Pindah WordPress Domain dan Hosting Tanpa Down Time

Hosting korang buat hal sampai nak pindah domain wordpress? Memang perkara ni kadang2 susah nak jangka. Mana taknya, pada awal2 dahulu, company Hosting tu nampak macam ok. Tapi setelah beberapa tahun, ianya menjadi tak dijangka, contohnya server selalu down, customer service tiada respons, server lambat load, macam2 lah. Tu lah yang jadi pada aku, sedih bila tiba2 blog tak boleh diakses, mula2 seminggu, kemudian 2 minggu dan paling lama sebulan tak boleh akses. BENGANG WOO SERVER DOWN sebab All my life’s work has gone. And so i thought….

Pindah WordPress

Apa yang lebih malang ialah aku terlupa nak FULL BACKUP. Tu la pasal. Dek kerana percaya yang host kita tu akan ok selama2nya membuatkan aku alpa dan lupa backup. Mujur setelah blog aku boleh diakses, aku buat full backup dan dan mula mencari Host company yang baru. Host lama tu terpaksa aku tinggalkan walaupun telah lama dengannya sejak 2014 lagi. Aku tetap tak akan melupakan jasa host lama tu kerana ajar aku macam2 ttng setting di WordPress. Namun begitu, aku terpaksa bertukar kerana masalah server semakin slow dan selalu down.

Jadi untuk elakkan kita hilang segala2 kerja yang telah kita lakukan, buatlah manual backup sebulan sekali walaupun host korang tu ada buat backup juga. At least, kita ada satu backup jika something happens nanti. BTW, setelah aku berjaya jumpa Host Company yang baru, aku mulakan proses transfer Domain Dan Host. Company yang aku maksudkan tu ialah Hostingevo. Ianya pilihan aku kerana menyediakan Storage 20GB untuk 1 blog aku. Aku lebih mementingkan storage dan bandwith over anything else. 

Kat sini aku nak kongsi Cara2 aku Transfer Domain dan Host tanpa risau down time

1. Buat FULL BACKUP (Full download) terlebih dahulu.

Caranya amat mudah. Tak perlu menggunakan cpanel atau ftp transfer. Bagi pengguna WordPress, kita boleh gunakan plugin sahaja. Plugin yang boleh digunakan ialah all-in-one WP migration plugin .  

Untuk full download, kita perlu export segala2 data dari blog di host lama terlebih dahulu.

Proses download ini boleh memakan masa yang lama sekiranya ianya besar.  Cuma, untuk gunakan secara percuma, pastikan download data2 yang perlu sahaja kerana maksimum untuk guna secara percuma ialan 500MB shj. Kemudian, simpan file yang telah di download tu untuk gunakan di Host baru nanti. 

2. Daftar Domain yang Baharu

Daftar untuk hosting yang baru di mana2 company yang korang suka. Pilih juga option untuk Domain transfer dan letak nama domain yang korang nak transfer tu. Kemudian, makluman tentang perpindahan dari hosting lama itu akan dimaklumkan didalam email nanti.

Proses berikutnya, kita akan dihubungi oleh Host yang baru. Untuk transfer domain tu, kita perlu melakukan beberapa perkara utama berikut di host yang lama.

a. Disable kan Registrar Lock

Pindah WordPress

b. Dapatkan kod EPP.

Ini akan diperlukan oleh Hosting yang baru untuk transfer domain tersebut. Code tersebut samada diberikan melalui panel Hosting atau akan diberikan melalui email nanti. Berikan kod tersebut kepada hosting baru bila diminta.

Pindah WordPress

Kemudian ikuti je arahan yang diberikan oleh Hosting baru tu berkenaan Domain Transfer.

 

3. Domain telah berjaya didaftar di Host Baru

Proses ni memakan masa selama beberapa hari, bergantung kepada Host lama korang tu. Dalam kes aku, lebih kurang seminggu juga. Sekiranya Host baru telah maklumkan yang proses transfer itu telah berjaya. cuba semak details domain tersebut di panel hosting yang baru.

Semak details server. Dalam kes aku, Domain ezuddin.com di Host yang baru masih guna nama server host lama. Rujuk Gambar.  Jika aku tak tukar, bermaksud aku masih lagi guna host lama yang sering down tu walaupun domain name Ezuddin.com  tu sekarang berada di host baru.  Jadi Tindakan yang selanjutnya ialah memastikan domain ezuddin.com tu telah di link dengan server yang baru. Tekan sahaja Use Default Nameservers dan klik change nameservers. DONE!!Pindah WordPress

 

4. Setup Plugin All-in-One di Host baru

Setelah confirm domain telah berpindah, pastikan ianya telah di link dengan host server yang baru. Set up wordpress semula di host yang baru kemudian perlu install 2 jenis plugin. Pertama  plugin All-in-one WP Migration dan kedua, All-in-One WP Migration File Extension.

Tujuan kita install file ke-2 All-in-One WP Migration File Extension adalah untuk import file data kita tadi yang bersaiz hampir 500MB tu. Jadi kita perlu kan plugin ke-2 tu. (rujuk gambar dibawah). Boleh download extension DI SINI

Pindah WordPress

 

5. Import File BACKUP ke host baru

Untuk import file back up kita tadi ke host wordpress yang baru, boleh ikuti caranya di video dibawah.

Ikuti cara2 untuk upload (import) data wordpress lama tu ke host baru melalui video diatas. Kesimpulannya:-

          1. sebelum upload data backup, perlu install wordpress di host baru
          2. perlu juga install All-in-One WP plugin & juga All-in-One WP Extension plugin
          3. Setelah selesai upload, buka Setting > Permalink dan klik butang “Save” tu 2KALI

6. PROSES TERAKHIR; Check URL ASAL di WordPress

Dalam proses akhir ni, bagi memastikan domain yang kita transfer tadi tu telah di link pada wordpress kita, buka Setting > General dan semak URL address kita.  (Rujuk Gambar di bawah)

Pastikan WordPress adress (URL) dan Site Address (URL) tu sama dengan Domain name yang kita transfer tadi. Dalam kes aku ni, aku perlu tukar kedua2nya menjadi htt://ezuddin.com sahaja.

 

Itu sahaja proses yang boleh dilakukan tanpa perlalui melalui proses Down Time langsung.

Bagaimanapun, ini adalah proses yang aku lalui sendiri setelah aku kaji dah tanya pelbagai pihak. Sekianya tidak pasti caranya atau pun takut tidak menjadi, boleh rujuk kepada Host korang yang baru tu. 

Cumanya, proses ini adalah proses yang tidak melibatkan Fee untuk transfer. kadang2 ada sesetengah Host yang ada caj lain untuk transfer data dari host lama ke host baru. Padahal ada je cara2 yang lebih mudah.

Sekian… Selamat Mencuba.

Visited 1 times, 1 visit(s) today