10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix

THERMOMIX: Kehendak atau keperluan?

Pengenalan aku dengan TM6 ni bukan je baru-baru ni pun. Malah sejak tahun lepas lagi sewaktu PKP 1 bermula bila isteri aku tunjuk satu video tentang “mesin masak sendiri”. Punya la skeptikal aku dengan ideanya semua boleh dibuat sendiri oleh mesin tu sampai aku sendiri tgk video dan mempersoalkan, mana boleh masak sendiri. Kita juga yang perlu buat semua tu. Cuma apa yang aku gagal lihat pada masa tu ialah TM6 ni memudahkan kerja kita apabila hanya dengan satu alat sahaja dah merangkumi beberapa alat asas didapur.

Bukan itu sahaja, aku juga beranggapan jika satu mesin tu boleh buat byk kerja dalam satu, tak perlu la guna semua laat dirumah tu. Membazir je nanti.Tu pun satu yang aku gagal Nampak, TM6 ni memudahkan rutin masak kita seharian untuk satu keluarga, alat2 lain tu boleh digunakan juga kalua kita nak masak dengan banyak atau untuk tugasan yang lebih berat. Cumanya, kalau kita masak hanya untuk satu family, tak perlula nak dikeluarkan semua barang2 tu.

 

Skeptikal yang perlu dilangkaui.

Pada aku ini sesuatu yang sangat subjektif, namun sebelum mereka merasakan yang alat ini hanyalah satu alat “All-in-one”, maka mereka akan menjadi lebih skeptikal untuk cuba memahaminya. Pertama, mereka akan kata mahal dan hanya sesuai untuk mereka yang berada / kayangan / business owner bla bla bla. Kedua, jika pun mereka mampu memiliki TM6, mereka akan beranggapan satu pembaziran kerana telah beli alat2 memasak yang lain, jadi TM6 akan jadi satu yang barang yang tak akan digunakan juga nanti.

Untuk mereka melangkaui skeptikal yang ada, mereka perlu lihat alat ini secara menyeluruh, bukan sebagai satu gajet, tetapi sebagai satu keperluan lain untuk memasak. Dimana prosesnya sama sahaja sebelum kita nak masak; sediakan bahan2 dan mula memasak.

Namun yang paling utama tentang TM6 ini ialah fungsinga yang boleh menjadi alat yang memberikan kita “PANDUAN” untuk memasak resepi2 yang baru, mengenali makanan2 yang baru, mencuba masakan2 yang lain dari lain. Dengan hanya satu connectivity wifi 7 Internet, TM6 akan menyediakan kita beribu2 malah berpuluh ribu resepi yang boleh kita pilih hanya dengan menaip nama2 makanan atau nama2 bahan makanan di ruangan search.

Tak pandai masak? Mereka bantu. Ikut je resepi yang perlu.

Takut tak jadi? Kebiasannya bila tak jadi tu bukan kerana alat, tp kerana cara kita salah atau bahan tu perlukan brand atau substitute barang yang lain. Tp pendekata, ianya tetap menjadi.

Malah, aku telah cuba berpuluh2 resepi di TM6 dan boleh kata hanya 2% atau 3% je tak menjadi, itu pun kerana aku skip bbeerpa bahan yang susah cari atau akum mg tak ikut sukatan bahan2 yang disediakan tu.

Jadi, TM6 ni juga adalah sesuatu keperluan  untuk memudahkan kerja kita sama seperti alat2 yang lain. Sama je seperti keperluan lain;

Orang guna penapis air, sebab nak mudahkan kerja bancuh susu anak, buat minuman sedap2, minum air yang bersih.

Orang guna mesin basuh, sebab nak memudahkan membasuh pakaian yang melambak2 kalau anak2 ramai, atau mudah nak basuh pakaian2 baby dengan setting lembut.

Org guna peti sejuk, sebab nak simpan makanan agar masih fresh, atau mudah nak buat air batu atau simpan air sejuk.

Orang guna dryer, sebab takde ruang untuk sidai baju di rumah dia, atau nak cepat kering sbb selalu kerja outstation

Orang guna dishwasher, sebab nak mudahkan kerja dia basuh pinggan mangkuk sekali jalan.

Hatta ada orang teringin sangat nak mesin baju yang boleh terus iron, ada je, tengok je LG styler. Aku tau sebab aku pun agen berdaftar untuk LG.

