Internet Explorer mati atau hidup kembali?

Kisah Internet Awal 90an

Semasa Internet mula diperluaskan di negara kita seingat aku pada pertengahan tahun 90an, Internet Explorer merupakan web browser yang paling dominan dikalangan pengguna pada ketika itu. Masih ingat lagi, dengan teknologi “dial-up”, sementara mendengar bunyi beep beep tut tuuuut yang menjengkelkan untuk mendapat capaian internet, kita akan bersedia untuk klik icon Internet Browser. Walaupun capaian Internetsekarang boleh dikatakan laju, namun pada ketika itu dahulu “dial-up” juga boleh dikatakan laju walaupun terpaksa menunggu 5 – 10 minit untuk melihat satu gambar. ?

Internet Explorer juga pada ketika itu boleh dikatakan popular seawal tahun 2000 kerana ia didatangkan sekali dalam program Windows. Malah, tanpa Internet Explorer, mana mungkin kita dapat muatturun browser – browser yang lain seperti Mozilla atau Opera atau lain – lain (if you know what i mean). Tidak perlu kita memperkecilkan kebolehan I.E kerana wujudnya browser lain (yang lebih baik) adalah disebabkan juga untuk bersaing dengan I.E. Boleh dikatakan, tanpa I.E, tiada penanda aras untuk browser lain meningkatkan kemajuan mereka. ? Continue reading “Internet Explorer mati atau hidup kembali?”