Nak Delivery Jimat? Guna DELYVA, 2kg hanya RM6.70
Mencari courier atau delivery service pada harga yg berpatutan adalah sesuatu yg agak mencabar bagi online seller. Namun ianya menjadi lebih mudah bagi mereka yang kenal dan pernah guna Delyva.
Seller semestinya tahu, harga courier/delivery memainkan peranan dalam penentuan jumlah harga sesuatu barang. Kita perlu masukkan kos2 yg terlibat didalam harga barang dan jika kos courier ni agak tinggi, ia akan membantutkan niat pembeli. Yg menjadi dalam dilema juga adalah penjual; letak harga rendah takut untung terlalu minima, manakala campur dengan harga courier takut harga terlalu tak munasabah.
Pembeli kadang2 ada yg tidak faham, penentuan harga courier ni jika bukan kerana berat, kita perlu juga melihat saiz barang tersebut. Dan adakalanya saiz yg besar walaupun tidak sampai sekilo akan membuatkan hrga courier melambung. Sebab? Kerana pengiraan KG/m yg membuatkan ianya menjadi agak mahal.
Kadang2 ada pelbagai cara untuk “mencantikkan” harga barang tanpa memberi ruang untuk pelanggan risau pasal jumlah harga yg perlu dibayar (harga barang + harga courier).
Caranya ramai yg tahu:-
-
-
- Masukkan sekali kos pos didalam harga barang, dan offer kepada pelanggan “Free Postage”. Biasa buat?
- Combine barang2 yg hendak di beli utk kurangkan postage. Contohnya beli 1 barang XXX dan postage RM8.00 1kg. Tp beli dua, Free postage. Biasa buat?
- Kadang2 customer hanya nak beli 1, tapi tannak courier. Kita pun serba salah, so kita cuba bg option harga2 courier service. Biasa buat?
- Dan byk lagi la cara2 kita tarik pelanggan dgn memberi pakej harga courier..
-
Pernah Guna Delyva.com?
Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao
Kali ni aku nak terangkan bagaimana untuk chat dengan seller di China menggunakan software Aliwangwang. Bagi yang agak baru dengan website di Taobao dan 1688 ni, mungkin mereka akan terkejut bagaimana otai2 ni membeli secara online di website tersebut sedangkan website tu bertulisan cina.
Ada yang menggunakan skill mereka translate menggunakan google Translate, atau mana2 translation software yang ada. Terus terang, memang itu lah caranya. Atau yang paling mudah, buka website Taobao.com atau 1688.com menggunakan broser Google Chrome dan right click website tersebut dan pilih opsyen Translate to English. Haa. Mudah je.
Namun begitu, itu baru saja permulaannya. Jika korang dah daftar dan ada login ke akaun Taobao, korang dah boleh start membeli. Jika korang belum ada dan nak tau cara buka akuan Taobao, boleh klik dan DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DISINI. Berbalik semula kita, setelah pilih barang yang hendak diorder tu, mungkin ada lagi banyak persoalan yang timbul tentang barang tersebut.
Apa yang boleh kita lakukan ialah kita boleh terus chat dengan seller untuk bertanyakan soalan2 yang penting tentang barang yang hendak kita order.
Bagaimana untuk mulakan Chat tersebut?
Pertamanya, kita perlu muat turun applikasi Aliwangwang. Apa itu Aliwangwang ni? [Read more…]
Sokong Produk Muslim: Kempen Yang Perlukan Kerjasama Semua
Kempen Sokong Produk Muslim, ini adalah sesuatu yang penting untuk kita lihat sekarang. Ada yang menganggapnya sebagai isu penindasan bangsa lain dan ada yang menganggap ianya satu isu membantu sesama muslim. Namun kita perlu melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh kerana diakhirnya, kita yang akan berbelanja untuk menggerakkan ekonomi negara.
Dari segi pandangan ahli politik, ada yang mengatakan ianya tidak selari dengan perlembagaan sekiranya kempen Buy Muslim First (BMF) diadakan. Namun, sebagai individu di Malaysia yang akan berbelanja samada untuk dirinya atau keluarga, sememangnya ia bergantung kepada keutamaan seseorang itu sendiri untuk membantu menggerakkan ekonomi. Tidak timbul isu beli dari siapa, muslim atau non-muslim. Jika dia rasa nak sokong produk muslim, apa salahnya..
INI BUKAN BOIKOT! [Read more…]
KEJATUHAN UTUSAN. POLITIK ATAU SALAH TADBIR?
Kecoh bila Utusan Malaysia mengalami masalah kewangan sampai tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. Tu belum lagi bila berbondong – bonding netizen memberi komen negative dalam SocMed ni yang terus tuding jari ianya berpunca dari parti politik di Malaysia. Rileks dulu. Sebelum kita join sama jadi makcik pakcik bawang, korang kena fahamkan dulu isu disebalik kejatuhan tu. Ada cerita lain.
- « Previous Page
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- …
- 19
- Next Page »