 

Jadi, sudah semestinya TM6 boleh menjadi satu keperluan sebab kita boleh guna untuk memudahkan cara masakan, variasikan masakan dirumah, masak makanan yang berkhasiat (tanpa minyak), memasak resepi2 kek dan kuih yang baru, dan macam2 lagi.

10 sebab kenapa aku pilih Thermomix

1. Niat untuk bantu isteri memasak mana yang boleh.

Sebelum adanya Thermomix ni, biasanya wife aku yang masak apabila aku keluar bekerja. Buat sarapan, lunch dan dinner untuk kami anak beranak. Oleh kerana dia ni surirumah dan juga telah menjadi seller online, aku sering kesian tgk dia yang kadang2 bertungkus lumus masak untuk anak2 makan, walaupun aku selalu cakap kalau tak sempat takpe, kita makan kat luar je. Tp tu la, naluuri seorang ibu yang nak bagi anak makan. Awal2 dulu setakat aku n dia je laki bini, selalu je makan kat luar. Teringat zaman2 belum ada anak lagi.Tapi tu lah, dengan PKP yang bermula ni, aku ambil peluang untuk dapatkan TM6 ni dan bantu isteri masak dirumah. Sekurang2nya dapat la aku masak jugak untuk kitorang ni makan time dia sibuk ngan bisnes dia. Kadangkala jadi rutin, aku siapkan bahan n masak, manakala wife aku pula tolong kemas je.

 

2. Minat dah bertukar

Antara part yang aku suka juga sekarang ni ialah baking. Aku tak sangka nak masak kek ke, scones ke, atau yang berkenaan dengan baking ni best gak. Sebenarnya, sejak aku kawin, aku takde sangat peralatan buat kek ni. Lagipun, wife aku ni mmg jenis yang jarang buat masak kek2 ni. Paling yang aku ingat dia suka masak red velvet cup cake je. Dia terer masak tu je. *haha* Tu pun rasanya dah tak buat lagi sejak 2016 selepas jadi online seller. Mmg dah lama.Kini dengan adanya TM6, aku pun dah pandai bake weyh.. Tak la terrorist sgt, tp setiap kali buat ikut resepi yang ada dalam TM6 tu, mmg tak mengecewakan lah. Paling teruk pun rupanya sahaja yang kadang2 tu tak jadi, tp rasa tetap sedap. Nak prepare bahan pun tak lama. Nak masak bun? Aku dah buat. Chocolate cup cake? Aku dah buat. Cookies? Aku dah buat? Malah cinnamon rolls pun aku dah buat. Memang best lah. Walaupun kadang2 tu macam takde masa, tp bila dah mula, terus ada masa. Anak2 pun sebuk nak tolong (mengacau) sama.

 

3. Mixing bowl serbaguna.

Aku dapat pelbagaikan menu masakan setiap kali guna TM6. Part ni aku dapat rasakan betapa mudahnya guna TM6. Sebelum ni sewaktu aku bantu wife masak, ada masanya aku terpaksa keluarkan blender la, guna batu lesung la, keluarkan mixer la untuk buat pes atau doh atau sebagainya. Yang paling merenyahkan ialah part basuh semua perkakas2 tu selepas guna. Jika ada doh yang dah melekat melekit, pasti susah nak tanggalkannya.

Sebab tu aku kata mudah dengan TM6 ni, sebab setakat nak chop, nak menumis, nak menguli, nak mengisar semua boleh buat dalam 1 bowl sahaja. Lepas guna pun boleh terus isikan air dalam bowl tu dan tekan je button pre-wash untuk tanggalkan kesan2 makanan seperti kerak, doh atau sebagainya sebelum kita bilas / cuci mixing bowl tu. Mudah kan?

 

4. Resepi – resepi  di Cookidoo.

Ada banyak sangat resepi yang boleh dicuba melalui website Cookidoo. Dalam tu ada berpuluh ribu yang boeh kita cuba, wlaupun bukan semua yang menjadi favorite aku kerana ada juga bahan2 yang susah untuk aku dapatkan atau guna (kerana ada guna bahan yang tak halal juga), namun ada byk juga yang boleh kita explore.Jika guna bahan yang tak halal, boleh cari substitute barang yang halal, contoh, white wine tu anti dengan cuka masakan, atau kalau ada guna Stout tu boleh digantikan dengan air soda bergas.

