Halatuju selepas SPM

Zaman sekolah telah berakhir, dan ramailah yang bercita2 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang2 yang mereka inginkan (ataupun yang diinginkan oleh ibu dan bapa). Bagi yang dapat keputusan yang tidak membanggakan, mereka juga mempunyai halatuju selepas SPM tersendiri.

Penambahbaikan Sistem Pendidikan Kita

Sejak sekian lama, sistem pendidikan yang berasaskan akademik telah digunapakai di negara kita. Dan sekian lama itu jugalah kita telah dimomokkan dengan perlunya kejayaan yang berasaskan jumlah A@A+ bagi menentukan halatuju selepas SPM dan bagi menjamin masa depan seseorang itu. Mungkin bukan semua orang berpandangan sebegitu namun, kerap kali kita dengar dari mulut ahli keluarga sanak saudara atau rakan taulan “Berapa A anak kau dapat?” membuatkan kita yang terpengaruh dengan “propaganda” kepandaian seseorang. Hakikatnya, jika kita amati situasi begini sebenarnya mewujudkan satu polemik yang boleh dikatakan tidak sihat kerana ianya lebih fokus kepada yang “berjaya” dari yang kurang bernasib baik.

Mungkin istilah keberjayaan seseorang itu adalah sangat subjektif kerana ia juga perlu diambil kira tentang usaha dan minat yang mendalam dalam sesuatu perkara, dan bukan hanya melihat dari segi tinggi rendah IQ atau keputusan belajar seseorang. Idea “pendidikan kepada semua” seharusnya dilihat dalam sudut yang lebih dinamik dimana keupayaan seseorang untuk belajar sesuatu perkara itu bergantung kepada tahap minat dan kebolehan pemahamannya. Jika ini tidak dapat dilihat, dari satu sudut ianya mewujudkan beberapa golongan; golongan “pandai” dan “tidak pandai” dan dalam konteks pandangan masyarakat dinegara kita, itu sahaja sudah cukup untuk melabelkan tahap “keberjayaan” seseorang dan halatuju selepas SPM.

faireducation

Sekiranya kita lihat gambar diatas, setiap orang mempunyai bakat2 tersendiri. Namun tidak dinafikan, terdapat matapelajaran2 tertentu yang menjadi matapelajaran standard atau benchmark untuk masuk ke peringkat tertinggi dengan mengambilkira merit2 yang perlu untuk melayakkan seseorang itu. Namun, jika lihat dari konteks itu sendiri, kita sudah sebenarnya meminggirkan golongan2 yang tidak layak ini lantas menghadkan halatuju selepas SPM. Mungkin kita sudah boleh kembali melihat konteks pendidikan yang berbentuk akademik dan juga yang berbentuk kebolehan supaya ianya dapat mengajar pelajar2 kita untuk menentukan halatuju selepas SPM dan memilih apa yang mereka mahu jadi atau lakukan apabila dewasa kelak agar boleh dikategorikan sebagai seorang yang “berjaya didalam bidang yang di ceburi”. Tiada lagi wujud golongan “bodoh” hanya kerana tidak berjaya didalam akademik kerana golongan2 begini sekiranya dilatih dengan kemahiran2 tertentu boleh, diulangi, BOLEH memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Kini, dapat dilihat kerajaan telah mengambil satu pendekatan yang baru dengan mewujudkan Kolej2 teknikal, Giatmara, Politeknik, kolej komuniti etc bagi memberi peluang kepada golongan yang tidak dapat ke IPT untuk mendapatkan pendidikan. Ini adalah satu peluang yang seharusnya di kejar bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka dan meluaskan halatuju selepas SPM. Namun begitu, golongan2 yang rasa tidak boleh untuk mengejar akademik disekolah juga sepatutnya mempunyai kesedaran untuk berjaya. Maka, untuk berjaya perlunya usaha yang lain seperti belajar menjadi mekanik, petani moden, tukang masak, belajar menjahit, belajar teknikal, usahawan dan lain2. Tidak perlu fokus kepada jawatan2 professional seperti doktor, lawyer atau engineer kerana banyak lagi perkara yang menjana pendapatan yang lumayan dan boleh berjaya.

Keputusan SPM baik tetapi tidak dapat IPTA

Perkara ini juga sekarang menjadi tanda tanya lebih2 lagi kepada lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Bagi pelajar yang mendapat semua A didalam matapelajaran, peluang untuk mendapat IPT memang terbuka luas namun bagi mereka yang mendapat 5A atau 7A, kadang2 mereka tertanya2, untuk menentukan halatuju selepas SPM, kenapa ada antara mereka yang tidak dapat diterima permohonan mereka itu.

Kenapa begitu? Mengikut analisa yang dibuat oleh Perunding Halatuju Pendidikan, terdapat beberapa kesilapan andaian yang dibuat oleh pelajar2 lepasan SPM ini. Sebelum itu, diberikan contoh merujuk kepada kes keputusan sebenar pelajar bagi mereka menentukan halatuju selepas SPM.

Halatuju selepas spm

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)

“Berdasarkan rajah diatas, Pelajar C digunakan sebagai benchmark; mendapat 5A dalam matapelajaran utama dan B & C dalam matapelajaran lain.”

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Berdasarkan kepada rajah di atas, dibawah ini perincian bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan itu.

Pengiraan Merit

Pengiraan Merit

Sebagai Perbandingan dan Panduan

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah.
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah.
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Andaian SALAH yang dibuat oleh calon.

Calon A (calon aliran sains) yang ingin meneruskan pengajian (double degree) dalam bidang pengajian Asasi Undang2 dan, Undang-undang & Syariah mengandaikan bahawa secara logiknya untuk menjadi untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam, mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah adalah sangat penting. Namun begitu, beliau tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.

Calon B, keadaan yang sama juga baginya namun agak malang sedikit kerana hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematik – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA.

Rumusan dan panduan.

  • Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut.  Bagi aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain. Dan bagi aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain.
  • Disamping itu, pelajar semestinya memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon.

Tips memohon pengajian di Matrikulasi

Terdapat satu perkara yang perlu diambil kira bagi pelajar2 yang ingin memasuki Matrikulasi, walaupun terdapat lagi pilihan2 popular yang lain seperti A-level dan Asasi. Ramai yang tidak mengetahui perkara ini iaitu selain dari syarat2 standard yang perlu semasa mengisi borang kemasukan ke matrikulasi, pelajar SPM yang mendapat A+@A dalam matapelajaran Kimia akan disenaraipendek terlebih dahulu dalam pemilihan pelajar. Bermaksud bagi pelajar yang ingin mengambil jurusan sains di Matrikulasi, keputusan subjek Kimia adalah subjek yang difokus terlebih dahulu baru diikuti oleh keputusan subjek2 lain. Oleh yang demikan, bagi pelajar yang ingin memasuki Matrikulasi, disamping mengejar A dalam semua subjek SPM, pastikan kimia anda juga mendapat A+/A sekaligus dapat menentukan halatuju selepas SPM.

*PEACE*

Sumber:
PERUNDING HALATUJU PENDIDIKAN (002186479-K)
Membentuk masa depan murid tidak bijak akademik

Visited 1 times, 1 visit(s) today