Untuk dapatkan udara yang benar – benar segar adalah sesuatu yang agak sukar untuk kita kecapi pada masa sekarang. Lebih – lebih bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau yang berdekatan kawasan perindustrian, memang sesuatu yang agak “mustahil” bagi kita. Kalau tiada bau asap, ada pulah habuk – habuk kecil yang berterbangan. Bukan setakat luar rumah, malah sehingga ke dalam rumah.
Masa tu lah kita tengok perabut2, TV dan lantai penuh dengan habuk. Padahal mak2 ni dah selalu mop, selalu sapu lantai dan selalui lap perabot & TV tu. Tu belum cerita lagi bila rumah ada anak2 kecik atau baby, kebarangkalian masa tu terkena asma, batuk2 atau selsema tu mmg ada. Lebih2 bagi mereka yang bagi anak tu bermain diatas lantai. (dah tu nak bagi main kat mana lagi pulak, kan? ) huhuh.
Begitulah yang aku rasa, bila anak selalu bersin2 selsema, demam dan batuk dan pernah juga sampai kena Nebulizer. Bukannya kami tak bersihkan rumah, malah sapu rumah, mop lantai dan macam2 lagi. Pagi buat semua tu , tau2 je petang berhabuk balik. Nak kata aku tinggal dikawasan kilang pun tak jugak. Tapi itu lah hakikaktnya, rumah kita mmg sering berhabuk, walau sekerap mana kita bersihkan. Nasib.
Jadi, aku tekad untuk buat sesuatu. Maka aku cuba produk yang direkomen oleh rakan aku, Penapis Udara LG Puricare 360°, Setelah aku survey2, jadi aku pun dapatkannya dengan pelan dan pakej yang berbaloi. Ada dua jenis penapis udara Lg ni, single booster dan dual booster. Aku pilih single booster. Jadi, kenapa aku dapatkannya?
1. Membersihkan Udara secara 360 darjah
Bagi kebanyakkan penapis udara yang ada dipasaran, hampir semua yang aku jumpa adalah berbentuk petak dan sedutan udaranya hanya pada satu sudut sahaja. Manakala Penapis Udara LG ni berbentuk silinder dan sedutannya adalah dari semua arah 360°. Jadi ianya dapat memaksimakan penapisan udara sekeliling dan dapat menyedut udara itu di mana juga ianya diletakkan. Tidak perlu kita pusing2 lagi ke arah lain setiap masa.
Dengan kebolehan untuk menapis udara disetiap arah, boleh bayangkan tak habuk yang telah disedutkan di sekeliling bilik kita tu? Cuba lihat video dibawah, tu adalah ketebalan habuk yg telah ditapis selama 2minggu sahaja.
Yang dibawah ni plak, habuk utk 3 bulan. Serammmmm…
2. Mempunyai Kipas Booster yang SANGAT Power
Penapis udara LG ini juga berupaya menyampaikan udara yang telah ditapis ke seluruh bilik. Bagaimana? Dengan dilengkapi dengan kipas yang berpusing dari kiri kenan, udara bersih dapat ditiup / disampai ke hampir keseluruhan kawasan bilik yang dilengkapi dengan penapis udara ini. Ini dinamakan, Clean Booster.
Selain itu, kipas tersebut mampu untuk meniup udara sejauh 7.5meter dan dengan penapis Udara single booster, ianya mampu untuk cover sehingga 64m/persegi keluasan bilik. Manakala penapis udara dual booster pula mampu untuk cover pada keluasan bilik 100m/persegi.
3. Membersih Kawasan Pergerakan Anak Kecil
Tentunya ramai yang ada mempunyai anak2 kecik atau baby yang sering bermain diatas lantai rumah tu. Nampak ke habuk2 yang melekat ditangan anak2 yang merangkak? Nampak ke udara yang disedutnya berdekatan almari atau kabinet tv tu? Maka dengan itu, penapis udara LG dilengkapi dengan “Baby Mode” yang mana ianya dikhaskan juga khusus untuk memberikan tahap penapisan terbaik pada paras ketinggian bayi kita.
“Featuring Baby Care, the LG PuriCare Air Purifier ensures that infants and toddlers breathe in clean, particulate- and pollutant-free air indoors thanks to its innovative independently operational lower vents.”
Dengan dilengkapi sistem pengudaraan pada tingkat yg rendah, sudah semestinya udara bersih dapat dibekalkan pada tahap ketinggian baby. Terbaik bukan?
