Islamic Banking Hari Ini: Label Berubah, Jiwa Masih Tertinggal?

“Jika Islam itu adil, mengapa sistem yang membawa nama Islam kadangkala terasa… berat sebelah?”

Islamic banking di Malaysia

Saya masih ingat suatu pagi tahun 2002, saya baru bekerja di sebuah bank. Ketika itu, Islamic banking sedang meniti zaman perkenalan. Ramai pelanggan datang dengan harapan baru: mahukan pinjaman tanpa riba, akad yang sah, dan sistem yang ‘berkat’. Ada yang sanggup beratur panjang semata-mata kerana percaya sistem ini lebih “bersih”, lebih “halal”, lebih “adil”.

Dan memang betul, waktu itu produk-produk seperti Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dan Ijarah Muntahia Bit Tamlik kedengaran sangat asing bagi sesetengah pegawai bank. Tapi itu juga antara tarikan, ia kelihatan profesional, Islamik, dan tidak konvensional. Continue reading “Islamic Banking Hari Ini: Label Berubah, Jiwa Masih Tertinggal?”