Kempen Sokong Produk Muslim, ini adalah sesuatu yang penting untuk kita lihat sekarang. Ada yang menganggapnya sebagai isu penindasan bangsa lain dan ada yang menganggap ianya satu isu membantu sesama muslim. Namun kita perlu melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh kerana diakhirnya, kita yang akan berbelanja untuk menggerakkan ekonomi negara.
Dari segi pandangan ahli politik, ada yang mengatakan ianya tidak selari dengan perlembagaan sekiranya kempen Buy Muslim First (BMF) diadakan. Namun, sebagai individu di Malaysia yang akan berbelanja samada untuk dirinya atau keluarga, sememangnya ia bergantung kepada keutamaan seseorang itu sendiri untuk membantu menggerakkan ekonomi. Tidak timbul isu beli dari siapa, muslim atau non-muslim. Jika dia rasa nak sokong produk muslim, apa salahnya..
INI BUKAN BOIKOT!
Dan bagi aku, ya aku akan juga beri keutamaan membeli produk muslim. Namun aku tidak juga “boikot” produk lain kerana kita tahu, ada beberapa produk yang semenangnya diusahakan oleh syarikat selain muslim tetapi mempunya sijil halal. Jika kita boikot, dimana kita nak beli nanti? apa kita nak guna atau makan?Jadi kempen BMF yang sedang dijalankan ini mempunyai kaedah2 yang boleh kita ikuti bertepatann dengan kehendak kita beli barangan tersebut.
Antara kaedah yang dicadangkan dalam kempen BMF ini adalah seperti berikut:
-
-
- Beli produk Muslim di kedai pemiliknya Muslim.
- Jika tiada kedai pemilik Muslim yang berdekatan, beli produk Muslim di kedai pemilik bukan Muslim.
- Jika tiada produk Muslim, beli produk bukan Muslim di kedai pemilik Muslim.
- Jika tiada produk dan kedai Muslim, beli di kedai bukan Muslim yang pekerjanya ada Muslim.
-
TIADA PAKSAAN DALAM KEMPEN SOKONG PRODUK MUSLIM
Ya, kempen yang sedang berjalan ini adalah bebas untuk diikuti atau tidak. Ini kerana seseorang itu mempunyai keutamaannya sendiri dan jika ada antara kenalan atau rakan2 kita yang tak nak ikut kempen ini, JANGAN la sampai nak cop mereka tu “kaki jilat XXX” ke, “tak tau agama” ke “macai” ke. Tak payah la nak cemuh mereka. Apa yang penting, jika kita nak buat, kita secara tak langsung telah join group yang menyokong ni secara senyap2. Apa ada hal. Kita sokong la secara dalam diam. Tu lagi bagus. Jangan ancam orang lain, jangan ancam agama orang lain, dan jangan ancam bangsa lain.
Pun begitu, dalam menjayakan kempen ni dua2 pihak; pembeli dan penjual perlu mainkan peranan mereka.
Peranan Pembeli Muslim.
- Ikhlas dalam menolong menggerakkan ekonomi muslim. Jika betul2 nak support, utamakan pembelian barang mengikut kaedah diatas. Yang penting Ikhlas nak bantu ekonomi muslim tu. Kena ubah mentaliti yang kempen ni BUKAN TREND dan perlu dibuat secara berterusan sampai bila2.
- Usah terlalu mengambil kesempatan terhadap peniaga muslim seperti tawar menawar yang keterlaluan, atau hutang masuk buku 555, atau minta “diskaun adik beradik sedara sepupu sepapat”. Ini adalah perkara yang secara tak langsung membantutkan pergerakan ekonomi muslim kita tu sendiri. Jangan jadi “dasar melayu, semua nak amik kesempatan”.
Peranan Penjual/Pekerja Muslim.
- Adab kepada pembeli tu penting. Kadang2 itu adalah perkara simple yang tak mudah nak kita buat antaranya berikan senyuman kepada pelanggan, atau ucapan selamat datang juga dah memadai jika tidak mampu senyum (ye la, mana tau ada masalah lain dalam diri kan).
- Tawarkan juga bantuan kepada pelanggan jika mereka terpinga2 atau tercari 2barang dikedai tu atau tanya apa yang boleh dibantu. ini adalah gesture yang digemari pelanggan dan boleh menarik pelanggan ke kedai itu semula. Sebab apa? Kerana pelanggan akan ingat kedai yang mesra pelanggan dan akan kerap dtg. Jika peniaga / pekerja di kedai non-muslim boleh buat perkara mudah ini, mengapa tidak di kedai muslim!
Penutup
Kesimpulannya dalam kempen mengutamakan produk Muslim ini, kedua-dua pihak samada peniaga atau pelanggan perlu memainkan peranannya. Niat ikhlas nak bantu satu sama lain, jaga adab dan hubungan sesama pihak dan tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Bantulah atas nama persaudaraan agama dan bangsa, bukan gunakan persaudaraan agama dan bangsa untuk kepentingan masing-masing. Ingat, kita SOKONG Produk Muslim dan bukan boikot produk non-muslim.
Nak List Produk atau Nama Perniagaan Muslim? Klik link dibawah and you’ll be surprised, even some popular companies are owned / invested by Muslims.
>>Download Ebook Senarai Produk Muslim terbitan BBCD<<
Adieu