedih atau risau, tetapi rasa gembira kerana penapis air yang aku dapat ini bukan sahaja canggih, malah ianya sangat Hygienic dari penapis air lain. Yes!!

Tunggu sekejap! Nak tau tentang PROMO Model Penapis Air dari LG seperti di gambar dibawah ni? Klik https://ezuddin.com/2022/07/model-terkini-penapis-air-lg-boleh-bercakap/

 

Dibawah ni adalah model penapis air jenama LG yang aku telah pasang di rumah (bukan aku la yg pasang, tetapi technician LG juga). Ini ada model awal yang telah masuk dipasaran malaysia, iaitu model WD512AN (Grey) LG Puricare Tanpa Tangki!!

LG Puricare
Model Terdahulu WD512AN

 

Serba sedikit tentang Penapis Air LG Purifier ni bagi sapa yang tak perasan kewujudannya. LG Puricare Tankless Water Purifier ini adalah keluaran LG Electronics Malaysia yang mempunyai teknologi terkini dari Korea Selatan. Dan dengan pelancaran LG Puricare Tankless Water Purifier ini dalam bulan 7 tahun 2019,  matlamat utama mereka adalah untuk memberikan servis bagi mendapatkan air yang bersih yang dapat melindungi kesihatan pengguna dan keluarga rakyat Malaysia.

PADA 14 Julai 2022 yang lalu, LG telah keluarkan model lain WD516AN. Penapis air ini masih lagi mempunyai ciri2 pada model yang sebelum ni, namun ia juga telah didatangkan dengan beberapa fungsi baharu yang lebih canggih.

Baiklah, apa kata kita lihat fungsi penapis Air LG WD516AN yang terbaru ni. dengar kata, mereka sedang menawarkan promo TERKINI yang agak menarik untuk penduduk Malaysia ni. Tu nanti kita cerita, sekarang ni jum lihat ciri-ciri yang ada pada penapis air LG ni.

1. BEKALAN AIR BERSIH DITAPIS TERUS DARI PAIP RUMAH (TANPA TANGKI)

 

Ni paling utama kenapa aku pilih TANKLESS (Tanpa Tangki) sebelum niAku dari dulu mmg ragu2 tentang kebersihan dalam tangki. Sedangkan tangki kat rumah belum tentu bersih, inikan pula tangki yg kecil.  Manakala LG PuriCare Tankless Water Purifier  ini menyediakan air minum yang bersih menggunakan teknologi Tankless (tanpa tangki). Ini adalah untuk memastikan air dapat diminum terus secara langsung dari paip rumah tanpa perlu memikirkan tentang kehadiran mikroorganisma yang berbahaya kerana telah ditapis secara direct. Dipasangkan sekali dengan Pemadat Inverter Pemanasan dan Pemanasan Induksi LG (IH), pembersih air ini serta-merta menawarkan air minum dwisuhu – panas atau sejuk, dan juga pada suhu bilik. Ianya juga tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. Ini yg membuatkan aku tertarik dgn LG tankless ni.

Boleh dikatakan antara kelebihan yang LG PuriCare Tankless ni SANGAT MEMENTINGKAN KEBERSIHAN (hygienic) adalah kerana:-

        • TIADA pembiakan bakteria (kerana air ditapis terus dari sumber paip)
        • TIADA pemanasan berulang (tidak baik untuk kesihatan)
        • TIADA had air panas (kerana tidak bergantung pada tangki)
        • TIADA had air (unlimited) kerana tidak bergantung pada tangki
        • JIMAT ELEKTRIK 57% (berbanding water purifier bertangki)

 

2. “SLIM” DAN TIDAK PERLU RUANG YANG LUAS

LG Puricare
Dimensi Saiz Model Terdahulu (WD512AN)

 

 

Dimensi Ukuruan Yang Terkini WD516AN

 

 

Tengok la perbandingan  rekabentuk model yang terdahulu dan terkini yang tidak jauh beza. Dengan saiz langsing dengan kelebaran 17cm, sudah tentu ianya dapat diletakkan di mana bahagian dapur (sebagai contoh) atau di mana2 bahagian rumah aku. Sudah tentu ruang2 kecil yang ada di rumah tu dapat dimanfaatkan. Senang nak letak kat mana2 ruang dapur.

