Kad Kredit Kena caj Scam itunes tanpa sedar?

Pernah tak korang tiba2 terima sms begini dari bank berkenaan transaksi scam itunes di Credit Card atau ATM card korang, contohnya begini:-

Scam itunes

RM0.00 BSN: MYR399.90 was charged to your card ending 5120 on 12 Mar 2020 at APPLE.COM/BILL         ITUNES.. If you did NOT perform this txn call 1300881900

Ye, baru2 ni aku telah dicaj sebanyak RM399.90 atas urus niaga online subscription Itunes yg aku tak buat. To my suprise, ianya bukan satu tapi 4 transaksi weyh.. ko bayangkan aku telah dicaj sejumlah hampir RM1600 untuk itunes!

Scam itunes

Untuk makluman, aku tak tahu macam mana perkara tu boleh terjadi sebab aku tidak menggunakan iphone. Aku telah suspek yg ada org telah guna info Kad Kredit utk buat transaksi begitu. Macam mana? Jgn tanya aku , aku tak tau. Continue reading “Kad Kredit Kena caj Scam itunes tanpa sedar?”

Awas! Scam Rekrut Ejen dengan PERCUMA Penapis Air dan Udara

Aku adalah seorang agen penapis air freelance  dan antara perkara yg aku paling tak suka bila ada Modus Operandi agen scam penapis air yang cuba merekrut agen bawah mereka dengan taktik yg tak masuk akal. Ini bukan sahaja akan memberikan kesan buruk, malah memusnahkan reputasi sistem agen lain yang telus dan yang bukan scam. 

Tak masuk akal yg aku maksudkan kat sini ialah bila mereka menjanjikan Komisyen yg besar tetapi tidak perlu bayar installment bagi produk yg telah dipasang untuk diri sendiri (sistem networking). Mungkin korang tak faham apa yg aku cuba sampaikan ni, tapi tak mengapa. Aku akan berikan detail Modus Operandi mereka sebentar lagi.

Cerita Pertama : Menipu Golongan Asnaf

Continue reading “Awas! Scam Rekrut Ejen dengan PERCUMA Penapis Air dan Udara”

Pindah WordPress Domain dan Hosting Tanpa Down Time

Hosting korang buat hal sampai nak pindah domain wordpress? Memang perkara ni kadang2 susah nak jangka. Mana taknya, pada awal2 dahulu, company Hosting tu nampak macam ok. Tapi setelah beberapa tahun, ianya menjadi tak dijangka, contohnya server selalu down, customer service tiada respons, server lambat load, macam2 lah. Tu lah yang jadi pada aku, sedih bila tiba2 blog tak boleh diakses, mula2 seminggu, kemudian 2 minggu dan paling lama sebulan tak boleh akses. BENGANG WOO SERVER DOWN sebab All my life’s work has gone. And so i thought….

Pindah WordPress

Apa yang lebih malang ialah aku terlupa nak FULL BACKUP. Tu la pasal. Dek kerana percaya yang host kita tu akan ok selama2nya membuatkan aku alpa dan lupa backup. Mujur setelah blog aku boleh diakses, aku buat full backup dan dan mula mencari Host company yang baru. Host lama tu terpaksa aku tinggalkan walaupun telah lama dengannya sejak 2014 lagi. Aku tetap tak akan melupakan jasa host lama tu kerana ajar aku macam2 ttng setting di WordPress. Namun begitu, aku terpaksa bertukar kerana masalah server semakin slow dan selalu down.

Jadi untuk elakkan kita hilang segala2 kerja yang telah kita lakukan, buatlah manual backup sebulan sekali walaupun host korang tu ada buat backup juga. At least, kita ada satu backup jika something happens nanti. BTW, setelah aku berjaya jumpa Host Company yang baru, aku mulakan proses transfer Domain Dan Host. Company yang aku maksudkan tu ialah Hostingevo. Ianya pilihan aku kerana menyediakan Storage 20GB untuk 1 blog aku. Aku lebih mementingkan storage dan bandwith over anything else. 

