Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden

Pernah dengar ttg Mesin Basuh Pengering LG Electronics? Tp sebelum tu, ramai diantara kita yang suka bebenar basuh baju lebih2 lagi bila musim perayaan kat Malaysia ni. Mana taknya, semua anak beranak datang bertandang kat umah dan konfem banyak baju yang hendak di basuh. Yang paling membuatkan mak2 n mummy ni terkesan ialah masa nak jemur. Banyaknya nak jemur! Ampaian plak limited! Jemur pagi, petang baru kering! Tu belum kira masa abis untuk lipat baju lagi kan? Itu adalah satu senario yang biasa mak2 ni hadapi.

Tu belum cerita lagi, kehidupan seharian mak2 n daddy2 kat rumah yang bekerja. Bila masanya nak basuh baju? Konfem la setiap weekend. Kumpul baju dan basuh, pastu sama kes macam kat atas tadi. Masalah tempat, masa menunggu, dan tenaga pun hado.

Biasa dengar Pengering Baju? Haa. Kalau biasa dengar, korang mesti ambil tahu tentang mesin basuh pengering LG ini. 2 in 1 tau.

Mesin Basuh Pengering LG

Dengan Mesin basuh pengering LG ni, ianya mampu mengurangkan masa  dan tenaga Mummy2 tu untuk urusan baju sehingga 50%. Orang kata “Kerja mak – mak ni tak pernah abis”, kan? 

Ok. Jom kita lihat ciri menarik yang ada pada LG Washer Dryer ni.

 

Pertamanya, ianya menggunakan teknologi Inverter Direct Drive.

Mesin Basuh Pengering LG

Dengan teknologi ni, mesin basuh pengering LG ni tidak akan menghasilkan bunyi yang terlalu kuat atau bising disamping ianya akan menjadi lebih tahan lama dan juga mempunyai waranty selama 10 tahun u’alls. 

 

Kedua, Washer & Dryer (2 in 1)

Mesin Basuh Pengering LG

Ini sememangnya adalah salah satu perkara yang melengkapi semua ciri2 lain. Dengan washer dan dryer ini didalam satu mesin, sudah semestinya ianya dapat menjimatkan ruang didapur (atau dimana sahaja mesin ini diletak). Selain itu, mesin ini juga boleh membasuh dan mengering didalam satu masa (Non stop wash to dry). Tidak perlu nak pindahkan pakaian lembap ke dryer yang berasingan. Mudah kan?

 

Ketiga, 2 Program Pengeringan (Eco Dry & Water Dry) yang menakjubkan.

Bagi fungsi Dryer pula, terdapat 2 kaedah yang boleh kita set. Dengan penetapan set ECO DRY, pengering ini mampu menjimatkan 100% penggunaan air sejumlah lebih kurang 6,000 liter setahun. Bayangkan berapa air yang kita guna untuk basuh baju sahaja.

Manakala penetapan set NORMAL DRY ni pula mampu menjmatkan masa pengeringan sehingga 6minit untuk setiap kg. Jimat masa juga utk tak perlu menjemur dan tunggu kain kering bukan?

 

Keempat, dilengkapi juga fungi TrueSteam™

 

Teknologi TrueSteam™ ni juga sangat membantu dalam setiap basuhan. Ianya mempunyai ciri penjagaan baju dari allergi dan ciri steam baju. Steam baju ni dapat mengurangkan baru dari terlalu berkedut selepas basuhan dan pengeringan. Malah terdapat juga fungsi Steam Softener yang dapat melembutkan baju dengan menggunakan air 100%, tak payah guna softener pelembut yang berada dipasaran tu tau. huhu

 

Kelima, terdapat 6 set Motion pemutaran pembasuhan

Mesin Basuh Pengering LG

Lihat sahaja anak panah pemutaran digambar diatas. Jadi, dengan penyediaan 6 fungsi putaran, kita boleh membuat basuhan mengikut jenis baju atau jenis basuhan yang kita perlukan. Bergantung samada kita perlukan basuhan yang kuat, mungkin untuk kotoran degil, atau juga basuhan yang delicate (lembut) untuk jenis kain yang agak sensitif pada basuhan kuat.

 

Akhir sekali, teknologi SmartThinQ™

Teknologi ini mmg tidak asing bagi kebanyakan Model LG yang berada dipasaran. Dengan SmartThinQ™, kita boleh menggunakan smartphone kita untuk melakukan operasi pembasuhan secara remote (BUKAN secara Online ye..) dan melakukan self-diagnose sekiranya terdapat masalah.

 

Itulah antara kelebihan atau ciri2 bagi mesin basuh LG Washer Dryer Hybrid ni. Memandangkan harganya juga agak exclusive, kini LG bakal memberikan kemudahan bulanan dan pelan servis seperti mana untuk produk2 LG seperti penapis air Tankless dan Penapis Udara LG 360°

Nantikan pengumuman dari LG pada bulan Ogos 2020, yang sememangnya akan memberikan kemudahan ansuran dan pelan penyelenggaraan berkala yang menarik untuk kita memiliki atau menggunakan Mesin Basuh LG Washer Dryer Hybrid ni. Boleh juga follow blog ini untuk dapatkan informasi terkini nanti yang akan saya maklumkan disini. 

 

Jum Tonton Video

Sambil2 tu, cuba tengok video dibawah ni dan apa pendapat korang? Leave your say in the comments ya. 

adieu….

 

P/s;

Kalau Korang peminat produk LG, boleh cube pula baca pasal Penapis Air Tankless, Penapis Udara LG 360° dan Peti Sejuk Pintu Lutsinar.

Visited 1 times, 1 visit(s) today

2 Replies to “Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden”

  1. berapa harga.
    sesuai tak utk kedai perkhidmatan dobi.
    Boleh di byr secara ansuran. Klu boleh mcm mn caranya.

  2. Roperto @ Cristopher Eduardo says:

    Harga satu set berapa ya?

Comments are closed.