LG kali ini memang sudah melampaui batas. Sekarang mereka sudah berani mengeluarkan model penapis air WD516AN yang dilengkapi dengan bantuan operasi suara. Sangat mengagumkan! Apabila tiba masa untuk pembersihan steril atau servis, penapis air itu akan “bercakap” dengan kita. Selain itu, semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu menunggu technician datang untuk menggantikan penapis. Jimat masa, tidak perlu menunggu technician lagi. Menarik, kan?
APA LAGI YANG TERBARU TENTANG MODEL WD516AN?
Tanpa membebel panjang, mari aku ceritakan apa yang model terbaru ini boleh lakukan dan apa yang ditawarkan oleh LG.
1. REKABENTUK dan WARNA TERKINI
Pertama, cuba lihat sahaja rekabentuk di bawah ini. Kali ini, LG menawarkan model dengan warna yang berbeza: Navy Blue, Silver, dan Putih. Warna-warna ini sangat eksklusif!
Ia tidak terlalu besar dan boleh diletakkan di mana-mana bahagian. Tidak kira di dapur, ruang tamu, pantri pejabat, masjid, sekolah, atau tempat lain.
Saiznya?
Rujuk sahaja saiz di bawah ini. Memang sesuai untuk diletakkan di mana-mana, sama ada secara menegak atau melintang. Nozel dan dulang juga boleh digerakkan ke kiri dan kanan. Asalkan ada port elektrik dan paip air.
Untuk nozel airnya, selain boleh bergerak ke kanan dan ke kiri, ia juga akan dilaraskan ke atas dan ke bawah secara automatik mengikut bekas air yang diletakkan di bawahnya. Ini memastikan air tidak akan terpercik terlalu banyak, terutama ketika mengeluarkan air panas.
2. TERKINI LAGI. Boleh SELF – SERVICE.
Yang ini bagi aku sangat menarik juga. Berbeza dengan model lama di mana kita perlu menunggu technician datang untuk servis penapis air kita, bayangkan situasinya apabila technician mempunyai banyak rumah pelanggan untuk dikunjungi. Kadang-kadang, penapis air kita sudah lewat lebih 6 bulan untuk diganti dan rasa air pun dah berubah.
Dengan model terkini ini, kita boleh servis penapis air tersebut sendiri. Penapis ini pun hanya perlu PLUG & PLAY. Ini adalah yang pertama di Malaysia, di mana LG akan menghantar penapis ke rumah kita untuk diganti apabila tiba masanya.
Tadi aku kata, kita boleh tukar filter tu sendiri apabila tiba masanya. Tapi, bila sebenarnya? Haaa… yang ini aku akan ceritakan lebih lanjut tentang model terbaru ini di point no. 4 nanti.
Selain itu, kita juga boleh melakukan pensterilan penapis air sendiri. Tak susah pun, hanya perlu tekan butang seperti dalam gambar di bawah.
“Outlet Sterilize” adalah untuk mensterilkan muncung air bila-bila masa yang kita mahu.
“Internal Sterilize” adalah untuk mensterilkan paip dalaman seminggu sekali dengan kebersihan 99.99%, atau kita boleh tekan secara manual.
4. TEKNOLOGI PINTAR (SMART FEATURES)
Ini adalah salah satu aspek yang aku suka tentang Penapis Air WD516AN. Terutama dengan penggunaan teknologi moden, ia benar-benar membantu kita dalam membuat keputusan. Terdapat tiga fungsi pintar yang ditawarkan.
Teknologi Voice Guidance atau bimbingan suara ini akan “bercakap” dengan kita untuk memberitahu bila perlu mensterilkan penapis air, bila tiba masa untuk menukar filter sendiri, dan memberikan bantuan untuk tetapan lain.
Selain itu, jika tak mahu mendengar suara tersebut (LOL), boleh juga melihat indikator untuk mengetahui bila perlu menukar filter. Tak perlu risau atau pening.
Jika mahu lebih canggih, anda boleh menganalisis sendiri penggunaan air bulanan, memeriksa kerosakan, atau melihat tempoh penggunaan penapis air melalui aplikasi LG ThinQ di telefon sahaja. Asalkan ada WiFi.
5. TERBARU, Paip Dalaman Stainless Steel.
Selain ianya tiada tangki (Tankless), sistem paip dalamanya juga adalah diperbuat dari Stainless Steel. Bermaksud, tidak seperti model lama Yang mana paip dalamannya perlu ditukar setiap 12bulan, untuk penapis air model terbaru ini TIDAK PERLU TUKAR paip dalamannya. Keseluruhannya adalah stainless Steel. Jadi, tak perlu lagi risau tentang paip getah yang perlu diganti. Dengan paip stainless steel ni, mudah sahaja untuk di sterile. Boleh self-servive dengan tekan butang Internal Sterilize yang aku bagitau diatas.
Apa yang aku suka tentang Penapis Air LG ini adalah kemampuannya menapis air dan menghasilkan air mineral. Ya, ia TIDAK menghasilkan air RO, tetapi air mineral. Penapis air LG terkini ini mempunyai 4 proses penapisan. Proses 1 membuang segala bendasing dalam air, manakala proses 2, 3, dan 4 adalah untuk menapis virus-virus (rujuk gambar di bawah). Mineral dalam air TIDAK akan ditapis kerana badan kita memerlukan mineral tersebut apabila kita minum nanti.
6. TERBARU, Setting butang Volume Air.
Berbeza dengan model terdahulu yang hanya memiliki setting volume 120ml, 500ml, dan 1000ml, model terkini memiliki pilihan seperti di gambar dibawah. Tambahan pula, terdapat butang setting volume 250ml, memudahkan untuk menuang air ke dalam cawan atau gelas.
Selain itu, terdapat juga butang pengaturan Continuous… Lebih baik jika kita ingin menampung air bersih untuk masa yang lebih lama tanpa perlu sentiasa menekan butang itu. Sebagai contoh, apabila ingin menggunakan air untuk memasak nasi… Ini cuma sebagai contoh, ya. Anda boleh merujuk gambar untuk butang Continuous tersebut.
Dari apa yg aku cerita diatas, rasa² nak tau harganya?
7. PAKEJ HARGA YANG MENARIK, kali ni.
Untuk model WD516AN, ianya didatangkan dengan Pakej Bulanan serendah RM65 RM60 dan Pakej Tunai (Cash Outright) serendah RM3200. Butiran seperti berikut:-
Harga bulanan yang ditawarkan tu bergantung kepada pilihan pelanggan samada perlukan technician datang untuk servis atau tidak. nak lagi jimat, hanya service sendiri sahaja setiap 6 bulan. JIMAT bulanan tu tuan – tuan dan puan – puan.
Nak info tempahan atau promo terkini? boleh wasap untuk lebih info di http://LGpenapis.wasap.my
Nak tau tentang Model lama, klik SINI
One Reply to “Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!”