Kat sini aku nak kongsi Cara2 aku Transfer Domain dan Host tanpa risau down time

1. Buat FULL BACKUP (Full download) terlebih dahulu. Continue reading “Pindah WordPress Domain dan Hosting Tanpa Down Time”

8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH

Memang aku tidak pernah terlintas dihati untuk mendapatkan penapis air sebelum ini kerana aku beranggapan ianya adalah seperti satu bebanan kerana akan terikat untuk membayar pada setiap bulan. Tetapi akhirnya, aku telah dapatkan juga penapis air jenama LG. Yang peliknya, aku tidak merasa sedih atau risau, tetapi rasa gembira kerana penapis air yang aku dapat ini bukan sahaja canggih, malah ianya sangat Hygienic dari penapis air lain. Yes!!

Tunggu sekejap! Nak tau tentang PROMO Model Penapis Air dari LG seperti di gambar dibawah ni? Klik https://ezuddin.com/2022/07/model-terkini-penapis-air-lg-boleh-bercakap/

 

Dibawah ni adalah model penapis air jenama LG yang aku telah pasang di rumah (bukan aku la yg pasang, tetapi technician LG juga). Ini ada model awal yang telah masuk dipasaran malaysia, iaitu model WD512AN (Grey) LG Puricare Tanpa Tangki!!

LG Puricare
Model Terdahulu WD512AN

 

Serba sedikit tentang Penapis Air LG Purifier ni bagi sapa yang tak perasan kewujudannya. LG Puricare Tankless Water Purifier ini adalah keluaran LG Electronics Malaysia yang mempunyai teknologi terkini dari Korea Selatan. Dan dengan pelancaran LG Puricare Tankless Water Purifier ini dalam bulan 7 tahun 2019,  matlamat utama mereka adalah untuk memberikan servis bagi mendapatkan air yang bersih yang dapat melindungi kesihatan pengguna dan keluarga rakyat Malaysia.

PADA 14 Julai 2022 yang lalu, LG telah keluarkan model lain WD516AN. Penapis air ini masih lagi mempunyai ciri2 pada model yang sebelum ni, namun ia juga telah didatangkan dengan beberapa fungsi baharu yang lebih canggih.

Baiklah, apa kata kita lihat fungsi penapis Air LG WD516AN yang terbaru ni. dengar kata, mereka sedang menawarkan promo TERKINI yang agak menarik untuk penduduk Malaysia ni. Tu nanti kita cerita, sekarang ni jum lihat ciri-ciri yang ada pada penapis air LG ni.

1. BEKALAN AIR BERSIH DITAPIS TERUS DARI PAIP RUMAH (TANPA TANGKI)

 

Ni paling utama kenapa aku pilih TANKLESS (Tanpa Tangki) sebelum ni Continue reading “8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH”

5 Sebab Perlunya Minum Susu Kambing

“Susu, baik untuk tubuh dan kesihatan”, itu adalah antara moto dan strategi pemasaran yang digunakan oleh industri lembu tenusu untuk meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat berasaskan susu lembu. Setelah sekian lama, kelihatan kempen ini semakin berjaya bermula dari bayi sehinggalah ke orang tua kelihatan mengambil susu lembu sebagai minuman seharian dan bukan susu kambing. Memandangkan populariti susu lembu ini yang dianggap berjaya dan menggalakkan, tetapi dimanakah kebenarannya yang mengatakan susu lembu ini adalah yang terbaik.
 
Susu kambing kini semakin popular diseluruh dunia. Terima kasih kepada kempen dan pemasaran berbajet besar, namun begitu tidak ramai diantara kita yang memahami kebaikannya. Popularitinya ini juga kelihatan berbeza pada setiap negara, mungkin kerana ada pengeluar susu kambing yang terpaksa bersaing dengan pengeluar susu lembu. Namun begitu, kesedaran terhadap kebaikan susu kambing perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar mereka mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah lebih baik dari susu lembu.
 
 

Semua susu tidak sama

Continue reading “5 Sebab Perlunya Minum Susu Kambing”