Memang byk je resepi best yang kami sekeluarga suka dan aku masih tgh explore ni dan sampai sekarang pun belum habis list resepi yang nak dicuba dari Cookidoo. Lebih 70 ribu resepi dari serata dunia ada dalam tu bilanya nak abis tgk. Haha

Satu lagi, Cookidoo ni boleh synchronize dengan Thermomix kita. So, bila aku search di website melalui fon, aku boleh link kan resepi tersebut ke TM6 aku dan apabila tiba masanya aku nak masak, aku hanya perlu tekan “Start Cooking” dan TM6 tu akan tunjukkan bahan2 yang perlu dimasukkan dalam bowl.  Sebab tu aku cakap, org tak pandai pun masih boleh masak. Janji ikut je resepi yang digunakan tu. Peduli apa org kata yang masak tu “mesin”. Asalkan yang handle mesin tu adalah orang, so orang la yang masak tu.

Nak tau cara dapatkan Resepi Percuma di COOKIDOO Thermomix? klik bit.ly/resepibesttm6 dan ikuti langkah2 di video dibawah

 

5. Bibik German

Saya perlukan Bibik untuk bantu saya masak. Hahaha. Aku beranggapan dengan adanya TM6 ni boleh la berfungsi sebagai “seorang bibik”, walaupun tanpa tangan kaki dan kepala, tapi boleh bantu aku kat dapur weyh. Takde la sampai nak minta tolong amikkan ayam dalam ftreezer, atau tolong masukkan bahan2 tu dalam TM6 mixing bowl, tak la gitu. Gila ko. Ingat robot ke? Hahaha

Tapi, sebaik2 TM6 aka bibik German ni mampu untuk kacaukan masakan saya dalam bowl supaya tak hangit, boleh jaga suhu semasa memasak supaya dapatkan kekalkan nutrisi pada makanan terutamanya sayur sayuran ni, boleh tolong kacau santan tanpa pecah minyak, boleh tolong tumis tanpa terlalu kering, boleh tolong ulikan doh, boleh tolong jaga air bila steam ikan, dan macam2 lagi lah.

 

 

6. Manfaatkan masa.

Dapat luangkan masa sewaktu tunggu masakan tu siap. Ada resepi yang mempunya masa untuk complete agak lama. Tader hal la kalau nak biarkan je dulu sendiri. Ada byk perkara boleh buat dalam masa sedang memasak tu. Siap boleh tinggalkan n basuh2 pinggan, tengok2 anak dan main2 ngan anak kejap, borak2 ngan wife kat ofis kecik dia, dan macam2 lagi.

Tak semesti kita perlu tunggu depan2 TM6 tu. Bila dah siap satu2 proses masakan tu, nanti akan ada alarm untuk ingatkan kita. Kiranya macam dia panggil kita “wei, sambung proses lain ni!” atau “Dah siap dah, boleh mencekik”. Hahaha

Jadi, boleh letak dan tinggal, siap jem strawberi anak makan dengan scones.

Boleh letak dan tinggal, siap rendang ayam untuk makan tengahari. Nak merendang hari-hari pun tak susah mana, cuma jemu je pulak nanti akan rending hijau tu hari2.  

 

7. Ada lebih 20 fungsi dalam satu gadjet.

Yang ni menarik. Antara yang aku boleh kongsikan apa yang aku buat ialah:-

        • Kisar gula batu sampai jadi debu. Pernah terbuka measuring cup, berterbangan gula hancur tu macam salji.. Haha.. Untuk kisar beras jadi tepung beras pun boleh!
        • Uli doh untuk masak pizza hanya 2 minit, tapi hasil lembut yang amat. Pastu 1 doh tu boleh buat 3 pizza. Kenyang amat makan satu beranak.
        • Nak timbang pun tak susah. Built in scale ada sebab tak perlu timbang asing dalam bekas lain pindah randah.
        • Sous vide, untuk buat salmon dan lamb. Yang ini best wooo
        • Fermentation, untuk buat yogurt. Pernah buat yougurt sendiri? Ke asyik belli je.
        • Sugar stage, untuk buat lollipop.
        • Thicken mode, untuk pekatkan sos cili.
        • Slow cook, untuk masak sup tulang dengan suhu rendah dan hasilkan sup yang lebih sedap.
        • Warm up, untuk panaskan makanan yang berkuah dengan suhu terkawal.

Pendek kata, ikut kreativiti kita nak guna macam mana untuk setiap fungsi tu. Tak kreatif? Tak pe, boleh rujuk je cookidoo untuk masak makanan yang tak pernah buat pun.

