Berbelanja Secara Online di Harvey Norman

Suatu masa dahulu, nama gah seperti Harvey Norman tidak begitu dikenali secara meluas di Malaysia. Pernah satu ketika apabila nama itu muncul dikaca T.V di salah satu siaran Singapura (bagi penduduk sekitar JB), aku tertanya – tanya apakah jenis perniagaan yang dijalankan kerana hanya perkataan “Harvey Norman” sahaja yang muncul.

Harvey norman

Harvey Norman, antara nama besar di Malaysia

Sekarang, ianya merupakan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali syarikat yang berasal dari Australia ini sudah tentu juga belum berpengalaman membuat sebarang pembelian secara online di laman web mereka. Dikenali sebagai “The Largest Retailer”, syarikat dibawah nama Harvey Norman Holdings Limited ini mempunyai 230 buah cawangan seperti di Australia, Ireland, Croatia, Slovenia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.  Ditubuhkan pada 1961 dengan hanya membekalkan peralatan perkakasan elektronik dan kemudian berkembang pesat dengan menawarkan pelbagai barangan seperti barangan elektrik, komputer, perabot dan bermacam-macam lagi.

ok Continue reading “Berbelanja Secara Online di Harvey Norman”