3. NOZZLE DENGAN PUTARAN 180 DARJAH DAN TURUN NAIK AUTOMATIK

Nozzle air yang boleh berputar 180 darjah (rujuk gambar dibawah) begitu juga dengan lantai peletak cawannya. Ini bermakna ianya hanya memerlukan ruangan yang kecil dan membolehkan pengguna mengakses air dengan mudah. Letak sahaja dihujung dinding atau table top dan halakan nozzle dan lantai kearah kanan atau kiri, senang cerita. Ni pun aku boleh manfaatkan utk di sudut2 tertentu.

 

 

 

Selain tu, nozzle tap tu juga boleh digerakkan atas atau bawah, bergantung kepada saiz bekas air atau cawan. Amacam? Canggih kan? huhu

 

4. FUNGSI KAWALAN PAPARAN SENTUH (ONE-TOUCH FUNCTION)

 

 

 

Kawalan Suhu Panas

Ni yang menarik, ia mempunyai paparan sentuhan yang membolehkan pengguna menetapkan pilihan air mereka dan memeriksa status penapis melalui lampu penunjuk. Jika kita lihat, terdapat pilihan suhu air panas yang sesuai untuk pelbagai keadaan samada ingin air suam2 kuku, suam atau panas. 

 

 

2 butang sterilize

Yang ni juga penting dalam memastikan AIR SENTIAS BERSIH, dengan adanya 2 butang sterilization  dimana butang Outlet Sterilize (UV-led Sterilize) berfungsi untuk memastikan air yang keluar dari nozzle tu bersih dari mikroorganisma atau serangga kecil seperti semut & lipas, dan ianya akan diaktifkan secara automatic setiap satu jam.

UV sterilization

 

Manakala  berfungsi untuk untuk sterile paip dalaman besi (Stainless steel) seminggu sekali secara 99.99% kebersihan atau boleh tekan secara manual.

Internal piping stainless steel

 

5. TEKNOLOGI PINTAR

 

Terdapat juga aplikasi yang dikenali sebagai Connectivity with SmarThinQ melalui sambungan Wi-Fi yang membolehkan pengguna memantau penggunaan air mengikut hari, minggu, bulan dan tahun. Canggih tak? Bukan itu sahaja, aku juga boleh memeriksa pensterilan UV dan menerima pemberitahuan untuk sebarang masalah pada telefon pintar aku. Apa yang aku perlukan, hanya download apps dan boleh cek fungsi kebersihan air dihujung jari. Aku percaya, kalau korang ada hand phone, korang pun boleh buat juga.

Yang bestnya, dengan penapis air ni dilengkapi dengan sistem Voice Guidance yang akan bagitau kita bila nak service alat kita tu.

 

6. SERVIS KENDIRI (PLUG & PLAY)

Yang ini pada aku sangat menarik juga. Tak seperti model yang lama dimana kita perlu tunggu technician datang untuk service penapis air kita. Cuba bayangkan, ada ketika technician tu ada banyak rumah customer nak di visit, kadang2 penapis air kita dah terlewat nak tukar filter lebih 6 bulan dan rasa air dah tawar semacam dah. 

Jadi, dengan model yang terkini ni, kita boleh SERVICE filter tu je sendiri. Filter tu pun PLUG & PLAY je. Ini adalah yang pertama di Malaysia yang mana LG akan hantar ke rumah filter tersebut untuk kita tukar apabila tiba masanya. 

 

7. MEMPUNYAI SIJIL HALAL

Yang ini juga amat penting kenapa aku guna penapis ni. Ye la, dengan adanya sijil halal ni barulah kita tidak was – was dengan tahap kebersihan yg syarikat LG. Bertepatan dengan konsep Hygienic mereka; NO TANK NO CONTAMINATION. Mencari yg halal itu fardhu. Aku taknak ulas lebih2 bab ni sebab bukan bidang aku.

LG Puricare

LG Puricare

8. HARGA BULANAN YANG KOMPETITIF

Harga bulanan yg ditawarkan untuk adalah setanding dengan benefit yg kita terima, baik dari segi utk kesihatan, kebersihan (hygienic) dan teknologi yg ada pada LG Puricare Tankless itu. Manakala pilihan harga bulanan juga bergantung kepada model dan suhu yang ditawarkan (lihat gambar PROMO WD516AN TAHUN 2024 dibawah)  bermula dari serendah RM50 SEBULAN.