4. Menapis Pelbagai Tahap Ancaman Udara
Macam mana pula dengan tahap udara dalam rumah kita. Bukannya kita ada alat pengukur IPU di rumah tu. Apa yg kita tau, bila rumah bau kepam lepas masak, bila anak2 dah mula bersin2 tak sihat, bila kaki tak selesa ada habuk, barulah kita sedar kualiti udara kat rumah tu semacam tak elok je. Huhu
Namun, dengan Penapis Udara LG ni, kita boleh tahu tahap udara yg ada didalam kawasan rumah kita. Dilengkapi dengan LED indicator, kita boleh tau tahap udara tu berdasarkan warna yang terpapar pada skrin penapis Udara tu (rujuk gambar).
Bagaimana warna LED tu menentukan tahap udara yang ada dirumah kita pula. Dengan teknologi sensor PM 1.0 (1 micron meter), ianya mampu menyedut habuk2, kotoran dan bakteria yg sangat halus dan dapat memberikan indikator tahap udara dirumah kita yang perlu ditapis dan dibersihkan tu. Canggih kan? Kebanyakkan penapis udara diluar sana hanya mempunyai sensor 2.5 mincron meter berbanding Penapis Udara LG dengan sensor 1micron meter.
Terdapat pula 6 tahap penapisan yg berupaya dilakukan oleh Penapis Udara LG ni. Bermula dari habuk2, debu halus dan habuk yg menyebabkan alergy sehinggalah kepada bau2an dan bau bahan kimia beracun boleh ditapis. Rujuk gambar dibawah.
Namun jangan salah sangka, ada penapis udara dipasaran kita yang overclaim mampu menapis virus2 Influenza, itu adalah misleading kerana saiz virus influenza ada yg berbeza mengikut jenis Influenza. Contohnya virus influenza A sahaja bersaiz 0.08 – 0.20 micron meter (100nano meter = 0.10 micron meter). Ianya sangat kecil dari PM 1.0 oleh LG, apatah lagi penapis udara diluar sana yg kebanyakkan sensornya bersaiz 2.5 micron meter.
Virus influenza tu BELUM tentu mampu ditapis ye. Amalkan gaya hidup sihat, minum air secukupnya, elakkan ke tempat2 awam (bila perlu sahaja), dapatkan vaksin (jika mampu) atau dapatkan rawatan jika rasa telah dijangkiti influenza ye.
Jadi, begitulah tadi sebab utama kenapa aku pilih Penapis Udara LG 360 darjah ni. Dengan kemampuannya untuk menapis hampir segala jenis situasi udara dan keadaan, sudah semestinya penapis udara ini dapat memberikan faedah yg terbaik untuk kita.
Belum Ada Penapis Udara?
Mungkin ada yg menyangka pakej Penapis Udara LG bukan beshe – beshe harganya, tetapi percaya la korang, dengan pakej ansuran yg ditelah ditetapkan ini sebenarnya mampu untuk memberikan kita faedah yg menyeluruh.
Apa yg aku dapat simpulkan disini, KELEBIHAN Penulen udara LG 360° adalah seperti berikut:-
??mempunyai smart inverter yang menjimatkan bil elektrik kita
??mampu menjaga kualiti udara dalaman pada tahap optimun
??menghilangkan debu ultra-halus,
??menyedut gas berbahaya seperti ammonia
??mampu menghilangkan bau hapak di rumah
??sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta pesakit asma atau yg ada alahan pada habuk
??menapis dari semua sudut 360°
SERVIS KOMPREHENSIF
LG juga menawarkan pakej PERCUMA untuk produk Penapis Udara LG 360 darjah seperti berikut:-
✔free registration
✔free installation
✔free filter change
✔free servis setiap 6bulan
ANSURAN BULANAN YG KOMPETITIF
Ansuran yg ditawarkan ada 2, pada RM120 sebulan (single booster) atau RM180 sebulan (dual booster)
Selain itu, mereka juga menawarkan tempoh ansuran selama 3 tahun (untuk sewa) dan 5 tahun (untuk menjadi hakmilik). Dengan kelebihan yg ditawarkan diatas, sudah semestinya ianya adalah satu pelaburan yang baik dan berbaloi juga untuk kebersihan dan kesihatan kita sekeluarga.
Udara yang bersih bermula dari rumah.
PROMO CHINESE NEW YEAR 2022
Kini, promo yg di Tunggu2. Cuba lihat harga yg ditawarkan dibawah ni.
Kalau korang berminat untuk dapatkan PROMO CHINESE NEW YEAR 2022, boleh klik untuk wasap di http://LGpenapis.wasap.my
Atau boleh juga tinggalkan details di bawah ni ye.
Tempahan boleh dilakukan melalui sistem Online LG, dimana juga anda berada.
Adeiu
Pernah dengar Penapis Air LG? Nak tau >>Kenapa Penapis Air LG Puricare SANGAT HYGIENIC?<<