 

8. Guna ruang yang minimum.

Tak banyak ruang pun nak guna. Masa mula2 aku terima TM6, kotak dia bapak besar. Aku dah fikir mana pulak nak letak TM6 aku tu. Tp lepas unboxing, ala, tak la besar mana. Boleh je sesuaikan di mana2 tempat sebab tak makan ruang yang byk pun.Dalam kes aku, aku letak je bersebelahan penapis air LG aku. Mudah nak capai air bila aku nak bake kuih nanti. (bukan tu la niatnya, tp Nampak cool duduk sekali dengan gajet2 ni) huhu

Seperti aku cakap kat atas, aku takde la byk peralatan memasak yg lain, hanya ada blender, mixer. Oven dan microwave. So tak la juga aku perlu sacrifice alat2 lain aku sebab semuanya tu masih guna kalau aku masak kek guna TM6, especially oven. Kecuali mixer aku tu, dah rosak. Buang je.

Nampak, tak ke jimat banyak ruang di dapur tu. Siapa yang suka minimalist kitchen, atau tengah plan nak renovate dapur, baik korang plan jugak untuk dapatkan Thermomix lebih awal.

Supaya boleh agak, barang apa yang dah tak diperlukan di dapur lepas ada Thermomix. Jimat banyak sangat kos dapur korang kalau plan awal tau. Atau sesiapa yang baru nak berumahtangga, pelan la beli TM6 ni. Tak perlu bayar cash, buat je plan instalment.

 

9. Gajet keperluan kehidupan.

Ada penapis air? Ada penapis udara? Kalau aku boleh dapatkan penapis air untuk keperluan air bersih, kalau aku boleh dapatkan penapis udara untuk keperluan udara bersih untuk isteri dan anak yang ada asma, kenapa aku tak boleh dapatkan TM6 untuk memudahkan urusan masak?Beberapa bulan jugak aku kaji tentang TM6 ni.

Apa respon mereka yang dah guna. Apa resepi yang boleh masak. Ada payment plan ke tak. Boleh buat side-income ke tak. Ada mentor ajar masak ke tak. Ada grup geng2 yang masak ke tak. Setelah sekian lama, baru lah aku cadang nak angkat TM6 ni.

 

10. Harga bukan halangan.

Harganya mungkin akan membuatkan orang lain tercengang kerana untuk dapatkan TM6 harganya RM7188 RM6988 (PROMO). Tp bayangkan, sekiranya aku nak dapatkan penapis air LG pula aku perlu bayar CASH sebanyak RM5600, tp aku boleh bayar secara bulanan, takkan aku nak dapatkan TM6 secara cash bukan?Kat sini aku dah tau, TM6 ada pelan bulanan yang sesuai bagi mereka untuk dapatkan kebaikan TM6 dengan harga bulanan yang munasabah.

Namun, jika mereka yang mmg ada duit untuk bayar cash, tak salah kalau nak beli secara cash. Urusan untuk aku buat pembayaran tempohari pun mudah je. Semuanya secara online melalui website TM6. Cuma nak dapat TM6 tu perlu tunggu queue la, dan dalam kes aku, dalam 4 minggu baru aku terima sebab skrg ni musim PKP. Tp tak mengapa, asalkan sampai je.

 

Korang sedang mencari TM6?

Baiklah, biar saya terangkan. Saya ni juga seorang TM6 advisor.

 

Untuk memiliki TM6, ianya berharga  RM 7188, sekarang ada promo RM 6988.

Berkenaan pembayaran, ada 3 cara pilihan bayaran untuk miliki Thermomix;

    1. Full payment, guna credit card atau cash. Untuk opsyen ni, ada Free gift yang berbeza jika secara Cash atau secara Credit Card.
    2. Ansuran guna credit card dengan zero interest installment plan, tanpa deposit, bulanan serendah RM 291.20 untuk 24 bulan. Opsyen ini untuk mereka yang mempunyai credit card Maybank, CIMB atau Public Bank sahaja. Bagaimana bank lain? Boleh guna opsyen 1 dan telefon bank anda sendiri untuk tukarkan ke payment plan bulanan. Caj admin bergantung kepada bank tersebut.
    3. Ansuran debit card atau credit card, dengan deposit RM 2988, bulanan serendah RM 222.30 untuk 18 bulan.

 

Untuk info lanjut, boleh KLIK sini ye www.wasap.my/601154304542/SayaNakTauTentangTM6

Saya akan bantu korang untuk sama-sama kita pilih dan sediakan makanan yang lebih sihat untuk keluarga kita dengan menggunakan Thermomix. 

 

 

HealthyCooking ThermomixAdvisor

#kekalmasakdirumah

 

Visited 1 times, 1 visit(s) today