Dengan melakukan self servis, sudah semestinya ianya adalah satu pelaburan yang baik dan berbaloi. Disamping itu, LG PuriCare Tankless mempunyai pelan sewa selama 3 tahun;  atau bayaran bulanan 5 @ 7 tahun sehingga menjadi hakmilik. 

 

BERITA BAIK. PAKEJ BAYARAN ANSURAN 2024

TERKINI: LG kini menawarkan PROMO harga ansuran serendah RM50 untuk model WD516AN dan serendah RM60 untuk model WD518AN (TERBARU) Selain tu, LG juga sedang menawarkan PROMO PERCUMA pembayaran Instalment selama 6 bulan jika mengikat kontrak selama 5 tahun. Tempoh percuma itu akan diberikan pada 6 bulan terakhir pada tahun ke 5 nanti. Menarik bukan??  Cuba lihat gambar dibawah dan lihat pada senarai harga bulanan yang ditawarkan.

 

Rumusan PROMO ni:-

        • Ada pakej ansuran serendah RM50 (PAKEJ SELF SERVICE WD516AN)
        • Ada pakej ansuran serendah RM60 (PAKEJ SELF SERVICE WD518AN)
        • PERCUMA servis dan PERCUMA tukar filter selama 3 tahun, 5 tahun atau 7 tahun

 

NAK PAKEJ CASH (OUTRIGHT)? 

Selain itu, jika ada yang berhasrat untuk dapatkan secara cash pun boleh. Lihat bahagian Outright (Cash) dibawah ni.

 

 

Untuk belian secara cash, boleh rujuk harga2 yang ditawarkan diatas. Perlu diingatkan, untuk pembelian secara Cash, servis percuma bergantung kepada model yang dipilih.

Selepas tamat tempoh servis percuma, bayaran pakej servis secara tahunan akan bermula sebanyak antara RM450 sehingga RM550 setahun.

Untuk info lanjut ttg details dan tempahan PROMO 2024, boleh klik untuk wasap di http://LGpenapis.wasap.my

 

BELUM ADA LAGI WATER PURIFIER YG HYGIENIC?

Jom tengok sebahagian dari Screenshot mereka2 yg telah tempah Model WD512AN (bulanan terdahulu RM120 RM88), WD210AN dan Model WD515AN (bulanan RM140) di bawah ni. 

Bulanan RM140 Model WD515AN (discontinued)

 

 

Model WD210AN Bulanan RM90

 

Model WD512AN Bulanan RM120 RM88

 

Model WD112AN Bulanan RM70 (discontinued)

 

Model WD112AN Bulanan RM70 (discontinued)
Model WD512AN Bulanan RM120  RM88

 

 

 

Bagaimana? Cukup canggih untuk kita bukan. Mana taknya, dengan fungsi2 yang ada pada water purifier ini termasuk fungsi yg memastikan air dalam keadaan bersih dan hygienic, sudah tentu dapat memberikan kelebihan kepada kita. Bagi mereka yang masih lagi belum mempunyai water purifier di rumah, it is recommended untuk korang dapatkan LG Puricare Tankless Water Purifier ini. Ianya sangat berbaloi.

LG PuriCare 

Dengan semua kelebihan yang di kita dapat pada harga bulanan serendah RM50  ianya sangat berbaloi.

Tempahan boleh dilakukan melalui sistem online LG, dimana juga anda berada. Mudahkan?

Untuk info lanjut ttg details dan tempahan PROMO 2024, boleh klik untuk wasap di http://LGpenapis.wasap.my

 

Adieu

P/s: Nak tau tentang Penapis Udara LG? Klik >>https://ezuddin.com/kelebihan-penapis-udara-lg-puricare-360/<<

Nak tau tentang Peti Sejuk Lutsinar LG?Klik >>https://ezuddin.com/PetiSejukLutsinar<<

Nak tau tentang Mesin Basuh Pengering LG? Klik >>https://ezuddin.com/MesinBasuhPengeringLG<<

Visited 1 times, 1 visit(s) today

2 Replies to “8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH”

Comments are closed.